Thursday, 2 June 2011

cerpen pertama! ;)

Susun Silang Kata

“Penatnya badan!” Aeril turun dari kereta sambil menggeliat.
“Apa yang abang buat penat sangat tu? Nak kata penat bawa kereta, ayah yang drive.” Alia, adik perempuannya yang berusia sebelas tahun menegur.
“Yalah. Nak harapkan abang kamu tu? Hampeh! Dah ada lesen pun malas nak bawa. Dahlah tu, start aja enjin kereta, dia mula berdengkur. Tutup aja enjin kereta terus celik!” Encik Kamal, bapa kepada Aeril dan Alia menyampuk.
Aeril memuncung. “Aeril penat tolong Abang Lori tu angkat barang-barang kita masa kat sanalah ayah!”
Puan Faridah hanya sekadar ketawa kecil melihat gelagat anak-anaknya, “Sudah, pergi tolong Abang Lori tu turunkan barang pula. Sofa dengan almari tu angkat baik-baik sikit. Almari yang dari Hong Kong tu jangan sampai jatuh. Mahal tu!”
“Aeril? Alah, suruhlah Alia!” Aeril mengeluh.
“Banyak cantik! Alia nak angkat barang-barang berharga Alia dekat bonet ni.” Alia sudah bercekak pinggang manakala matanya dibesarkan. Konon nak takutkan Aeril lah tu! Tak padan dengan kecil!
“Eleh, setakat anak patung beruang aja pun macamlah berharga sangat!”
“Berharga juga apa!”
“Apa kecoh-kecoh lagi ni? Aeril cepatlah tolong angkat barang! Banyak lagi kerja nak buat ni,” Encik Kamal pantas meleraikan pergaduhan dua beradik tersebut. Kepalanya menggeleng melihat perangai anak-anaknya. Si Aeril ni dengan budak sebelas tahun pun nak ajak gaduh!
“Yalah... yalah...” Aeril dengan penuh rasa malas mendekati bapanya yang sedang sibuk memunggah barang. Alia di belakang sempat menunjukkan ibu jarinya sebagai isyarat mengejek.
Aeril pula sudah berura-ura mahu menyekeh kepala adiknya sebelum dipanggil ayahnya semula!
@~@~@~@~@~
Dang!
Aeril menghempas kotak berisi kain baju. Nasib baik kain baju. Bantai pinggan-mangkuk tak ke kena sembelih dengan mamanya?
“Aduh, berat gila kotak ni! Dalam ni baju ke batu? Tak payah pergi gym pun aku dah rasa boleh jadi macam The Rock kot!”
Tiba-tiba Aeril terdengar satu suara. Lebih membuatkan bulu romanya meremang ialah suara itu milik seorang perempuan!
“Sudah. Bunyi apa pula tu. Takkan rumah baru ni berpuaka pula?”
Aeril mencari-cari arah suara itu. Akhirnya dia mendapati suara itu dari arah dapur. Berbekalkan keberaniannya yang tidak seberapa Aeril perlahan-lahan berjalan meuju ke dapur.
Apabila sudah sampai ke dapur barulah dia sedar. Suara itu suara jiran belakang rumah barunya menyanyi! Ceh! Bikin suspens aja!
Tapi lama kelamaan Aeril merasakan pemilik suara itu menyanyi tersangatlah merdu. Ala-ala suara Yuna pun ada! Tapi memang dia tengah menyanyi lagu Yuna pun.
Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila
Kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila
Kau bersama yang lain
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
                PAP!
            “MAK!!”
            “Memang ini mak kamu. Yang kamu tersengih-sengih dekat tingkap belakang tu kenapa? Kamu mengendap orang ke apa?” Puan Faridah bertanya.
            “Hah? Sengih? Mana ada. Aeril tadi dengar...” Aeril baru tersedar, tiada lagi suara perempuan menyanyi seperti tadi.
            “Dengar apa?”
            “Err... dengar bunyi kucing! Ya. Kucing.”
            “Dah tu kenapa? Tak pernah dengar kucing mengiau ke? Atau Aeril dengar kucing tu ketawa?”
            “Eh, tak adalah!Pandai mama bergurau. Err... tak apalah. Aeril nak pergi angkat barang.” Pantas Aeril keluar dari dapur meninggalkan ibunya terpinga-pinga sendiri.
@~@~@~@~@~@~
            Dua hari kemudian, Aeril meminta izin mahu keluar berjalan-jalan melihat kawasan persekitaran rumahnya. Dia juga terlebih baik hati mahu membawa Alia ke taman permainan yang terletak di belakang rumahnya.
            “Kenapa abang baik sangat hari ni nak bawa Alia pergi taman?” Alia bertanya. Sepanjang dia hidup bersama-sama abangnya, belum pernah sekalipun abangnya yang tua 13 tahun daripadanya itu membawanya ke taman permainan. Selalunya dia akan keluar bersama-sama ibunya atau dengan rakan-rakan.
            “Saja. Lagipun kitakan baru pindah. Melaka dengan Shah Alam ni bukannya sama. Kalau bukan sebab ayah kena mengajar dekat sekolah kawasan sini, tak mungkinnya kita pindah sini tau! Jadi abang nak tengoklah pula suasana dekat sini. Lagipun lagi dua hari abang dah nak mula kerja jadi sekaranglah masa yang sesuai luangkan masa dengan adik abang yang tersayang.”
            Alia terhenti.
            “Eh, kenapa berhenti?”
            “Abang ada jumpa kakak cantik ya?”
            “Eh, mana ada! Pandai-pandai aja!” macam mana budak kecil ni boleh tahu?
            “Tak payah nak tipu. Abang cuma akan terlebih baik dengan Alia kalau jumpa ‘kakak cantik’ baru dan nak mempergunakan Alia, kan? Dulu pun sama. Abang minat dengan seorang kakak jual aiskrim ni tapi abang gunakan Alia. Kononnya abang belikan aiskrim untuk Alia tapi sebenarnya nak mengorat kakak tu. Ingat Alia tak tahu ke?”
            Aeril ketawa berdekah-dekah, “Ahahaha! Ingat lagi Alia, ya? Betul. Abang ada suka dekat seorang kakak ni, tapi abang tak pernah nampak dia. Tak tahulah dia cantik ke tak. Rumah dia belakang rumah kita. Abang suka dia sebab suara dia merdu. Abang terdengar dia menyanyi hari tu dan abang terus jatuh cinta dengan suara dia!” matanya terkelip-kelip tanda dia betul-betul tergoda.
            “Dah agak dah. Jadi, sekarang ni abang nak tengoklah siapa kakak tu?”
            Aeril mengangguk. “Tapi mama ada cerita yang dia ada jumpa tuan rumah tu dekat kedai. Nama dia Makcik Salmah. Makcik Salmah tu ada tiga orang anak. Seorang lelaki, dua perempuan. Salah seorang anaknya belajar di luar negara tapi mama tak ingat pula lelaki ke perempuan.”
            “Cepatnya dapat maklumat,” Alia mencuit.
            “Mama kata Makcik Salmah tu yang terlebih peramah. Tapi kira baguslah tu!”
            “Yalah tu. Dahlah, bang! Alia nak pergi main. Abang jangan pergi mana-mana tau!”
            “Yalah,” Aeril memerhatikan saja adiknya berlari-lari mengikut beberapa kanak-kanak lain yang sedang seronok bermain di gelongsor.
            Aeril duduk di kerusi yang disediakan. Dia cuba berlagak seperti seorang abang yang macho lagi mithali yang sedang memerhati adiknya bermain padahal matanya  sibuk menjeling-jeling rumah bewarna hijau itu. Sengaja dia pilih duduk di kerusi paling hujung dan paling strategik untuk ‘skodeng’ rumah tu.
            Selepas 10 minit memerhati, seorang lelaki memakai kemeja berkotak-kotak masuk ke kawasan rumah itu dengan menunggang skuter hijaunya.
            “Bagus! Ini bermakna salah seorang anak perempuan Makcik Salmahlah yang ke luar negara. Maknanya, lagi seorang yang di rumah itulah perempuan yang menyanyi tu.” Aeril membuat kesimpulan sendiri.
            Tiga minit kemudian sebuah kereta Myvi putih pula menyusul masuk ke dalam rumah tersebut dan yang paling menggembirakan pemandunya ialah perempuan! Yahoo! Aeril sudah menahan diri daripada terloncat-loncat gembira. Dia memerhatikan saja gadis itu keluar dari keretanya dan sebaik saja gadis itu keluar... Pergh! Lawa gila!
            Gadis itu memiliki rambut separas bahu. Wajahnya  yang kuning langsat itu betul-betul memikat hati lelaki Aeril. Lebih-lebih lagi mengetahui gadis itu memiliki suara yang menggoda. Oh!
            “Itu ke kakak yang abang cakap tu?”
            “MAK!” melompat Aeril apabila secara tiba-tiba Alia bersuara di sebelahnya.
            “Kenapa abang melompat?”
            “ ‘Kenapa’ Alia tanya? Sejak bila Alia dah tercongok dekat sebelah abang?”
            “Dah lama dah. Alia tak main pun. Dari tadi lagi Alia dah duduk dekat sini nak tunggu kakak yang abang cakap tu.” Alia tersengih.
            “Memang Alia nak kena sekehkan?” Aeril memaut leher adiknya dan ‘meluku’ kepala adiknya!
@~@~@~@~@~@~
            “Terima kasih Encik Idris, sebab sudi terima saya bekerja dekat sini!”
