❤CINTA MATRIKULASI❤
Oleh: Iliyana Ahmad
“KAHWIN?!”
“Dengan
dia?” soal lelaki di hadapan Raisya sambil menuding jari ke arahnya.
“Eii...
tak naklah!” balas Raisya.
“Hei, kau
ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau?” marah lelaki itu sebelum kembali
memandang bapanya, “Pa, apa semua ni? Kenapa Zaf kena kahwin dengan Raisya
tiba-tiba ni? Dalam waktu terdekat ni pula tu!”
“Lagi
beberapa bulan Raisya akan further study.
Kamu pula akan...”
“Shhh!
Tak payahlah papa sebut. Zaf fahamlah!” marah Zafuan.
“Jadi, papa
tak nak nanti kamu berdua jatuh cinta dengan orang lain pula! Sebagai langkah
keselamatan, baik papa nikahkan dahulu. Jadi tak ada sebab untuk kamu berdua
nak bercinta dengan orang lain,” terang Dato’ Rahman.
“What?! Apa benda ni, pa? Tak ada ribut
tak taufan kenapa mesti kami dijodohkan ni? Dengan Raisya pula tu!” Zafuan
tidak puas hati.
“Uncle, kenapa Sya kena jodoh dengan Zaf?
Kalau Zaf nak dijodohkan pun, Zaf sepatutnya dijodohkan dengan pewaris
mana-mana syarikat besar juga. Sya... cuma anak angkat keluarga ni aje!” sampuk
Raisya pula
“Ada
sebab kenapa kami ambil kamu sebagai anak angkat, Raisya. Bukan sekadar kerana
kamu ialah anak kepada rakan baik kami dan sebagai rakan sepermainan buat
Zafuan,” Datin Arnee memegang lembut bahu Raisya.
“Maksudnya?”
soal Raisya lagi tidak mengerti.
Apa yang diterangkan kepadanya selama
ini, tujuan dia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga ini hanyalah sebagai
teman untuk Zafuan yang merupakan seorang anak tunggal. Dia juga pernah
diceritakan bahawa hubungan arwah ibu bapa kandungnya memang bersahabat baik
dengan Dato’ Rahman dan Datin Arnee. Ibu bapanya meninggal dalam kemalangan
sewaktu dia baru berusia 3 tahun. Selepas itu dia diambil sebagai anak angkat
keluarga ini dan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang sama seperti Zafuan.
Namun sebenarnya dia sendiri tidak
mengerti mengapa keluarga ini sanggup mengambil seorang anak perempuan sepertinya
sebagai anak angkat dan teman untuk Zafuan sedangkan sudah terang apabila
meningkat dewasa, hubungan mereka tetap bukan muhrim sehingga dia sendiri perlu
menjaga aurat dan batas pergaulannya dengan Zafuan.
“Uncle
harap kamu akan bertenang dengar penerangan kami ini, Raisya.” ujar Dato’
Rahman lembut.
“Sebelum
ibu dan ayah kamu kemalangan 15 tahun lalu, mereka ada berpesan kepada kami
andai suatu masa nanti mereka tak sempat menjaga kamu, mereka minta kami yang
jagakan kamu dan mereka berharap sangat yang Zafuan boleh menjadi suami kamu
supaya dia boleh menjaga kamu sebagai pengganti kami andai kami tiada pula
nanti.”
Raisya terpempan
mendengar penjelasan Dato’ Rahman. Datin Arnee pula masih tetap mengusap
bahunya bagi menenangkannya.
“Jadi
kenapa Zaf pula yang jadi mangsa dalam hal ni? Pa, Zaf baru 19 tahun! I’ve a lot things to do but not to be a
husband!” bangkan Zafuan.
“Zaf,
papa minta maaf! Tapi papa terpaksa juga satukan kamu berdua secepat mungkin
bagi mengelakkan kamu berdua jatuh cinta kepada orang lain pula,”
“This is nonsense! Biarlah kami cari
pasangan hidup kami sendiri. Tak payahlah nak jodohkan kami sedangkan kami tak
nak!”
