Saturday, 23 March 2013

Tips untuk study SPM (ececehh...)

Alhamdulillah.... Bersyukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana sudah mengurniakan rezeki dan memberi kesempatan kepadaku untuk membanggakan kedua-dua orang tuaku.



Aku berjaya memperoleh 7A dalam SPM. Sebelum aku, nama Nisa yang juga dapat 7A disebut dulu. Bila nama Nisa disebut tu aku memang gembira bila kawan baik aku berjaya tapi dalam waktu yang sama aku rasa down sangat. Mana taknya, bila cikgu kata kelas akaun ada 9 orang (kalau tak silap) yang dapat 6A ke atas, kawan-kawan aku dok cuit-cuit aku dengan Nisa. Lagilah pressure aku jadinya!

Tapi bila nama aku disebut untuk naik ke pentas, Allah aje tahu betapa gembiranya perasaan aku masa tu. Aku awal-awal lagi dah bagitahu Nisa yang teruk atau bagus ke result aku, aku mesti tetap akan menangis. Dan itu memang benar-benar terjadi. Walaupun mata aku mengeluarkan air mata tapi mulut aku tersenyum lebar. Masa tu aku cuma fikir senyuman mama dan ayah je. Berulang kali aku cakap dalam hati; "Mama... ayah... kakya berjaya!"

Turun aje pentas terus aku call mama. Lepas dengar aje suara mama, aku jadi sebak dan terus menangis lagi. Tapi dalam menangis-menangis tu juga aku bagitahu mama; "Ma... kakya dapat 7..." Sayangnya mama tak ada dengan aku masa tu. Mama kat rumah, tengah masak. Memang asalnya aku tak berapa galak mama datang pun sebab aku tak sanggup nak berhadapan dengan mama kalau aku kecewakan dia lagi.

Liana pun berjaya dapat naik pentas lepas dapat 6A. Dia peluk aku dan cakap terima kasih banyak-banyak sebab dah banyak tolong dia. Terharu gila aku masa tu! Tapi aku agak sedih juga sebab Nani tak dapat sertai kami sama-sama naik pentas. Mungkin bukan rezeki dia. Aku serba-salahlah juga nak happy-happy. But, don't worry my friend. Aku pasti akan doakan kau supaya memperoleh kejayaan di masa akan datang. Kita berusaha sama-sama lagi nanti ya!

Seperti lepas dapat result PMR dulu, lepas keluar dari sekolah, aku dengan kawan-kawan pergi makan KFC. Saja nak lepak-lepak lepas lama tak jumpa. Tapi kalau lepas ambil result PMR dulu, aku takut nak balik. Takut nak berhadapan dengan mama ayah yang kecewa dengan aku.

Sampai sekarang, kalau aku ingat balik hari aku ambil result tu, aku jadi sebak. Aku jadi sebak bila tengok mama dan ayah. Walaupun kekecewaan tu tidak ditunjukkan tapi aku tahu diorang kecewa sama macam aku kecewa.

Tapi kali ni, aku tak sabar-sabar nak balik jumpa mama dan ayah. Bila balik, aku rasa seronok sangat tengok mama dan ayah tersenyum bangga dengan result aku. Makcik-makcik semua ucap tahniah. Senang hati aku bila mama dan ayah dapat menjawab dengan bangga bila orang tanya result aku. Ya. Memang itu impian aku. Walaupun aku gagal dapat straight A's tapi itupun dah cukup bagi aku.

Oh, ya! Sebelum aku pergi KFC, aku singgah ke rumah orang yang paling banyak menolong aku untuk mencapai kejayaan ini. Acik Saadiah.

Yang tudung hijau tu anak dia yang sebaya dengan aku tapi baru tahun ni nak ambil SPM sebab dia masuk tahfiz or yg sewaktu dengannya.

Malam sebelum ambil result tu Lya dah ajak aku jumpa acik lepas ambil result. Tapi aku bagitahu dia yang kalau result aku bagus, aku pasti akan ke rumah dia tapi kalau sebaliknya aku tak rasa aku sanggup untuk berhadapan dengan dia. Apatah lagi dialah yang sudah banyak menolong aku. Masa hari exam SPM tu pun, kalau paper dalam pukul 11 macam tu, aku, Lya dan Atikah akan ke rumah dia dulu pagi tu. Study saat-saat akhir dekat rumah acik sebelum ke sekolah bila dah sampai waktunya. 

Berkat usaha dan pengorbanan kami dan juga acik yang tidak lokek membantu, kami bertiga berjaya naik pentas pada hari itu. Aku dapat 7A manakala Lya dan Atikah dapat 6A. Kejayaan aku mungkin acik sudah jangka tapi acik terkejut dengan keputusan Lya dan Atikah. Jujurnya aku pun terkejut dengan result diorang berdua sebab masa periksa sekolah diorang bukanlah di tahap yang atas. Bukannya aku nak kata diorang tak pandai atau apa malah aku memang tahu yang walaupun Lya lambat faham bila belajar, tapi dia rajin. Atikah pula walaupun dia selalu main-main dan acik selalu kata dia malas tapi bila SPM tu aku duduk semeja dengan dia belajar dekat rumah acik dan aku nampak kesungguhan dia. 

Aku sendiri pun bukannya jenis 24 jam belajar. Kalau nak tahu, malam yang esoknya aku ada paper, aku sempat lagi menghadap Running Man! Hah, tak ke naya kalau mama tau tu! Memanglah rasa serba-salah sebab aku patutnya baca buku walaupun sebelum aku tengok tu aku dah study dulu, tapi aku fikir positif. Aku tengok Running Man tu untuk tenangkan otak dan menghilangkan nervous je. Memang rasa hilang stress pun lepas tu sebenarnya!

Apa yang aku cuba highlight dekat sini, walaupun kita ni pemalas, lambat faham pelajaran, atau apa-apa, itu bukannya merupakan sebab kegagalan kita. Kita cuma perlu pandai cari cara macam mana nak tangani masalah tu. Macam aku, bila study aku senang mengantuk jadi bila belajar math atau addmath, aku akan dengar lagu. Bila dah pasang lagu tu bukan kita peduli dah itu lagu apa sebab otak kita fokus dekat kerja kita buat cuma suasana tidaklah sunyi dan mudah mengantuk. 

Tapi bila benda yang perlu banyak membaca macam sejarah, tak boleh dengar lagu! Memang mengantuk. Sepuluh minit membaca boleh berdengkur! So kalau aku, aku akan paksa diri baca beberapa muka surat atau habiskan satu bab, lepas tu tutup buku, dengar lagu untuk hilangkan mengantuk. Then bila dah hilang mengantuk sambunglah baca satu bab lagi. Tapi sambil membaca kena buat nota ringkas. Buruk pun tak apa asalkan faham! Bukannya nak letak kat public pun. Tapi disarankan pakai pen colour dan ada corak-coraklah sikit supaya sendiri baca pun tak mengantuk. Sebab sejarah dia kena menghafal. Sejarah PMR bolehlah takat baca je...

Okay. Tamat tips (?).

Sekarang ni tinggal Iqbal ajelah. Tapi lagi 10 tahun baru boleh tahu result SPM dia sebab dia baru darjah dua!
Belajar sungguh-sungguh ya dik ;)

wassalam :)

No comments:

Post a Comment