            “Sama-sama. Kebetulan memang ada kerja kosong sebagai pegawai pemasaran dan kelulusan awak memang sesuai dengan apa yang saya mahu.” Encik Idris tersenyum mesra.
            “Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih.” Aeril menundukkan sedikit kepalanya. Tunjuk hormat sikit. Pekerja baru kenalah ambil hati bos. Tak gitu?
            “Kalau macam tu awak boleh mulakan kerja awak sekarang. Kalau ada apa-apa yang tak tahu atau tak faham tanya dekat Johan. Jangan segan-segan. Dia tu baik.”
            “Baiklah Encik Idris. Saya minta diri dulu,” Aeril meninggalkan bilik Encik Idris dan menuju ke arah meja kerjanya yang baru. Akhirnya! Aku akan mulakan kerja baru aku. Berusaha Aeril! Bak kata orang Jepun – ‘Ganbatte’!
            Tengah dok semangat bagi kata-kata perangsang dekat diri sendiri, tiba-tiba Aeril mula menyedari seorang gadis yang baru tiba duduk tidak jauh dari bilik Encik Idris.
            Eii? Itu bukan perempuan yang aku nampak semalam ke? Perempuan yang aku suka tu? Yang duduk belakang rumah aku? Eh, kenapa banyak sangat soalan? Hah! Soalan lagi!
            “Johan, nak tanya sikit!” Aeril mencuit Johan.
            “Kau nak tanya apa? Ada apa-apa kau tak faham ke?”
            “Tak. Aku nak tanya pasal perempuan yang duduk dekat meja paling dekat dengan bilik Encik Idris tu. Yang pakai kemeja warna putih tu.” Aeril menujuk ke arah gadis itu.
            “Maksud kau Rina ke?”
            “Rina? Nama dia Rina ke? Manalah aku tau. Kalau aku tau, aku tak tanya kaulah!”
            “Oh, ya ke? Sorry. Nama dia Julia Karina. Kitaorang dekat sini panggil dia Rina. Single but not available.”
            “Kenapa pula not available?
            “Sebab dia tu aku punya.” Johan menjungkitkan keningnya.
            “Ya ke?” Aeril mengeluh hampa.
            “Aeril, jangan awak percaya cakap dia ni! Membohong aja.” Seorang gadis mencelah.
            “Eh, Dina!”
            “Sedarlah diri sikit! Awak tu dah bertunang. Ada hati nak tackle perempuan lain! Bukan dulu awak kena tolak ke dengan dia ke? Tak segan?” Gadis bernama Dina itu menyindir.
            “Kau dah bertunang ke Johan?” Aeril bertanya.
            “Dah. Dekat empat bulan dah.” Johan menjawab perlahan.
            “Siapa tunang kau tu? Duduk mana?”
            “Dia bukan tengah duduk. Tengah berdiri.”
            Aeril tercengang. Dia memandang ke arah Dina. Dina sedang mempamerkan sebentuk cincin yang tersemat di jari manisnya.
@~@~@~@~@~@~
            “Makhluk mana pulalah yang mendajalkan tayar kereta aku ni?” Rina membebel-bebel sendiri. Bengang betul rasanya bila penat bekerja seharian dan ternanti-nati mahu berguling-guling atas katil, alih-alih ada pula makhluk yang tidak bermoral memancitkan tayar keretanya. Dia pula manalah tau nak tukar tayar kereta. Kut ya pun orang yang tak bermoral tu terlebih banyak masa lapang pun buatlah benda berfaedah sikit! Taulah jealous tengok kereta  berkilat aku ni!
            “Excuse me,
            Pantas kepala Rina berpaling. Nasib baik tak tergeliat lehernya akibat terlalu cepat berpaling!
            Rina memerhatikan saja lelaki yang menegurnya itu dengan takut-takut. Konon pakai kemeja dan bertie bagai. Entah-entah perogol bersiri! Lelaki sekarang mana boleh percaya.
 “Awak nak apa? Awak jangan nak apa-apakan saya, ya! Saya tengah bengang ni. Sekali saya hentak kepala awak dengan kasut tumit saya ni baru tau!” pantas Rina mencabut kasut tumit tingginya.
Aeril pelik melihat reaksi Rina. ‘Eh, tak segannya dia ni! Ingat aku nak rogol dia ke apa? Tak ingin aku!’
Aeril mendekati Rina. Dia mahu melihat keadaan tayar kereta Rina. Untung-untung kalau dia tukarkan tayar kereta Rina, mungkin Rina akan tertawan hati dengannya. Ececeh!
Aeril maju setapak untuk melihat tayar kereta Rina,“Tak. Saya nampak dari jauh tadi awak punya... ADOII!”
Berpinar kepala Aeril apabila kepalanya dihentak dengan tumit kasut Rina setinggi lima inci itu. Dalam samar-samar Aeril dapat mendengar suara Johan tapi selepas itu dia langsung tidak mengingati apa-apa.
@~@~@~@~@~@~
Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Dekat mana ni? Dia cuba bangun tetapi kepalanya itu terasa berat sekali. “Auch!”
“Eh, kau dah sedar Aeril?” Johan yang muncul entah dari mana menyapa.
“Aku kat mana ni?”
“Kau agak-agak ini syurga ke tak?”
Dina di sebelah yang muncul entah dari mana juga memukul Johan, “Apa awak cakap ni! Aeril, kita sekarang dekat klinik ayah saya.”
“Klinik?” Aeril masih terpinga-pinga.
“Err... Saya sebut klinik kan? Ya, klinik! Awak pengsan tadi,”
“Tapi kenapa?”
“Saya hentak awak dengan tumit kasut saya,” Rina pula muncul. Ni apa hal semua tiba-tiba muncul ni? Ingat dalam cerita Harry Potter atau Dragon Ball ke boleh tiba-tiba muncul?
Aeril memegang kepalanya. Terasa ada satu tampalan di dahinya. Baru dia teringat, dia nak tukarkan tayar kereta Rina supaya Rina akan tertarik dengan dia tapi tersalah anggap oleh Rina yang ingat dia nak apa-apakan Rina. Last-last makan tumit kasut sampai pengsan. Itulah, nak buat baik tapi niat tak betul. Kan dah kena!
I’m sorry. Saya tak sengaja. Tak tahu pula awak ni pekerja baru. Johan dengan Dina baru cerita. Saya tak perasan awak masa dekat office tadi. Sorry.” Rina meminta maaf.
“Tak apa. Bukan salah awak. Erm... boleh saya balik sekarang? Dah lewat ni. Takut parents risau pula.” Aeril melihat jam tangannya. Sudah jam 8.30 malam. Habis terlepas marghrib!
“Eh, kau boleh ke drive?” Johan bertanya.
Aeril tidak mampu menjawab. Memang kepalanya masih lagi berpusing tapi nak buat macam mana? Takkan nak check-in dekat klinik ni pula? Tak pasal-pasal ada pula mana-mana pontianak yang temankan dia! Tak nak!
“Apa kata Rina yang hantar awak balik?” Dina mencelah.
Rina terkejut mendengar namanya disebut, “Err... tapi rumah awak kat mana?”
Aeril terdiam lagi, “Err... Jalan Betik 27/65.”
“Jalan Betik? Eh, rumah saya Jalan Langsat! Maknanya rumah awak belakang rumah sayalah?”
“Oh, ya ke?” Aeril buat-buat tak tahu. Padahal siap dah ‘skodeng’ rumah Rina lagi! Ada bakat ganti Remy Ishak ni! Oh, yeah!
“Baguslah macam tu. Rina, kau bawa Aeril balik. Aeril, kereta awak saya dah suruh guard jagakan.” Dina menjelaskan.
“Terima kasih,”
Aeril bangun dengan dibantu oleh Johan. Takkanlah Rina pula nak papah dia, kan? Johan memapah Aeril sehingga ke kereta Rina (yang sudah ditukarkan tayarnya oleh Johan).
“Kitaorang gerak dulu,”
            Sepanjang dalam kereta tiada perbualan yang berlangsung. Hanya lagu-lagu di radio saja yang memecah kesunyian.
            “Awak baru pindah dekat situ ke?” Rina akhirnya mengalah untuk mulakan perbualan.
            “Ha’ah. Dalam lima hari lepaslah.”
            “Patutlah saya perasan yang ada lori keluar masuk hari tu. Lepas tu dengar bunyi macam punggah-punggah barang.”
            “Oh, sorry kalau mengganggu.”
            “Eh, tak apa! Biasalah tu kalau pindah rumah. Ada ke orang pindah rumah dalam keadaan senyap?”
            “Emm... tak ada kot.” Aeril merasakan jawapannya agak dungu!
            Tanpa diduga Rina ketawa kecil, “Awak ni kelakarlah.”
            “Ya ke? Err... terima kasih.” Aeril merasakan dia teramatlah bengap! Tak tahu nak berborak dengan perempuan. Kecuali Alia dan ibunya.
            “Nama awak Aeril, kan?”
            “Ha’ah. Mesti Johan dengan Dina bagitahu, kan?”
            Rina mengangguk, “Saya Julia Karina. Awak boleh panggil saya Rina.”
            “Nice to meet you, Rina.” Aeril berpura-pura baru mengetahui nama Rina.
            “Nice to meet you too.”
            Diam lagi. Aeril pula memutuskan untuk pura-pura tidur sampailah dia betul-betul tertidur!