“Zaf, please! Lately, papa selalu sangat
mimpikan arwah ibu dan ayah Raisya. Mungkin itu merupakan satu petunjuk yang
kamu dan Raisya perlu disatukan segera,”
Zafuan
tergelak sinis, “Semua ni tak masuk akal, pa! Merepek. Tolonglah jangan jadi
kuno sangat.”
Zafuan
kemudiannya mengangkat punggung dan melangkah ke muka pintu. Dato’ Rahman
memanggil anak tunggalnya itu, “Zaf, Zaf nak pergi mana tu?”
“Zaf nak
keluar dari rumah ni. Orang dalam rumah ni semuanya nak menjahanamkan hidup Zaf
aje!” Zafuan sudah melangkah keluar dan menghempaskan pintu.
“Zaf,
jangan Zaf! Arghhhh!” Dato’ Rahman tiba-tiba memegang bahagian kiri dadanya
“Abang? Abang kenapa ni?” tanya Datin
Arnee risau. Raisya terdiam di situ apabila tiba-tiba bapa angkatnya itu rebah.
“Abang!!”
DISEBABKAN tidak mahu perkara yang lebih buruk menimpa
papanya yang sememangnya memiliki penyakit jantung, Zafuan akhirnya terpaksa
menurut jua permintaan papanya itu. Tanpa kerelaan kedua-dua belah pihak,
Raisya dan Zafuan akhirnya selamat diijabkabulkan.
Semua bagai mimpi apabila segala-galanya
berjalan dengan pantas. Ya. Mimpi yang dia sangat berharap akan sedar dengan
kadar segera. Namun berkali-kali Raisya mencubit pipinya, tetap terasa
sakitnya. Ya. Dia tidak bermimpi. Dia kini sudah sah menjadi seorang isteri!
“Yang kau
cubit pipi kau sendiri kenapa?” soal Zafuan yang muncul dan masuk ke dalam
biliknya yang kini sudah dihias cantik. Konon bilik pengantinlah!
“Tak ada
apalah,” jawab Raisya kekok apabila buat pertama kali selepas dia baligh, auratnya
diperlihatkan kepada lelaki bukan muhrim.
Apatah lagi sejak mereka berdua kian
remaja, jarang sekali Raisya dan Zafuan bersua muka apatah lagi berborak
rancak. Semuanya kerana sejak mereka berdua melangkah ke alam sekolah menengah
mereka masuk ke asrama penuh. Itupun bila cuti sekolah mereka lebih gemar
membuat hal masing-masing.
Zafuan
duduk melunjur sambil bersandar di kepala katil. Dia menyilang tangan memeluk
tubuh sambil merenung Raisya.
Raisya yang sedang menyikat rambutnya
berasa segan, “Tengok apa?”
“Kau ni tak adalah cantik mana,”
Raisya mendengus, “Ada masalah ke?”
“Kau cintakan aku tak?” soal Zafuan
tanpa mempedulikan soalan Raisya.
Dahi
Raisya berkerut,“Hah?”
“Tak
payahlah buat muka terkejut sangat. Aku tanya ni, kau cintakan aku tak?” tanya
Zafuan lagi.
“Err...
jujurnya sekarang ni tak. Tapi...”
“Bagus!”
Zafuan pantas memotong. “Dan aku tak nak kau cintakan aku. Faham?”
“Kenapa?”
tanya Raisya.
Zafuan
tersenyum sinis, “Kau tanya ‘kenapa’? Jangan kata yang kau ada rancangan nak
cuba jatuh cinta dengan aku?”
Muka
Raisya tiba-tiba memerah, “Eh, tolonglah! Tak pernah teringin pun.”
“Kau tak
nak cari jodoh sebenar kau ke? Kita ni kahwin atas unsur paksaan keluarga.
Mungkin kita sebenarnya bukan berjodoh pun tapi dipaksa oleh orang lain. Jadi,
aku izinkan kalau kau nak cintai lelaki lain dan kau pun kena relakan aku untuk
mencintai perempuan lain. Bila kau dah jumpa lelaki yang kau cinta, aku akan
lepaskan kau kalau itu yang kau nak. Sampailah waktu tu aku takkan pernah sentuh
kau. Jadi aku akan ‘pulangkan’ kau macam keadaan asallah kiranya. Faham?”
