Friday, 24 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

Selamat hari raya aidilfitri! Maaf zahir batin :)

#Apalah! Dah raya keenam baru terhegeh-hegeh nak buat entry pasal raya! Puiihh!
 "ADA AKU PEDULI?"

Kay, semalam buat open house and SERIOUSLY rasa nak tergolek aje bila tetamu yang last tu balik! Adehh... Penat woo~!

By the way, these are my raya's picture!! ;

My lovely family  

Ayah and mama ku yang terchenta :) 

 My brothers yang annoying -..-

Annoying pun sayang jugak ;)

 Bebel's group

Sleeping's group

 With Nana's family tapi Cik Am capture picture. (Nana actually my Mak Su but ada something problem dulu tu panggil Nana aje. Cik Am is her husband)

 Aidill the cute ones

 Fav picture :)

MAAF ZAHIR DAN BATIN :D

Saturday, 5 May 2012

14 Jamadilakhir 1433

Assalamualaikum!

Okay, aku baru sedar yang hari ni dah 14 Jamadilakhir! Even sekarang ni still malam but bukan ke kalau ikut Islam lepas marghrib dah kira hari baru? so actually now dah 14 Jamadilakhir!

So apa kisah dengan 14 Jamadilakhir?

It's my birthday! Birthday aku ikut bulan Islam ialah 14 Jamadilakhir . Alhamdulillah... sempat juga aku mencapai usia 17 tahun :)

By the way, means sebenarnya aku dah boleh ambil lesenlah? Hikhok ^_^
tapi takdenyalah! isi minyak pun tak lepas lagi...
Actually en, tak ramai tahu 14 Jamadilakhir ialah birthday aku . Family aku pun belum tentu tahu!

Dah alang-alang buat post ni, aku nak buat ala-ala wish sikitlah . Kira sebenarnya doalah ye...

Aku berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya kuatkan iman aku, peliharalah iman aku, permudahkanlah jalan hidupku, bantulah aku dalam menjalani kehidupan ini... Bantulah aku untuk memberi senyuman kepada orang tuaku dengan mendapat keputusan SPM yang membanggakan. Bantulah aku untuk berjaya menjadi seorang penulis. Pertemukanlah aku dengan manusia-manusia yang baik akhlaknya. Jauhkanlah aku dan orang-orang yang aku sayangi daripada segala malapetaka dan bencana, daripada manusia-manusia yang berhati busuk dan daripada gangguan iblis dan syaitan. Panjangkan usiaku dan orang-orang yang aku sayangi...
AMINN!!!

Wassalam ;)

Monday, 2 January 2012

life is short...


assalamualaikum . Selamat tahun baru 2012! actually i hate 2012 -__-"
SPM year . peh-lis!

okay, like what's on the top .
LIFE IS SHORT . yes it is...

semalam seorang dua pupu lelaki aku meninggal dunia . accident .
guess what? umur dia sebaya dengan aku!
sudah terang bukan bahawa ajal maut itu tidak mengenal usia mahupun siapa...

walaupun aku tidak mengenalinya malah muka dia pun aku tak cam!
tapi aku rasa sedih sangat....
aku nampak adik perempuan dia yang rasanya muda dua atau lebih dari aku
aku nampak adik dia menangis bila jenazah tu sampai rumah. sudah tentunya dia menangis malah sebelum tu pun mesti dah banyak air mata dia yang keluar!
itu adik dia, mak dia aku tak nampak... ayah dia pun mata merah . itu yang aku nampak . dalam hati?

aku rasa macam dapat rasa apa yang mereka rasa walaupun aku tahu apa yang aku rasa tak akan sesedih macam apa ahli keluarga dia rasa dan aku tak pasti sama ada aku kuat atau tidak apabila dalam keadaan mereka...
aku sentiasa berdoa supaya ahli keluargaku semuanya dipanjangkan usia, dirahmati Allah sentiasa...

kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat... Al-fatihah