@~@~@~@~@~@~
            Sedar-sedar aja keesokan paginya dia dah dekat dalam bilik. Dia sendiri tidak pasti bagaimana dia keluar dari kereta Rina. Sama ada dipapah bapanya atau dia sendiri keluar dan berjalan ke biliknya dalam keadaan tidak sedar.
            Serta-merta Aeril memandang ke arah jam di dinding! Sepuluh pagi. Alamak aku dah terlewat! Dahlah solat marghrib, isya’, subuh pun terlepas, kerja pun kena pergi lewatlah ni. Kang tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Idris. Hari kedua kerja dah tunjuk belang! Apa lagi, terus meloncat dia bangun dari katil dan mahu mencapai tuala tetapi tindakannya terhenti apabila ibunya masuk ke dalam bilik.
            “Eh, dah bangun?”
            “ ‘Eh, dah bangun’ mama tanya? Aeril dah lambat nak masuk office ni!”
            “Memang lambat. Dah pukul sepuluh macam ni, office mana nak terima? Silap-silap kena pecat. Baru masuk sehari dah datang lewat.” Selamba Puan Faridah menjawab.
            “Janganlah buat Aeril takut, ma!”
            Puan Faridah tergelak, “Tadi Johan ada call. Dia kata bos kamu bagi cuti hari ni.”
            “Call? Telefon Aeril mana?” Aeril baru menyedari telefon bimbitnya tiada di sisi.
“Ada dekat ruang tamu. Kereta kamu pun dah dihantar balik. Bagus betul bos kamu, ya?”
            Aeril sekadar tersengih.
            “Sudah. Pergi mandi. Lepas tu turun sarapan,”
            “Okay, ma!”
            Habis saja bersarapan Aeril mengambil keputusan mahu keluar memandu keretanya pusing-pusing satu taman perumahan. Walaupun Puan Faridah sudah menasihatkannya duduk saja di rumah berehat tapi Aeril ni bukan jenis boleh duduk diam!
            “Kan best kalau Rina ada dekat sebelah ni. Tapi bila Rina ada dekat sebelah pun, bukannya aku reti nak berborak dengan dia!” Aeril teringat kembali insiden semalam. Walaupun kena ‘tibai’ dengan tumit kasut, tapi dia rasa indah sekali! Memang gila!
            Aeril baru teringat dia belum mengucapkan terima kasih kepada Dina kerana sudi membawanya ke klinik bapanya. Dahlah tu, percuma pula tu! Memang tak kenang budi betul kalau tak ucap terima kasih! Ish... ish.... ish... Bad habit!
            Dia melihat jam tangannya, dah masuk waktu makan tengahari. Tak salah rasanya kalau nak call. Tapi dia tak ada nombor Dina. Ah, Johan mesti ada dengan Dina! Jadi sambil tangan kiri pegang stereng kereta, tangan kanannya pula mencari nombor Johan. Memang tak bagus untuk keselamatan betul! Sebaik saja dia menekan huruf ‘J’ alangkah terkejutnya di bawah nama  ‘Johan’ terteranya nama ‘Julia Karina’!
            Akibat terlalu terkejut Aeril tertekan pedal minyak terlebih kuat sehingga menyebabkan skuter di hadapannya terbabas. Apa lagi, cepat-cepat Aeril memberhentikan kereta dan keluar dari kereta. Penunggang skuter tersebut sudah terjatuh ke dalam semak manakala skuter hijaunya juga turut tersadai.
            “Bang, maaf bang! Saya tak sengaja. Saya bawa abang pergi klinik, ya?” Aeril cuba membantu lelaki itu yang terkial-kial bangun.
            Serentak itu lelaki itu membuka topi keledarnya,  “Kepala longkang kau ‘abang’! Sejak bila mak aku kahwin dengan bapak kau?!”
            Tercengang Aeril mendengar suara penunggang tersebut, “Awak ni perempuan?”
            “Kau ni goblok ke begok ke idiot ke stupid?! Kau ada nampak ke buah halkum dekat tekak aku ni? Dahlah langgar orang tak tentu pasal! Lepas tu tak bersopan pula tu. Cikgu tadika kau dulu tak ada ajar kau bersopan ke?” gadis yang disangka lelaki itu menjerkah.
            “Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja.” Aeril berterusan membela diri.
            “Kepala kau tu dah bertampal, sekali aku hempuk kau dengan helmet aku ni bocor terus kepala kau!” gadis itu masih berterusan tidak puas hati.
            “Saya dah cakap maafkan? Kalau awak nak saya bayar ganti rugi, saya boleh bayar tapi tak perlulah awak nak tengking saya macam orang gila!” Aeril pula sudah mula hilang sabar.
            Gadis itu menjeling sekilas. Dia terus bangun tanpa mempedulikan lagi Aeril. Dia menghampiri skuternya dan cuba mengangkat tetapi baru saja mahu diangkat dia mengerang.
            Aeril menyedari lengan gadis tersebut luka, “Eh, tangan awak luka!”
            “Tangan saya, bukan tangan awak!” gadis tersebut mula merubah gaya percakapannya daripada membahasakan diri ‘aku’ kepada ‘saya’ tetapi masih bersikap dingin.
            “Biar saya hantar awak pergi klinik.”
            “Tak payah. Saya boleh sapu ubat dekat rumah.”
            “Kalau macam tu biar saya hantar awak balik. Rumah awak dekat mana?”
            “Tak apa. Saya boleh balik sendiri. Kalau awak yang hantar, skuter saya nak campak mana? Lagipun rumah saya dekat aja. Depan tu hah,” Gadis itu menunjuk ke arah rumahnya.
            Aeril melihat arah yang ditunjukkan, “Err... yang mana?”
            “Yang warna hijau tu,”
“HAH?!”
@~@~@~@~@~@~
            “Terima kasihlah sebab bawa Ana balik,”
            “Saya yang sepatutnya minta maaf sebab saya langgar dia,” Aeril menghirup minumannya.
            “Makcik pun nak minta maaf pasal semalam,”
            “Kenapa pula pasal semalam?” Aeril terpinga-pinga.
            “Pasal dahi kamu tu. Kan Rina yang buat. Rina ada cerita dekat makcik.” Makcik Salmah menunjuk ke arah dahi Aeril.
            “Oh, pasal ni? Sebenarnya salah saya juga sebab tiba-tiba aja tegur dia. Bukan salah dia kalau dia takut sampai cederakan saya,”
            Tidak lama kemudian Ana keluar daripada biliknya. Tangan kanannya sudah dibalut. Mukanya jelas masam.
            “Ana, duduk sini.” Makcik Salmah melambai. Ana hanya menurut.
            “Ana tahu tak dia ni duduk mana?”
            “Atas sofalah. Mak nampak dia duduk atas meja ke?” Ana selamba  menjawab.
            Aeril sudah menahan dirinya dari ketawa.
            “Apa kamu ni, Ana! Maksud mak, kamu tahu tak rumah dia dekat mana?” Makcik Salmah memukul tangan anaknya. Nasib baik kiri, kalau tang kanan alamatnya menjeritlah Ana!
            “Manalah Ana tahu. Yang mak beria-ia tanya ni mak tahu ke?” Ana memuncung.
            “Mestilah mak tahu.”
            “Laa... Kalau dah tau kenapa tanya Ana?”
            Sekali lagi Aeril terasa mahu ketawa melihat gelagat dua beranak tersebut.
            “Haiih... Susah cakap dengan kamu. Ana, dia ni duduk belakang rumah kita. Yang baru pindah tu. Nama dia Aeril.”
            “Aeril? Jiran belakang ni? Eh, bukan yang Kak Rina cerita semalam tu ke?”
            “Inilah dia,” Makcik Salmah menunjuk ke arah Aeril. Aeril cuba melemparkan senyuman paling machonya. Bakal adik ipar ni, baik-baik sikit!
            “Patutlah kakak pun belasah dia dengan tumit kasut. Muka macam penjenayah besiri siapa tak takut!” selamba saja Ana menyuarakan pandangannya tentang Aeril.
            “Apa kamu cakap macam ni? Dia tak saman kita pun dah cukup baik tau! Maafkanlah Ana ni, ya Aeril?” Makcik Salmah serba-salah dengan kata-kata anaknya.
            “Eh, tak apa! Tak ambil hati pun,”
Amboi...amboi... sesedap perencah aja dia kata muka aku macam penjenayah bersiri? Muka yang kiut-miut ala-ala Shahir AF8 ni pun dia tak heran? Kau ingat muka kau tu cantik sangat ke? Tapi memang cantik pun.
            “Nak saman apanya? Kalau dia saman kita, Ana saman dia balik! Dia dah langgar Ana dan rosakkan skuter Ana tau,” Ana masih tidak berpuas hati.
            “Maafkan saya. Nanti saya bayar balik,”
            “Memang patut pun!” Ana mencebik.
            “Ana... Sudah, pergi masuk bilik berehat. Pening kepala mak dengan perangai kamu,” Makcik Salmah menyuruh.
            Tanpa menjawab, Ana menurut saja.
            “Maafkanlah Ana tu, ya? Dia memang macam tu dengan lelaki yang dia tak kenal. Tapi dia sebenarnya baik.”
            “Eh, tak apa! Makcik, kalau tak ada apa-apa saya nak balik dulu. Duit ganti rugi petang nanti saya bayar.”
            “Esok-esok pun tak apa. Oh, ya! Apa kata malam ni kamu datang makan malam dekat sini. Yalah, sebagai tanda maaf semalam. Kalau boleh, ajak sekali keluarga kamu.”