Raisya
diam seketika sebelum bertanya, “Awak ada siapa-siapa yang awak cinta ke?”
Kening Zafuan terangkat sebelah, “Sejak bila
kau ber ‘awak’ dengan aku ni?”
Raisya
menggigit bibir menahan malu seketika, “Tak adalah. Apapun sekarang kita tetap
suami isteri. Saya tak naklah guna aku-kau sebab kedengaran biadap walaupun
awak tak terasa hati. Kalau saya mati kejap lagipun saya akan mati sebagai
isteri awak. Jadi tak naklah mati dalam keadaan isteri nusyuz pula!”
Zafuan
kelihatan bingung seketika namun perlahan-lahan mengangguk, “Ah...! Apa-apalah.
Ikut suka kaulah. Untuk soalan kau tadi sekarang aku memang tengah tak ada
siapa-siapa tapi siapa tahu nanti, kan? Tapi kalau betul ada pun nanti, mungkin
aku cuma perlu madukan kau aje. Atau kalau kau nak, aku boleh lepaskan kau.”
Raisya
mengangguk memahami, “Betul juga. Jadi betul ke ni awak izinkan saya kalau saya
cintakan lelaki lain?”
“Yeap.
Suka hati kaulah!” ujar Zafuan yakin. Raisya pula tersenyum lega.
“Eh, tapi
aku nak tanya sikit. Kau nanti sambung study dekat mana?” tanya Zafuan.
“Emm...
bulan depan saya daftar dekat matrik Perlis,”
“What?!” pekik Zafuan tiba-tiba.
“Ke...
kenapa?” tanya Raisya terkejut.
“Err...
tak ada apalah. Dahlah! Aku mengantuk. Kau tidur dekat sofa sana,” arah Zafuan.
“Eh,
kenapa saya pula? Awakkan lelaki. Awaklah yang kena tidur sana.”
Zafuan
memandang Raisya, “Kau nak jadi isteri nusyuz ke isteri derhaka tak nak dengar
arahan aku? Atau... boleh aje kalau kau nak tidur aje sebelah aku ni. Nak?”
Raisya
menelan air liur, “Tak apa... tak apa! Saya tidur sofa.”
“MAMA, kenapa tak beritahu dia akan further study dekat matrik Perlis?” soal Zafuan.
“Kamu tak pernah tanya,” jawab Datin Arnee
selamba.
Zafuan
mengeluh, “Mama dengan papa memang sengaja aje, kan?”
Datin
Arnee tersenyum, “Memang itu salah satu sebabnya tapi sebab utama ialah papa
kamu memang selalu sangat mimpikan orang tua Raisya tu. Kesian papa selalu
tidur tak lena. Sejak kamu dah bernikah dengan Raisya barulah papa boleh lena
tidur.”
Zafuan
mendengus, “Alasan aje tu.”
“Nanti
lepas kamu berdua habis study baru
kita buat majlis besar-besaran ya? Bolehlah kita ajak saudara-mara, kawan-kawan
papa, kawan-kawan kamu dan Raisya...” cadang Datin Arnee.
“Alah,
tak payah nak buat pun tak apa. Membazir aje pun. Entah-entah bukan bertahan
lama pun hubungan kami ni. Dah kahwin pun bukan ada rasa apa pun,” ujar Zafuan
tidak puas hati.
Datin
Arnee mengeluh, “Zaf, janganlah cakap macam tu. Kamu terima ajelah Raisya
sebagai isteri kamu. Walau apapun kamu kata, kamu tetap dah sah sebagai suami
dia. Mama harap bolehlah kamu belajar cintakan dia. Mama juga harap setahun di
matrikulasi itu dapat mengajar kamu bukan setakat ilmu tetapi erti sebuah
cinta.”