            Aeril gembira mendengar undangan tersebut, “Insya-Allah,” Aeril meminta diri pulang. Sebaik saja masuk ke dalam kereta Aeril sudah mahu melonjak kegembiraan!
            Yabedabeduu!! Memang sahlah Rina tu jodoh aku yang tepat. Makcik Salmah ni pun mesti nak tolong aku rapat dengan anak dia. I love you-lah my mother-in-law! Cewahh! Belum apa-apa dah mother-in-law bagai! Tapi kalau itu satu doa tak apakan?  Jadi maknanya sekarang, Ana tu adik Rina? Mati-mati sebelum ni aku ingat Ana tu lelaki! Rupa-rupanya anak lelaki Makcik Salmah yang dekat luar negara tu!
            Tapi muka Rina dengan Ana memang lain. Seorang hitam-hitam manis, seorang putih macam anak cina. Mata diaorang pun lain. Rina sepet sikit, Ana pula mata dia bundar. Kalau nak diikutkan dua-dua cantik! Tapi aku lagi suka Rina sebab Rina tu ‘perempuan’ sikit berbanding Ana yang macam anak singa! Memang bukan salah akulah kalau anggap dia lelaki. Rambut Ana hanya separas tengkuk dan cara pakaiannya juga langsung tak sama macam perempuan lain. Tapi memang aku terkejut beruk gilalah bila tahu Ana tu perempuan!
@~@~@~@~@~@~
            “Ayah kena jaga budak-budak yang camping dekat sekolahlah malam ni.”
            “Alia ada tuisyen malam ni,”
            “Mak nak pergi rumah Mak Su kamu. Anak dia kena air panas tadi. Lepas mak hantar Alia, mak nak pergi tengok anak dia kejap.”
            Itulah antara alasan yang diberi ahli keluarganya ketika Aeril bertanya pada waktu minum petang. Aduh, time-time macam ni lah pula ada macam-macam benda nak buat! Pergi seoranglah aku nampaknya malam ni.
            Selesai minum petang Aeril membawa cawannya sendiri ke dapur. Anak mithalilah katakan! Hehehe~
            Sebaik saja dia meletakkan cawannya ke dalam sinki dia terdengar suara seseorang menyanyi.
Di kala ku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku

Kini segalanya telah berubah
Cintamu hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku

Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua

Sayangilah diri ini
Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan... dedaunan keguguran
Dahan-dahan nan kerapuhan
Bunga-bunga cinta... layu di pusara
Berbunga-bunga terus hatinya. Sepadan dengan lagu Bunga-bunga cinta yang sedang dinyanyikan Rina sekarang! Aduh, makin tergoda aku!
@~@~@~@~@~@~           
            Ting! Tong!
            Baru sekali ditekan pintu terus dibuka. Nampaknya macam memang tak sabar-sabar tunggu aku ni. Hikhikhik!
            Tapi yang lebih menggembirakan lagi, orang yang membuka pintu tersebut ialah Rina! Yiiha!
            “Masuklah, Aeril!” Rina menyapanya dengan senyuman. Aduh, tergodanya aku!
            Aeril membalas senyuman Rina. Semacho habislah!
            Aeril dengan penuh bersopan ala-ala lelaki melayu terakhir  bersalaman dengan seorang lelaki yang Aeril kira ialah bapa Rina dan Ana. Rina pula beredar ke dapur.
            “Ini Aeril tu, ya?” Pakcik Talib menyapa.
            “Ya, pakcik.”
            “Yang langgar Ana pagi tadi tu,” Ana yang muncul dari dapur sambil membawa semangkuk buah tembikai menyampuk.
            “Ana...” ayahnya menegur.
            “Ini duit ganti rugi untuk baiki skuter awak.” Aeril mengeluarkan dua not RM50 dan tiga not RM10 lalu dia menghulurkannya kepada Ana.
            Serta-merta Ana menjadi malu. Tangannya teragak-agak mahu mengambil. Dia cuma bergurau saja tapi tak sangka pula Aeril ambil serius.
            “Eh, saya main-main aja. Lagipun skuter tu still boleh hidup.”
            “Tapi mesti ada calar-balarkan?”
            “Takat calar-balar sikit saya tak kisah sangat. Kalau dah terbarai tu barulah awak kena ganti.” Ana masih lagi menolak.
            “Kamu simpan ajalah, Aeril! Anggaplah  selebih tu ganti rugi untuk kamu pula atas apa yang Rina dah buat dekat kamu.” Pakcik Talib turut menyokong Ana.
            “Tapi saya rasa serba-salah. Ambil ajalah,”
            “Saya ambil ini aja. Nak buat beli coklat,” Ana mengambil satu not RM10 sambil tersenyum.
            “Eh, yang lebih ni?”
            “Suka hati awaklah. Nak belanja ke nak bingkaikan ke. Tapi saya sarankan lebih baik awak menderma aja. Dapat pahala.”
            “Betul ke ni?
            “Betul! Sekali lagi awak tanya saya nak awak belikan saya skuter baru terus!” Ana mengugut.
@~@~@~@~@~@~
            “Alhamdulillah, terima kasilah sebab jemput saya makan malam dekat sini.”
            “Tak apa. Kalau senang-senang datanglah lagi. Ajak keluarga sekali.” Makcik Salmah ramah mengajak.
            “Insya-Allah, makcik.”
            Aeril bersalaman dengan Pakcik Talib dan beredar. Namun baru beberapa langkah, Rina memanggil. Aeril yang sudah di hadapan pagar berhenti.
            “Ya?”
            Rina berlari-lari anak mendekat Aeril, “Saya lupa nak beritahu yang dalam telefon awak tu ada nombor telefon saya. Saya yang simpankan masa hantar awak balik semalam. Saya simpan sebab takut kalau kepala awak bertambah sakit ke apa ke awak boleh telefon saya tapi saya lupa nak beritahu sebab masa tu awak tengah tidur dalam kereta saya.”
            “Oh, ya ke? Tak perasan pula,” acah-acah aja tak perasan! Padahal dah terkejut beruk gila sampai accident masa nampak nombor telefon Rina!
            “Itu aja saya nak bagitahu. Bye. Take care.” Rina melambai dengan penuh lemah gemalai.
            Puss! Blushing habis! Kalau bukan sebab ni rumah orang, dah lama aku tergolek sebab terpukau dengan Si Rina ni!
            Aeril berjalan kaki sendiri. Alah, rumah pun beberapa kangkang kera aja! Tak payahlah nak menggedik sangat bawa kereta. Sambil-sambil jalan kaki seorang diri Aeril teringat kembali Rina. Oh, Rina! Bolehkah kau menjadi milikku? Cewwahhh! Mat Romeo betul!
            Tiba-tiba baju Aeril terpandang ke arah surau berhampiran rumahnya. Aeril teringatkan kata-kata Ana;
“Suka hati awaklah. Nak belanja ke nak bingkaikan ke. Tapi saya sarankan lebih baik awak menderma aja. Dapat pahala.”
Aeril menukar arah perjalanan. Dia menuju ke surau tersebut dan memasukkan RM120 ke dalam tabung derma.
@~@~@~@~@~@~
            Lama dia meniarap atas katil sambil merenung telefon bimbitnya. Tapi kemudian dia bangun dan bersila pula.
            “Apa ni Aeril? Takkanlah dia pula yang nak mulakan dulu. Mestilah dia segan!” Aeril menampar pipinya sendiri.
            “Tapi aku pun segan. Dah tu?” Aeril mengeluh.
            “Tak boleh. Tak boleh. Aku kena juga mulakan dulu. Alah, rilek ajalah kan? Buat-buatlah macam jiran nak calling-calling jiran lain. Tak gitu? Lagipun dia yang bagi nombor dia dekat aku. Apa salah dan dosanya kalau aku telefon dia? Lagipun dia pun macam berkenan dekat aku. Okaylah tu!” Aeril tersengih-sengih sendiri. Memang dah sewel agaknya. Tanya sendiri jawab sendiri!
            Dengan penuh gementar, Aeril mencari nombor Rina. Sebaik jumpa Aeril menekan butang memanggil.
            Sepuluh saat tiada yang menjawab. Baru saja Aeril beura-ura mahu mematikan panggilan kedengaran telefon dijawab.
            “Hello?” suara manja Rina menyapa.
            “Err... hello!” goyang lutut Aeril mendengar suara Rina!
            “Siapa ni?”
            “Rina, ini Aeril!”
            Selepas lima saat, “Betul ke ni Aeril?”
            “Betullah. Saja aja telefon. Kenapa? Mengganggu awak ke?”
            “Eh, mana ada! Tak ada ganggulah.”
            “Ya ke? Saya sebenarnya nak ajak awak keluar makan esok. Esokkan cuti.” Entah macam mana tiba-tiba aja terlintas di fikiran Aeril mahu mengajak Rina keluar makan atau lebih tepat ‘dating’!
            “Keluar makan? Boleh.”
            “Hah? Betul ke boleh?” Terkejut Aeril mendengar keputusan yang serta-merta diambil Rina.
            “Betul.”
            “Kalau macam tu kita jumpa dekat Restoran Sri Mawar pukul dua setengah esok. Boleh?”
            “Boleh. Jumpa esok.”
            “Okay. Bye!”
            “Bye!”
@~@~@~@~@~
            Janji pukul dua setengah. Pukul 1.45 petang Aeril sudah sedia menanti. Dengan siap baju-T merah kegemarannya dan gaya rambut Ultraman Max, Aeril dengan penuh bergaya menunggu penuh sabar. Bersemangat betul!