DIA bermain-main dengan cincin di jarinya. Sudah seminggu
dia tidak bersua muka dengan Zafuan. Tidak ada sekelumit perasaan rindu pun
bertandang di hati. Malah dia berasa lega kerana akhirnya dia berjaya juga
lepas dari tanggungjawab seorang isteri. Ya, isteri. Dia sudah sah menjadi isteri
kepada Zafuan dua bulan lalu. Semuanya umpama mimpi.
Namun
walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri, semuanya bagai tiada apa yang
jadi. Zafuan masih dengan egonya yang tidak mahu menerima kenyataan. Raisya
pula masih menganggap perkahwinan mereka hanya sekadar mahu mengikut permintaan
terakhir arwah ibu dan ayahnya. Dia masih kecil sewaktu ibu dan ayahnya
meninggal dunia jadi sekurang-kurangnya dia dapat menunaikan permintaan ayah
dan ibunya walaupun mereka sudah tiada.
Sewaktu
dia mendaftar minggu lalu pun Zafuan tidak turut serta menghantarnya. Ketika
mereka berangkat ke bumi Perlis ini Zafuan berkeras tidak mahu ikut dan
beralasan sudah berjanji dengan rakannya walaupun Raisya tahu Zafuan memang
sengaja mahu mengelak daripadanya.
Di rumah pun jarang sekali mereka bersua
muka walaupun tinggal sebilik kerana Zafuan kerap keluar dan pulang lewat. Puas
sudah dibebel dan dimarahi oleh orang tuanya namun Zafuan masih berdegil
menyebabkan Raisya sendiri jarang dapat menemui lelaki itu jauh sekali mahu
berbual. Namun Raisya tidak kisah. Dia sendiri selesa begitu dan mengandaikan
majlis pernikahannya tidak pernah berlaku.
Di
matrikulasi ini, Raisya hanya memegang satu status saja iaitu pelajar. Tiada
seorang pun tahu bahawa dia berstatus isteri orang. Kini baginya dia sama saja
seperti gadis lain yang baru mahu mengenal dunia luar.
Perjalanan hidupnya masih jauh. Isteri
itu hanya dianggap satu status di atas kertas saja. Zafuan sendiri memberi
keizinan untuk tidak melaksanakn tanggungjawab sebagai seorang isteri malah
membenarkannya untuk jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Ada ke keizinan yang
macam tu?
“Hang dok menung apa tu? Teringat marka
ka?” tegur Shuhada atau mesra disapa Shud. Si gadis balik pulau yang sangat
pekat utaranya.
“Tu cincin dekat jari tu entah-entah
pakwe kasi kot. Eden tengok dari tadi ekau dok membelek cincin tu” Nadia atau
Nad yang berasal dari Negeri Sembilan pula menegur.
“Marka apa kebendanya. Aku mana ada
pakwe. Cincin ni memang aku punyalah,” bidas Raisya sambil menyambung mengemas
meja studinya memandangkan mereka akan memulakan kelas pada keesokan harinya.
‘Dah sah-sahlah aku mana ada pakwe. Laki
adalah!’ bisik hati Raisya.
“Najwa! Hang nak pilih meja mana?” Dini
yang baru muncul sambil membawa stok makanannya memekik memanggil Najwa.
Banyaknya lahai stok makanan budak ni. Untuk air aje dah berapa jenis. Coklat,
biskutn, dan segala macam snek. Duduk Kedah ajepun tapi stok makanan macam takkan
balik!
“Thia nak tepi tingkap!” Thia yang
berasal dari Johor pula tiba-tiba muncul sambil cepat-cepat meletakkan beberapa
buah buku rujukannya. Raisya lihat ada buku rujukan Matematik Tambahan
tingkatan 5 dibawa sama. Mak aii... budak ni simpan lagi ke buku sekolah dia?
Aku punya buku sekolah semua dah selamat kena jual dengan Ah Seng surat khabar
lama tu!
“Aku nak
duduk sebelah Thialah,” Najwa yang turut membawa buku rujukan muncul. Najwa
merupakan satu-satunya pelajar jurusan sains di bilik mereka ini.
“Ish,
korang ni bising betullah! Kitorang elok aje pilih tempat diam-diam,” omel Raisya
sengaja mengusik.
“Eh,
hello! Biarlah kitorang bising. Lebih mesra gitu. Kitorang tak pendiam macam
hangpa,” Najwa si anak jati Kodiang, Kedah membalas.
“Kang aku
bising tak boleh berhenti jangan korang menyesal pula,” ugut Raisya.
“Dah...
dah... asyik bergaduh aje. Sekarang siapa yang matured?” Thia tiba-tiba menyampuk.
“Tapi
apapun Shudlah paling matured Thia,”
Shud pula menambah.
Mereka
berenam kemudiannya terus bergurau dan bergelak ketawa sambil mengemas
barang-barang mereka. Seminggu orientasi menyebabkan mereka tiada masa untuk
mengemas barang-barang mereka. Mujur sudah selesai semuanya malah esok mereka
akan memulakan kelas. Raisya amat bersyukur kerana rakan-rakan sebiliknya mudah
mesra dan sekepala. Malah semoga sepanjang setahun dia di matrikulasi ini, dia
berharap semoga semuanya akan dipermudahkan jalan oleh Allah.
“ESOK second-intake
masukkan?” Dini bertanya.
“Ha’ah.
Cikgu Rizal tadi kata juga. Kan, Nad?” Shud meminta kepastian Nadia yang
sekelas dengannya. Untung budak berdua ni. Dahlah sebilik. Lepas tu sekelas
pula.
Raisya
mencabut earphone di telinganya. Dia
berpusing menghadap rakan-rakannya. Penatlah dari tadi asyik buat tutor. Kerja
tak pernah habis. Pensyarah pula macam berlumba-lumba memberikan kerja.
Hidup
sebagai pelajar di matrikulasi ini membuatkan dia adakalanya langsung terlupa
dengan status sebenarnya sebagai seorang isteri. Dia ada juga berbual melalui
telefon dengan ibu mertuanya dan pernah sekali dua berbalas mesej dengan
suaminya tapi hanyalah teguran ringkas dan Raisya yakin itupun selepas dipaksa
oleh Datin Arnee. Namun sejak dua tiga hari ini Zafuan tidak lagi
menghubunginya dan dia langsung tidak ambil kisah malah lebih selesa begitu.
“Kalau ada
budak baru masuk bilik kita macam mana?” tanya Najwa.
“Depan mak
dia nanti kita layan dia baik-baik. Lepas mak dia balik kita buli! Hahahaha...”
Raisya berancangan jahat.
“Lepas tu
kita bagi dia meja sebelah aku ni. Meja ni suis dia rosak,” sambung Nadia.
“Jangan
bagi dia iron pakai iron kita,” Shud pula menambah sambil
menunjuk seterika seludup yang dibawa Nadia.
“Jahatlah
korang ni! Kesianlah budak tu nanti,” ujar Thia walaupun dia juga sama-sama
gelak apabila mereka membuat imaginasi andai ada budak baru masuk ke bilik
mereka itu.
“Eh, tapi
rasanya tak ada kot. Bilik kita dah full
enam orang,” Najwa menyampuk.
“Tapi
kalau tiba-tiba ada macam mana?” tanya Raisya.
“Kita
tendang dia keluar.” Najwa menjawab sebelum semuanya berdekah ketawa lagi.
“HARI ni budak second-intake
dah start class kan?” tanya Rana.
“Ha’ah.
Harap-haraplah ada yang handsome-handsome
masuk kuliah kita ni ke... kelas ke!” Athirah pula teruja mengharap.
“Hang ni
galaklah!” tegur Masyha sebelum yang lainnya turut mengusik Athirah yang suka
mencuci mata dengan lelaki bermuka kacak dan jambu.
Sudah
menjadi kebiasaan mereka sementara menunggu pensyarah yang memberi kuliah
masuk, mereka akan bergosip terlebih dahulu. Tak bagus betul untuk diikuti.
“Eh, itu
budak baru ke?” Faten tiba-tiba menunjuk apabila seorang lelaki yang tidak
pernah dilihat masuk ke dewan kuliah bersama-sama Sobri dan Firdaus yang
merupakan rakan sekelas mereka.