            Tepat jam 2.10 Rina muncul. Blaus ungu lembut dan seluar putih betul-betul kena dengan gaya Rina. Rina kalau pakai apa sememangnya cun! Nak terlopong Aeril melihat Rina. Aduh, kenapalah minah ni lawa sangat?
            “Lama ke tunggu?” Rina duduk di hadapan Aeril.
            “Tak adalah. Baru aja sampai,” amboi, amboi! Pandai membohong.
            “Oh, ingatkan dah lama!”
            Aeril cuma tersenyum. Mereka mula memesan makanan.
            “Rina, saya nak tanya sikit boleh?”
            “Tanyalah,”
            “Rina tak takut ke keluar dengan saya? Yalah, saya ni bukannya Rina dah kenal lama pun. Rina tak takut ke saya ni orang jahat ke apa ke nak buat apa-apa dekat awak?”
            Rina ketawa geli hati. “Awak merepek apa ni? Saya tahu awak bukan orang jahat. Kalau tak buat apa mak saya ajak awak datang makan malam tadi, kan?”
            Aeril mula terfikir. Ya juga! “Saya cuma kata kalau.”
            Rina tersenyum, “Saya tak takut sebab saya bukan sorang-sorang,”
            “Err... maksud awak?” apa minah ni merepek. Bukan sorang-sorang? Dia ni ada pendamping ke? Ish, tak nak aku!
            “Maksud saya, ha.... itu pun dia!” Rina menunjuk ke arah pintu. Ke arah seseorang yang baru masuk ke restoran tersebut.
            “Ana pun ada?” terbeliak biji mata Aeril!
            Rina melambai sebelum Ana juga ikut serta di meja mereka. “Sorry lambat sikit. Susah nak dapat parking. Kenapa pilih makan dekat sini?” Ana bertanya kepada Rina.
            “Aeril yang pilihlah,” Rina menegur.
            Aeril cuma memandang. Aduh, apa hal singa betina ni ada? Buat spoil mood betul!
            “Sorry, Aeril! Saya lupa nak bagitahu Ana pun ada. Ana memang sentiasa dengan saya kalau saya jumpa mana-mana lelaki.” Rina menerang.
            “Mana-mana lelaki?”
            “Ya. Mana-mana lelaki. Atau lebih tepat yang nak mengorat Kak Rina. Termasuk anda.” Ana tersenyum jahat. Hehehe!
            Gulp! Sekali ada bodyguard daa....
@~@~@~@~@~
            Makin hari Aeril semakin rapat dengan Rina. Tapi setakat ni belum pernah ‘dating’ berdualah. Kalau dekat pejabat, Johan dengan Dina mesti join sekaki lepak. Dekat luar pula, Ana pula kacau daun! Haiihh... Apa boleh buat? Tapi bagus juga. At least tak adalah nampak berdua-duaan. Daripada jadikan orang ketiga syaitan, baik terus pakai ‘orang’ yang original!
            “Aeril, saya nak minta tolong boleh?”
            Aeril yang sudang khusyuk menyiapkan kerjanya di hadapan komputer terhenti, “Tolong apa?”
            “Tolong ambilkan Ana dekat kolej. Skuter dia masuk bengkel. Sepatutnya saya yang ambil dia tapi             Encik Idris suruh saya ikut dia jumpa klien dari Korea. Mungkin sampai malam baru habis. Jadi boleh tak awak tolong?” Rina merayu.
            Dengan muka ‘seposen’ comel Rina tu lelaki mana tak cair? “Okay. Saya tolong ambilkan dia.”
            “Betul ke ni? Aeril, you are my angel!Thank you so much!” Rina terharu mendengar persetujuan Aeril.
            Angel?Aku ‘angel’ dia? Dah sah dia memang suka dekat aku! Hahaha! Kalaulah tak ada orang dekat sini, dah lama aku terguling-guling gembira sekarang!
@~@~@~@~@~
            “Buat apa dekat sini? Mana Kak Rina?” Ana berlari-lari anak mendekati Aeril sebaik saja melihat Aeril tercongok di hadapan kolejnya.
            “Rina yang suruh saya ambil awak. Dia kena ikut bos jumpa klien. Mungkin malam baru balik.” Aeril menerang.
            “Hah? Malam? Alah, sorang ajalah Ana sampai malam dekat rumah.” Muka Ana hampa.
            “Sorang? Mak dengan ayah mana?”
            “Balik kampung.”
            Kasihan melihat wajah sedih Ana, “Awak dah makan?”
            “Belum.”
            “Jom pergi makan. Saya belanja.” Aeril menawar diri.
            “Betul ke? Ana tengah kebulur ni!”
            “Kalau macam tu masuk kereta cepat.”
@~@~@~@~@~
Aeril memerhatikan saja cara Ana makan. Ana mula menyedari Aeril memerhatikannya.
            “Kenapa pandang orang macam tu? Tak pernah tengok orang ke?
            Aeril ketawa kecil, “Pernah. Tapi belum pernah tengok orang makan banyak macam ni!”
            Aeril menunjuk ke arah meja makan mereka. Penuh dengan segala macam hidangan. Ikan, ayam, daging, sayur, semua ada!
            “Alah, Ana boleh bayar separuhlah!”
            “Bukan soal bayar. Cuma, biasanya perempuan ni makan sikit-sikit aja. Lebih-lebih lagi dekat luar. Tapi awak, badan kecik tapi selera besar!”
            “Ana tak retilah nak berlakon ala-ala perempuan melayu terakhir ni! Kalau nak tahu, apa yang Aeril nampak, inilah Ana yang sebenar!” Ana tanpa segan memberitahu.
            “Nak tanya sikit boleh?”
            “Tanyalah. Bukan kena bayar pun.”
            “Kenapa awak tak bahasakan diri saya-awak tapi pakai nama?”
            Ana terhenti suapannya. Mukanya agak kemerahan, “Ana tak biasa pakai saya-awak dengan lelaki. Sebab tulah pakai nama aja.” Ana menghirup minumannya
            “Nampak lebih rapatkan? Okaylah. Kita bahasakan diri pakai nama. Tapikan Ana, lebih sedap kalau ditambah ‘abang’ depan Aeril tu.” Aeril mengusik.
            “Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk!” tersedak terus Ana mendengar!
@~@~@~@~@~
            Aeril duduk di atas katilnya. Penat rasa badan lepas seharian bekerja lepas tu keluar makan pula dengan Ana. Tapi tak dinafikan seronok juga keluar makan dengan Ana. Dengar dia berceloteh dari pasal kolejnya sampai negara!
            Tapi Aeril tidak sangka Ana tersedak lepas Aeril mengusik supaya memanggilnya ‘abang’! Aeril sendiri tidak sangka dia akan mengusik sebegitu rupa! Cuba bayangkan Ana memanggilnya ‘Abang Aeril’. Hmm... Meremang siot! Mesti geli! Tapi nasib baik Ana tak setuju. Ana kata;
            “Jangan buat lawaklah! Hanya orang tertentu yang Ana panggil ‘abang’! Macam abang Ana sendiri ataupun orang tua tiga tahun atau lebih. Aeril cuma tua setahun aja. Silap-silap jarak cuma dua tiga bulan aja. Gelilah nak panggil ‘abang’!”
            Itulah alasan Ana. Tapi memang bukan salah Ana. Alasan Ana juga kukuh. Aeril sebaya dengan Rina. Cuma tua setahun.  Sebenarnya Aeril sendiri tidak menyangka dia boleh mengusik Ana sebegitu rupa. Sampai blushing jadinya muka Ana!
Selalunya dengan perempuan aku ni macam kayu! Kayu lagi peramah! Eh, macam mana tu? Ah, lantaklah! Tapi entah kenapa dengan Ana ni aku lebih selesa. Takkan aku suka dekat Ana pula? Eh, eh! No, no... Aku suka dekat Rina. Bukan Ana. Mungkin sebab Ana ni terlebih mesra alam. Hmm... betul, betul! Sudahlah. Meletup kepala aku fikir pasal benda ni!
@~@~@~@~@~@~
“Aeril, thanks tau sebab tolong ambilkan Ana semalam. Lepas tu awak bawa pula dia pergi makan. Thank you so much! Kalau tak ada awak, tak tahulah! Jadi, sebagai tanda terima kasih saya nak ajak awak keluar makan. Saya yang belanja. Okay?”
Itulah antara ayat-ayat terima kasih Rina. Tak sangka pula Rina betul-betul menghargai bantuannya. Siap nak belanja makan pula! Bak kata orang-orang tua, rezeki jangan ditolak maut jangan dicari.
Ikutkan hati, mahu aja dia siap pakai kemeja dan blazer bagai tapi nanti nampak bersemangat sangat! Jadi, Aeril cuma memilih untuk mengenakan pakaian lebih sempoi. Baju-T dengan jeans. Ala, bukannya nak makan dekat hotel lima bintang! Dekat restoran hujung rumah aja. Tapi takat hujung rumah pun, makanan dia memang terbaik gila! Jangan main-main.
Siap aja sentuhan terakhir pada rambut, Aeril terus bergegas ke restoran yang dimaksudkan. Rupa-rupanya Ana dan Rina sudah sedia menanti.
Sorry terlambat.”
“Tak apa. Kitaorang pun baru aja duduk.” Ana ramah menjawab.
“Jangan risaulah,” Rina pula menyahut.
Selesai mengambil pesanan. Ada seorang lelaki lingkungan 20-an mendekati meja mereka dan menyapa Rina.