“Ha’ahlah.
Macam tak pernah nampak aje,” ujar Rana sambil memerhatikan pelajar itu.
“Mana?
Tak nampaklah,” Raisya yang kedudukannya agak hujung tidak dapat melihat dengan
jelas kerana dihalang oleh beberapa pelajar lelaki lain yang baru masuk.
Pelajar baru itu kemudiannya terus duduk tanpa dapat Raisya lihat wajahnya.
Tidak
lama kemudian Pn. Anis, pensyarah matematik mereka masuk ke dalam kuliah
menyebabkan semua pelajar mula memandang ke hadapan dan mula untuk fokus. Namun
Raisya masih tidak tenang kerana dia merasakan seolah-olah mengenali pelajar
baru itu.
“Ish, tak
nampak jelaslah muka budak baru tu,” Athirah berbisik. Dia hanya menyalin saja
jawapan yang dipamer di hadapan tanpa mengisahkan penerangan pensyarah. Raisya
yang sebelum ini menumpukan tumpuan sepenuhnya semasa kuliah juga hilang
konsentrasinya dan turut kerap menjeling ke arah pelajar baru itu.
Selepas
hampir 10 minit kuliah, pelajar itu menoleh ke belakang untuk memberikan kertas
kedatangan kepada pelajar di barisan belakang.
“OMG! Dia handsomelah!” Athirah berbisik teruja.
Pada waktu itulah jantung Raisya nak
tercabut keluar apabila lelaki itu rupa-rupanya ialah lelaki yang sangat
dikenalinya. Mati aku! Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia boleh wujud
dekat matrik ni? Lebih dahsyat dalam kuliah aku ni?! Janganlah dia sedar aku
dalam ni.
Namun selepas tamatnya kuliah matematik,
Raisya terasa mahu menjerit histeria apabila Zafuan rupanya satu praktikum
dengannya dan mereka akan bersatu ketika kelas bahasa inggeris. Bulat mata
Zafuan apabila menyedari Raisya merupakan rakan sekelasnya. Raisya hanya
berpura-pura tidak menyedarinya.
Di kelas itu barulah Raisya serta
rakan-rakan sekelasnya tahu bahawa Zafuan sebenarnya ialah pelajar repeat yang gagal memperoleh standard
PNGK untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Waktu itu barulah Raisya
mengerti mengapa Zafuan terkejut besar dulu saat dia memberitahu akan
melanjutkan pelajaran di sini.
“Zaf, I’ve never thought that I’ll be your english teacher again this year.
Boring betullah I nak tengok muka you. You sedar tak yang you ni dah tua. I
sayang budak-budak muda aje,” Madam Chong berseloroh membuatkan satu kelas
ketawa.
“Sampai hati teacher cakap macam tu. Sorryla teacher. I just miss you and this place. So
sebab tu I ada lagi dekat sini,”
balas Zafuan.
“Banyaklah you. Result macam tu memang patut pun kena repeat! Sekali I pelangkung nanti baru tau!” ugut Madam Chong
sambil sekali lagi seluruh kelas ketawa lagi.
“Tapi at least saya dapat A apa
untuk english! Dua-dua sem pula tu.
Nampak tak saya memang sayang teacher?”
ujar Zafuan membuatkan satu kelas berbunyi ‘woo’ dengan nada teruja. Walaupun
subjek english merupakan subjek yang
kedengaran mudah untuk mendapat gred A tapi percayalah, di matrik subjek itu
paling mudah untuk mendapat F!
“Hah, itu yang I pelik tak habis sampai
sekarang! Orang lain dapat C,D,E,F untuk english tapi you dapat A. Subjek lain
yang orang lain boleh petik jari dapat A you boleh fail! Apatah lagi dengan result SPM you tu memang orang expect tinggi tau,” ujar Madam Chong.
“Eh, kau dapat SPM berapa?” sampuk Firdaus.
“SPM benda lamalah teacher,” Zafuan cuba berdolak-dalih.
“But
straight A’s is not something even genius student can get,” ujar Madam
Chong membuatkan satu kelas sekali lagi mengeluarkan nada kagum bercampur
terkejut. Raisya sendiri terkejut mendengarnya. Straight A’s?! Tapi tak boleh perform
dekat matrik? Susah sangat ke matrik ni?
“MACAM mana kau boleh sama praktikum dengan aku ni?!” soal
Zafuan. Mereka memutuskan untuk berjumpa selepas tamatnya waktu kelas pada hari
itu.
“Eh,
manalah saya tahu! Awak tu... dahlah tak beritahu pun awak akan masuk sini
juga!” marah Raisya.
“Tak
perlu pun,” balas Zafuan malas. Raisya mencebik bengang.
“Kau jangan beritahu sesiapa tau tentang
hubungan kita,” ujar Zafuan perlahan.
“Eh, awak ingat saya ni gila ke nak
pancung kepala saya sendiri? Memang taklah saya nak beritahu orang,” jawab
Raisya.
Zafuan mencebik, “Okay. Kau buat kerja
kau. Aku buat kerja aku. Deal.”
“KENAPA benci sangat dengan Zafuan tu?” tanya Athirah
apabila Raisya tidak sudah-sudah mengutuk Zafuan apabila mereka bergosip
tentang Zafuan yang pada waktu itu turut sedang menjamu selera di bahagian
hadapan kafe. Raisya pula sedang menjamu selera makan tengahari bersama-sama
rakan-rakan sekelasnya. Mati seleranya seketika tatkala memandang Zafuan.
Terserlah di situ bahawa Zafuan popular
di kalangan pelajar terutama pelajar perempuan. Tidak hairanlah dia popular
kerana wajah kacaknya dan pengalamannya tentang matrik ini sangat banyak.
Buktinya waktu makan pun ramai perempuan yang menyapa. Huhh! Mesti dia perasan
kacaklah tu.
“Mana ada benci. Just annoying aje dengan perangai dia yang mesra perempuan tu.
Nampak sangat playboy.”
“Tapi memang dia baiklah,” Sobri
mencelah. “Dia selalu tolong budak junior bila ada budak tanya tutorial dekat
dia.”
“Ha’ah. Aku pun pernah tanya. Dia okay
je. Dia ajar senang faham,” tambah Firdaus.
“Entah-entah dia ajar korang benda salah
kot. Kalau pandai takkan dia repeat,”
sanggah Raisya.
“Hang ni tak baiklah cakap lagu tu. Mana
tau dia betul-betul dah berubah ka?” bidas Masyha. Raisya hanya senyap.
“KORANG kenal tak Zafuan?” tanya Najwa sewaktu baru pulang
ke bilik.
Dini dan
Thia menjawab ‘tidak’ manakala Nadia dan Shud menjawab ‘ya’. Raisya yang
terkejut dengan soalan tiba-tiba itu pula hanya mendiamkan diri apabila nama
suaminya dibangkitkan. Dah apa hal nama mamat ni naik pula?
“Dia satu
mentor mentee dengan aku! Dia baik gila...”
“Serius?
Untung gila kau dapat dekat dengan dia! Dia popular gila kot. Budak kelas aku
pun ramai minat dia. Dahlah handsome.
Muka jambu,” Nadia menyahut teruja.
“Kann...
Aku dah lama perhati dia sebenarnya. Tak sangka tadi perjumpaan mentor mentee
rupanya dia satu group dengan aku. Adakah
ini satu jodoh?!” angau Najwa.
“Siapa
Zafuan tu?” tanya Dini.
“Hish,
kau ni! Zafuan popular tu pun kau tak kenal. Nanti aku tunjuk dekat kau,” jawab
Shud.
“Tapi dia
budak repeat, kan? Dia tua setahun
dari kita,” celah Raisya yang sejak dari tadi diam.
“Ya ke?
Aku tak pernah tahu pula. Aku cuma ingat dia second-intake,” jawab Najwa berminat.
“Sya
kenal dia ke?” tanya Thia.
“Err...
dia satu praktikum dengan Sya,” jawab Raisya teragak-agak.