“Hai, Rina! Lama tak jumpa you!
Rina dan Ana sama-sama terkejut apabila lelaki tersebut tiba-tiba muncul. Aeril jangan cakaplah. Berkerut keningnya melihat lelaki tersebut tiba-tiba datang menyapa.
“Dani, apa you buat dekat sini?” tanpa Aeril jangka, Rina mengenali lelaki tersebut.
“Saja lepak-lepak. Tiba-tiba ternampak you pula. Makin cantik sekarang.” Lelaki dipanggil Dani itu mahu mencuit dagu Rina tapi pantas ditepis Ana.
“Abang Dani, jangan ganggu Kak Rina lagi! Dia dah tak nak dengan kau.” Ana pula bertindak. Ana memanggil Dani ‘abang’. Nampaknya Dani ni mesti tua lebih tiga tahun.
“Eh, Ana! Ana pun nampaknya dah makin lawa sekarang. Ana ajalah dengan abang nak?” Dani seperti mahu menyentuh pipi Ana tapi kali ini Aeril pula bertindak dengan mencengkam tangan Dani.
“Jangan kacau diorang.”
“Eh, kau ni siapa?” Dani sudah menyeringai menahan sakit apabila lengannya kuat dicengkam Aeril.
“Tak kisahlah siapa aku. Tapi sekarang tolong jangan buat kecoh dekat sini. Sebelum aku cengkam tangan kau sampai patah baik kau pergi.” Aeril melepaskan cengkamannya.
“Rina, rupa-rupanya you dah ada pengganti ya? Tengoklah apa I akan buat!” Dani sempat mengugut sebelum meninggalkan mereka.
Thanks, Aeril.” Muka Rina sudah mula pucat.
It’s okay.” Aeril cuba tersenyum.
“Saya nak ke toilet.” Rina bingkas bangun menuju ke tandas.
“Siapa lelaki tu, Ana?”
“Bekas tunang Kak Rina. Diorang putus sebab Dani tu buaya darat. Biasalah, anak Dato’.” Ana menjawab.
“Oh...”
“Aeril tak cemburu ke?” pelik Ana apabila cuma ‘oh...’ saja dijawab Aeril.
“Kenapa pula nak cemburu?”
“Yalah. Diorang pernah bertunang. Jadi Aeril tak takut ke kalau Kak Rina balik dekat Dani?”
“Kalau Kak Rina sanggup putuskan pertunangan, maksudnya Kak Rina dah tak cintakan Dani lagilah, kan? Jadi buat apa nak cemburu?”
Ana masih lagi terkebil-kebil. Pelik melihat reaksi Aeril seperti tidak kisah saja apabila mengetahui Rina pernah bertunang.
@~@~@~@~@~
Aeril duduk sendirian di dapur. Sambil memegang secawan air milo panas, dia memikir kembali kejadian di restoran malam tadi.
Betul kata Ana. Kenapa aku tak rasa cemburu sikit pun bila aku tahu Rina pernah bertunang. Mamat tu pun boleh tahan. Anak Dato’ lagi! Mesti bersepah perempuan nak dia. Kalau difikirkan balik, mustahil Rina dah tak ada apa-apa perasaan dekat dia. Yalah, kalau sampai tahap pernah bertunang, mesti Rina pernah sayang gila-gila dekat dia. Takkanlah semudah tu Rina nak lupakan dia?
Lagi satu, masa dia usik Rina aku tak rasa marah langsung. Rasa macam ‘blur’ dan terkebil-kebil tapi bila dia mula usik Ana, tiba-tiba aku naik angin. Biar betul? Takkan aku dah mula suka dekat Ana pula? Hish! Impossible... impossible.... Aku suka Rina. Bukan Ana! Ish, tapi kenapa pula aku nak marah bila dia usik Ana? Arggghhh! Serabutnya otak!
Aeril mengusutkan rambutnya. Tapi serta-merta  tindakannya terhenti apabila terdengar satu suara. Suara nyanyian perempuan belakang rumahnya!     
Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...
            Aeril tersenyum sendiri. Tak sangka Rina ni suka lagu-lagu yang catchy juga. Ingatkan cuma minat lagu-lagu yang jiwang atau cintan habis. Nampaknya lepas dengar suara dia, semakin membuak-buak rasa suka aku dekat dia!
@~@~@~@~@~
            Aeril memerhatikan saja Alia dengan penuh nikmat menjilat aiskrim coklatnya. Bukan setakat aiskrim dua posen tu tau! Aiskrim sundae tu.
            “Sedap makan aiskrim. Abang punya tak ada ke?”
            “Mana boleh. Ini Alia punya. Abang pergilah beli sendiri. Tak malu minta orang,” Alia mencebik.
            “Eleh, entah-entah duit aiskrim tu Alia ambil dari poket seluar abang. Betul tak?” Aeril mengusik.
            “Mana ada! Ini Kak Ju bagilah.” Alia semakin geram dengan abangnya. Amboi... amboi... suka-suka aja abang dia nak tuduh dia. Ingat dia suka mencuri ke? Pigidah!
            “Siapa Kak Ju?” Aeril pelik mendengar nama itu.
            “Kak Ju belakang rumah kita. Dia tau Alia ni adik abang, jadi dia belanjalah Alia aiskrim. Dia tu baiklah, bang!” bersungguh-sungguh Alia bercerita.
            Belakang rumah? Rina ke? Nama penuh Rina, Julia Karina! Mesti Rinalah ‘Kak Ju’ tu. Ju ialah singkatan bagi Julia. Woot...woot... Memang pilihan yang tepat betul! Bakal adik ipar pun dah suka, okaylah tu!
            Aeril segera mencapai kunci keretanya sebelum Alia menegur, “Eh, abang nak ke mana?”
            “Jumpa bakal isteri. Eh, silap! Nak jumpa kawan!” Aeril pantas meninggalkan Alia yang masih terkebil-kebil.
            “Bakal isteri?”
@~@~@~@~@~@~
            Aeril keluar daripada kedai alat tulis sambil tangannya menjinjit beg plastik.
            “Si Alia ni macam-macam hal betul. Suruh beli krayon la water colour la drawing block la. Tak ada time lain ke? Time orang balik kerjalah dia suruh. Kalau bukan sebab nak beli benda alah ni, boleh balik dengan Rina sama-sama.” Aeril mengomel sendiri. Hasrat untuk pulang bersama-sama Rina tergendala apabila Alia merayu-rayu supaya Aeril membelikan barang-barang untuk kelas seni keesokan harinya.
            Tapi tengah dok mengomel-omel, Aeril terpandang kelibat Ana baru keluar dari kedai serbaneka di sebelah. Ikutkan hati mahu menegur tetapi hasratnya terhenti apabila menyedari Ana tidak keseorangan. Ana bersama-sama seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya! Yang bestnya Ana dengan lelaki tu naik motor yang sama! Motor yang boleh tahan mahalnya jugalah. Hampir tersembul biji mata Aeril apabila melihat Ana dengan tanpa segan silunya memaut pinggang lelaki tersebut dan terus meluncur pergi.
            Entah kenapa Aeril yang tercongok memerhati berasa sangat marah, bengang, dan yang paling peliknya – cemburu.
@~@~@~@~@~@~
            “Aeril, awak ni okay tak? Kenapa macam bad mood aja?” Rina bertanya selepas melihat Aeril yang langsung tidak senyum apatah lagi ketawa seperti selalu.
            “Okay aja,” Aeril menggaul minumannya.
            “Yalah, Aeril! Kau ada masalah ke?” Johan pula menyampuk.
            “Tak adalah,”
            “Kau datang bulan ke Aeril?” Johan mengusik.
            “Apa awak merepek ni, Johan?” Dina menampar bahu Johan.
            “Sakitlah. Saya gurau aja.” Johan memuncung.
            “Aeril,” Rina memanggil.
            “Ya?” Aeril masih lagi buat endah tak endah.
            “Saya nak balik dengan awak hari ni, boleh? Kereta saya abang saya pakai.”
            “Okay,” pendek saja jawapan Aeril.
            Sepanjang perjalanan balik Aeril langsung tidak bercakap sepatah pun. Rina pula mahu berbual tetapi keinginannya terpaksa dimatikan apabila melihat Aeril menunjukkan ciri-ciri tidak mesra alam. Sehinggalah sampai di hadapan rumah, barulah Aeril bersuara. Itu pun sebab Aeril terpandang seseorang ; seorang lelaki sedang membasuh motor di rumah Rina dan yang paling menyakitkan hati, Ana juga turut ada sama.
            “Siapa yang dengan Ana tu?” Aeril bertanya dengan nada dingin sambil menunjuk ke arah lelaki tersebut. Seingatnya itu lelaki yang dia nampak semalam ; lelaki yang Ana paut pinggangnya.
            “Oh, itulah abang saya! Along Zaidi. Dia baru balik kelmarin dari Melbourne, Australia. Dialah yang pinjam kereta saya.” Rina ceria membeitahu.
            Aeril baru teringat kembali kata-kata Rina yang memberitahu abangnya meminjam keretanya. Dia langsung tidak teringat yang abang Rina belajar di luar negara.
            “Laaa.... ya ke?”
            “Yalah. Kenapa?”
            “Semalam saya nampak dia dengan Ana. Ingatkan Ana dengan balak mana. Rupa-rupanya abang sendiri!” Aeril tersenyum lega.
            Rina memerhatikan saja Aeril keluar dari kereta dan berjumpa abangnya. Barulah dia nampak senyuman Aeril. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik terhadap Aeril.
@~@~@~@~@~@~
            “Jadi Aeril ni kiranya pengganti Alonglah bila Along tak ada?” Zaidi bertanya.
            “Eh, tak adalah!” Aeril sudah malu-malu sendiri.
            “Mana ada. Along mana ada pengganti. Dia ni aja yang menyemak,” Ana mencebik.
            “Pandainya panggil orang menyemak!” Zaidi memicit hidung Ana.
            “Sakitlah, Along!”Ana mengusap-usap hidungnya.
            Aeril tersenyum melihat keletah dua beradik tersebut. Ana kelihatan jauh berbeza daripada perangai ganasnya yang biasa sebaliknya kelihatan lebih manja.
            “Kak Rina, dekat belah sana ada cabutan bertuahlah! Jom tengok,” Ana mengajak.
            “Ana ni tak penat ke?”
            Ana menggeleng. “Bukan selalu kita dapat pergi karnival macam ni. Jomlah, kak!”
            Rina menurut saja, “Aeril dengan Along tak nak ikut?”
            “Tak apa. Biar lelaki pula nak berborak,” Zaidi menolak.
            Aeril terkedu mendengar kata-kata Zaidi. Nak borak apa? Abang diorang ni tak suka ke aku kawan dengan adik-adik dia?
            “Aeril dah lama ke kenal diorang?” Zaidi mula bertanya.
            “Err... dalam 4-5 bulan macam tu.”
            “Apa pendapat Aeril dengan diorang?”
            Ish! Macam kena soal siasat dengan polis pula! “Diorang berdua baik.”
            “Secara peribadi, Aeril rasa Rina macam mana? Ana pula macam mana?”
            “Kalau Rina, dia lebih cool, sopan-santun dan lemah-lembut. Ana pula lebih kepada seorang yang happy-go-lucky , sempoi dan lebih senang nak bercerita.” Aeril sendiri belum pernah memikirkan secara mendalam perbezaan dua beradik tersebut tetapi syukur dia dapat menjawab dengan lancar.
            Zaidi tergelak kecil, “Melalui apa yang Aeril cakap, ada satu yang abang baru tahu.”
            “Err... apa dia?” aik? Takkan baru tahu perangai adik sendiri?
            “Ana memang lebih senang nak bercerita. Tapi dia memang jarang sangat dekat dengan mana-mana lelaki kecuali abang dia sendiri. Nampaknya Aeril ni lelaki pertama yang boleh ‘menjinakkan’ dia!”
            Kata-kata Zaidi serta-merta membuatkan lidah Aeril kelu. Biar betul?
            Zaidi  kembali ke Australia dua minggu kemudian. Rina tenang saja mengucapkan selamat tinggal kepada abangnya sebaliknya Ana pula menangis teresak-esak ketika mengucapkan selamat tinggal sehingga terpaksa ditenangkan. Mana tidaknya, Ana lebih rapat dengan Zaidi berbanding Rina. Sebelum pergi, Zaidi sempat berbisik ke telinga Aeril;
            “Tolong jagakan Ana untuk abang,”
            Pesanan itu agak aneh kerana Zaidi tidak berpesan untuk menjaga kedua-duanya sebaliknya cuma Ana. Rina tu bukan adik dia ke? Ah, nanti dah jadi cerita lain pula!
@~@~@~@~@~
            Bunyi deringan telefon bimbitnya memberhentikan niatnya untuk menghirup teh panas sambil melayan komik ‘Detective Conan’. “Hish! Siapalah yang call ni. Tak tahu ke hujung minggu macam ni orang nak goyang kaki layan komik?”
            Aeril menekan butang hijau, “Hello?”
            “Aeril! Tolong Aeril! Tolong selamatkan saya!” suara seorang gadis berteriak meminta tolong.
            “Rina? Rina ke tu?” Aeril sudah mula menggelabah. Apa hal Rina tiba-tiba telefon dia dan menjerit tak tentu pasal? Takkan histeria kut?
            “Hello Aeril?” kini beralih pula kepada suara seorang lelaki .
            “Hello? Siapa ni? Mana Rina?”
            “Rina? Dia selamat. Buat masa sekarang.”
            “Ini Dani ke?” tiba-tiba Aeril mengecam suara tersebut.
            “Oh, masih ingat lagi kau dekat aku ya?”
            “Apa kau dah buat dekat Rina? Mana dia sekarang?”
            “Aku dah bagi amaran yang aku akan buat sesuatu, kan?”
            Aeril mengingat kembali kejadian di restoran suatu ketika dulu. Ya. Dani memang ada mengugut, “Kau nak apa, hah?”
            “Aku nak kau datang ke rumah lama yang tak jauh dari kawasan rumah kau. Rumah bernombor tujuh di Jalan Angsana. Jangan bawa sesiapa.”
            “Kau jangan apa-apakan Rina.” Aeril mengugut keras.
            “Aku lupa pula. Bukan Rina seorang yang ada dengan aku sekarang. Ana pun ada.”
            Bagai mahu tercabut jantungnya apabila mengetahui bukan seorang sebaliknya dua tebusan yang perlu dia selamatkan!
@~@~@~@~@~@~
            Aeril memberhentikan kereta tidak jauh dari rumah lama tersebut. Rumah itu sudah lama tidak berpenghuni. Tinggal tunggu nak dirobohkan saja.
            “Rumah macam rumah hantu aja. Betul ke nak masuk ni?” Aeril teragak-agak.
            “Ah, lantaklah! Yang penting ada orang yang perlu aku selamatkan. Bukan sorang, tapi dua!” dengan lagak hero dan machonya, dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
            Baru saja pintu dikuak, ada satu susuk tubuh yang sudah sedia menanti. “Hai, Aeril!”
            Tiba-tiba tangan Aeril dicengkam oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa sehingga membuatkan dia tidak dapat bergerak, “Apa ni? Mana Ana dengan Rina?”
            “AERIL! TOLONG SAYA!” suara Rina memekik.
            “RINA!” Aeril membalas pekikan itu. Aeril menunggu suara Ana pula tapi masih sunyi.
            “Mana Ana? Betul ke Ana ada dengan kau?” Aeril cuba melepaskan diri daripada cengkaman dua lelaki itu. Memang susah bagi dirinya yang ‘kurang sasa’ atau lebih tepat agak keding untuk melepaskan diri. Dua lelaki ni pula sudah sama besar dengan The Rock!
            Dani berdiri di tengah-tengah antara dua pintu. Dia memukul kuat pintu di sebelah kirinya.
            “Aeril,” suara Ana berbeza dengan Rina. Hanya panggilan perlahan.
            “Dani, lepaskan diorang!”
            “Kau ni bodoh ke? Kau fikir kalau kau tengking aku macam tu, aku takutlah? Aku akan lepaskan dioranglah? Hei, dekat channel tv mana ada siar cerita penculik lepaskan tebusan lepas kena tengking dengan hero? Cuba cerita sikit!”
            Betul juga cakap Si Dani ni. “Habis tu kau nak aku buat apa?”
            “Kau cuma ada dua pilihan. Kau cuma boleh selamatkan seorang saja. Bilik sebelah kanan aku terletaknya Rina. Sebelah kiri pula, Ana. Jadi kau pilih salah seorang yang kau lebih utamakan untuk diselamatkan. Tapi....!” Dani maju mendekati Aeril.
            “Tapi apa?”
            “Seorang lagi itu akan aku bunuh.” Dani mengeluarkan pisau lipat dari dalam poket seluarnya dan menyuakan betul-betul depan muka Aeril.
            “Apa tujuan kau buat semua ni? Kalau sebab kau marah aku rampas Rina, sepatutnya kau cuma akan jadikan Rina seorang aja sebagai tebusan. Apa kena-mengena dengan Ana?” Aeril mula menyedari sesuatu yang aneh.
            “Sebab aku tak rasa kau cintakan Rina seorang.”
            Aeril tersentak, “Apa maksud kau?”
            “Kau sebenarnya ada hati dekat Ana juga, kan?”
            Kali ini Aeril tidak dapat menafikannya. Ya. Dia tidak boleh nafikan lagi bahawa Ana juga telah mempunyai tempat di dalam hatinya.
            “Jadi sekarang, kau kena pilih. Kalau tidak, kedua-duanya akan menjadi korban.”
            Peluh dingin semakin membasahi dahi.
            “Dengan kiraan tiga, kau akan dilepaskan dan terus menuju ke arah pintu yang kau pilih. Sedia?”
            Aeril tidak memberikan sebarang reaksi. Jantungnya berdegup kencang. Dia perlu segera memilih. Yang mana satu akan diselamatkan? Yang mana satu akan menjadi korban?
            “Satu...”
            Aeril meneguk air liurnya.
            “Dua...”
            Cepat buat pilihan!
            “TIGA!”
            Aeril dilepaskan dan tanpa diduga kaki Aeril seperti bergerak sendiri menuju ke bilik...
            “ANA!”
            Ana cuma berdiri kaku, “Aeril...”
            “Awak okay tak? Awak tak apa-apa?” Aeril mencengkam kuat bahu Ana.
            “Kenapa Aeril masuk bilik ni? Kenapa bukan Kak Rina yang Aeril pilih?” muka Ana jelas seperti bingung.
            “Saya sayangkan awak. Saya dah sedar yang orang selama ni saya sayang awak. Saya seronok dapat jumpa Rina sebab awak ada dengan Rina. Awak orang saya cintai. Bukan Rina.” Aeril akhirnya dapat menjawab segala soalan yang mengusutkan fikirannya.
            “Saya dah agak,” seseorang menyampuk.
            “RINA!” Aeril terkejut melihat Rina masuk ke dalam bilik itu.
            “That’s me.”
            “Bukan awak sepatutnya kena...”
            “Bunuh dengan aku?” Dani pula muncul.
            Semakin berkerut dahi Aeril, “Hei, apa semua ni?”
            “Sorry, Aeril! Semua ni sudah dirancang dari mula.”
            “Rancang?”
            “Ya. Sebab nak pastikan siapa sebenarnya yang awak akan pilih antara Ana dengan saya. Kalau awak nak tahu, ini semua idea Along Zaidi.” Rina tersengih.
            “Abang Zaidi?”
            Rina mengangguk. “Saya ada cerita dekat Along yang saya rasa awak bukan cintakan saya. Tapi Ana. Jadi Along berikan idea supaya buat macam ni.”
            “Awak dah tahu?”
            Rina mengangguk lagi. “Mula-mula memang saya rasa awak sukakan saya. Tapi bila awak dah kenal Ana dan lama-kelamaan korang berdua makin rapat saya mula rasa hati awak bukan untuk saya. Saya memang dapat rasa awak sukakan saya. Tapi saya tak dapat nak kesan cinta awak. Pandangan awak pada saya bukan pandangan kasih sebaliknya saya nampak cara awak pandang Analah pandangan kasih.”
            Aeril memandang Ana, Ana menundukkan muka. Malu!
            “Walaupun pada mulanya Ana kurang setuju, tapi last-last dia ikut aja. Jadi dengan pertolongan bekas tunang saya, Dani, kami sama-sama jalankan rancangan ini.”
            “Bukan ke Dani ni marahkan saya?”
            “Memanglah mula-mula aku marah. Tapi lepas Rina ceritakan semuanya, baru aku faham. Sebab tu aku sanggup membantu dengan dua orang kawan aku yang berbadan sasa.” Dani menunjuk ke arah dua orang yang menahan Aeril sebentar tadi.
            “Sorry kalau terkuat masa kami cengkam tangan tadi,” dua orang lelaki itu melambai.
            “Ana ada cerita yang masa awak tahu Dani ni bekas tunang saya, awak langsung tak cemburu. Tapi masa awak nampak Ana dengan lelaki lain, saya nampak awak cemburu. Padahal itu Along Zaidi!” Rina menyambung.
            “Betul ke Aeril?” Ana yang diam sejak tadi mencelah.
            Aeril tidak menjawab sebaliknya menundukkan kepala. Malu beb!
            “Jadi, sekarang bolehlah kau ambil Ana. Aku pula ambil Rina!” Dani memaut bahu Rina.
            “Ish, apa pegang-pegang ni? Jumpalah mak bapak I dulu.”
            Dani tercengang, “You dah terima I balik?”
            “Agaknyalah,” Rina sudah memerah muka.
            “Yahoo! I tak nak tunang lagi. Kita kahwin terus!” Dani menarik tangan Rina keluar.
            “Jadi...?” Aeril cuba bersuara.
            “Jadi apa? Baliklah. Takkan nak tidur dekat sini pula.” Ana pantas pergi meninggalkan Aeril. Padahal nak cover muka. Muka dah merah gila!
@~@~@~@~@~@~
            “Jadi awak dengan Dani nak kahwin lagi tiga bulanlah?”
            Rina mengangguk. Waktu makan tengahari macam ni, dia tidak lepaskan peluang untuk memberitahu Aeril berita gembiranya.
            “Tak sangka sekarang ni awak dah nak kahwin dengan orang lain. Padahal dulu saya suka gila dekat awak! Alih-alih dapat adiknya pula,” Aeril tergelak sendiri.
            “Oh, ya! Saya selalu nak tanya, tapi lupa. Kenapa awak suka dekat saya dulu, ya?” Rina bertanya.
            Aeril tersipu-sipu malu, “Sebenarnya saya suka awak masa saya ada dengar awak menyanyi dekat dapur. Sejak tu terus tergoda!”
            “Menyanyi dekat dapur?”
            Aeril mengangguk, “First time saya dengar awak menyanyi lagu Yuna. Lepas tu banyak kali jugalah saya dengar. Sebab tu saya suka dekat awak dulu.” Aeril malu untuk mengakui.
            Rina tiba-tiba tergelak.
            “Eh, kenapa gelak?”
            “Awak tahu tak yang menyanyi tu bukan saya, tapi Ana!”
            “HAH?!”
@~@~@~@~@~@~
            “Lagu apa pula kali ni, ya?” Ana menekan mp3nya  mencari lagu yang sesuai yang boleh didengar sambil mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun.
            “Hah, ini pun okay!” Ana memilih lagu yang diingini dan memulakan aktiviti mencuci. Tanpa sedar, mulutnya turut menyanyi sama.
I'm not the kind of girl 
Who should be rudely barging in 
On a white veil occasion 
But you are not the kind of boy 
Who should be marrying the wrong girl 

I sneak in and see your friends 
And her snotty little family 
All dressed in pastel 

And she is yelling at a bridesmaid 
Somewhere back inside a room 
Wearing a gown shaped like a pastry 
This is surely not....
            Ana terhenti. Dia seperti mendengar bunyi pekikan gitar. Earphone di telinga pantas dicabut. Dia berpaling – Aeril sedang memetik gitar mengikut nada lagu ‘Susun Silang Kata’.
Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri
Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada
Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

            Aeril berhenti. Ana pula terkebil-kebil.
            “Hei! Kenapa kau tak menyanyi sampai habis? Aku bagi kau pinjam gitar tu suruh kau nyanyi sampai habis. Habiskanlah!” Dani muncul.
            Rina pula muncul di dapur, “Dani! Janganlah kacau daun.”
            “Apa semua ni?” Ana masih lagi terkebil-kebil.
            Rina menyiku Aeril, “Err... Ana, sebenarnya saya dah lama gila sukakan awak. Saya ingatkan yang selama ni menyanyi dekat dapur Rina. Rupa-rupanya awak. Tak sangka semua ni salah faham. Awak... awak punya suara sedap sangat.”
            Muka Ana berubah tona, “Ya ke? Terima kasih,”
            Aeril diam. Rina menyiku lagi, “Saya... sebenarnya nak...”
            Dani mendengus, “Kau ni lembab betullah, Aeril! Ana, Aeril nak bawa Ana makan malam dekat rumah dia. Ana setuju?”
            Aeril terkejut apabila tiba-tiba Dani pula yang ambil port!
            “Dani!” Rina memukul.
            “Apa? Aeril ni slow sangat. Hilang sabar tau!”
            “Haish... Jadi Ana, setuju tak?” Rina pula bertanya.
            Ana tidak menjawab sebaliknya cuma menunduk. Malulah tu!
            “Aeril, atuk aku cakap kalau orang perempuan ni diam dan tunduk-tunduk maksudnya dia setuju. Kira okaylah tu!” Dani menyampuk.
            “Dani, you boleh diam tak? I hempuk you dengan kuali nanti baru tau!”
@~@~@~@~@~@~
            Seperti yang dijanjikan, tepat jam 8.15, Ana sudah sedia tiba di hadapan rumah Aeril. Aeril pula menyambut dengan mulut terlopong – Ana memakai baju kurung lengkap bertudung litup manakala wajahnya cantik disolek.
            “Kenapa kamu tenung anak dara orang lama-lama Aeril? Tak baik tau,” Encik Kamal menegur. Pantas Aeril menutup mulutnya.
            “Ini ke Ana tu?” Puan Faridah pula muncul. Ana bersalaman dengan ibu Aeril.
            “Apa khabar makcik?”
            “Baik. Amboi, sopannya!” Puan Faridah mengusik.
Ana tersipu-sipu malu.
“Kamu duduklah dulu. Makcik nak siapkan makanan,” Puan Faridah kembali ke dapur semula.
            “Eh, Kak Ju!” Alia muncul dari dapur dan terus menerpa Ana.
            “Alia, lama tak jumpa!” Alia bersalam dengan Ana.
            “Kak Ju?” Aeril mengulang.
            “Abang, inilah Kak Ju yang Alia cerita tu. Yang belikan Alia aiskrim tu,” Alia petah bercerita. Aeril merenung Ana.
            “Nama Ana, Julia Kirana.” Ana tersenyum.
            “Tak pernah tahu pun!” Aeril mencebik.
            “Tak ada yang tanya,” Ana menjeling.
            “Aeril, marilah ajak Ana makan. Makanan dah siap,” Encik Kamal sudah siap duduk di meja makan.
            “Jemputlah makan,” Aeril menjemput.
            “Terima kasih, Abang Aeril,”
            Aeril terkedu. “ ‘Abang Aeril’?”
            Ana cuma tersipu-sipu malu.
            Aeril merenung Ana lama. Terima kasih, Ya Allah! Kau dah berikan aku jodoh yang terbaik.
            Mereka berdua berjalan beriringan  ke meja makan sambil masing-masing tidak lekang daripada tersenyum.
            “Aeril, anak orang tu! Baik-baik sikit.” Encik Kamal meperingatkan lagi sebelum Ana dan Aeril sama-sama tergelak.


















1 comment:

  1. Besttt laa watak2 semua tu ..
    Dah agak dh yg nyanyi tu si ana..

    ReplyDelete