“Laa...
hang tak pernah cerita pun!” ujar Shud.
“Kau satu
kelas dengan budak popular tu? Ish, jealousnya aku!” Nadia pula mengeluarkan
kekesalannya.
“Nak
jealous buat apa? Eh, dengar sini! Budak tu perasan bagus aje tau. Korang
janganlah terpedaya sangat dengan dia tu. Bukan bagus mana pun sebenarnya,”
ujar Raisya sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.
“Marah
betul Raisya dengan Zafuan tu, ya? Apa yang Zafuan dah buat dekat dia?” tanya
Dini. Yang lain hanya mengangkat bahu tidak mengerti.
“WOI, tak rindu aku ke?” Zafuan menyapa.
Raisya
yang baru mahu memilih ayam goreng sedikit terkejut, “Ish, awak ni! Kalau orang
lain dengar mati saya. Awak tahu tak awak tu ramai peminat?”
“So? Kau jealous ke?” usik Zafuan sambil memilih lauk.
Mujur waktu jam dua petang seperti ini
tidak ramai pelajar di kafe. Dia yang kebuluran terus ke kafe selepas
diberitahu oleh rakan sekelasnya bahawa kelasnya dibatalkan. Tidak sangka pula
boleh berjumpa dengan Raisya yang turut mahu membeli makanan tengahari.
“Tolong
sikit. Tak teringin saya nak jealous.
Annoying lagi ada tau!” bisik Raisya
keras sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.
“Eh,
tunggu!” arah Zafuan menyebabkan Raisya terhenti. Zafuan pantas mengambil
lauknya dan mengikuti langkah Raisya sambil berbisik, “Kau ni tunggulah dulu
suami kau ni,”
Mata
Raisya terbeliak besar namun dia hanya menahan marah sebelum lantas ke meja
kaunter, “Berapa Bang Din?”
“Adik
punya RM3.50,” Bang Din, tauke Bang Din’s Cafe menjawab sambil membungkus
makanan Raisya.
Zafuan
meletakkan pinggannya sebelum bersuara, “Sekali, Bang Din.”
Raisya
terkejut mendengar kata-kata Zafuan. Mamat poyo ni yang keluarkan dompet.
Maknanya dia nak bayar. Jadi dia nak belanja aku ke?
“Sekali?
Kalau sekali RM7. Wah... ada apa-apa ke ni Zafuan?” Bang Din yang sememangnya
mengenali Zafuan mengusik.
“Sekali-sekala
buat baik, bang.” Zafuan berkata sambil tersenyum. Raisya hanya mendiamkan diri
dan mengambil bungkusan nasinya dan menuju ke bahagian rak roti untuk mengambil
plastik.
“Sekali-sekala
nak buat baik dekat bini, kan...” bisik Zafuan di telinga Raisya sebelum Zafuan
melangkah pergi untuk membeli air.
Raisya
dapat merasakan mukanya merah padam saat itu. Eiii...! Saja aje tau mamat ni
nak usik aku!
“NAK buka puasa sama-sama hari ni?”
Athirah
mengangguk, “Budak kelas A yang ajak. Jomlah,”
“Yalah.
Nanti lepas kelas kita pergi bazaar jom,” ajak Raisya.
Seperti
dijanjikan, selepas tamatnya kelas mereka hari itu, mereka mengunjungi bazaar
ramadhan yang diadakan khas sepanjang bulan ramadhan di hadapan makmal
komputer. Sekejap saja ramadhan sudah menjelang kembali dan ini merupakan kali
pertama Zara merasai pengalaman berpuasa di negeri orang.
“Nak beli
apa lagi?” tanya Faten selepas mereka selesai membel nasi.
“Emm...
nak beli my favourite karipap pusing
kejap,” ujar Raisya sebelum melangkah ke gerai yang berada di hujung sekali.
Gerai itu
sememangnya popular dan ramai pelajar berkerumun di situ. Raisya sudah terjengket-jengket
cuba memastikan posisi kuih karipap pusing kegemarannya.
“Kau nak
beli kuih ke?” tegur Zafuan yang entah sejak bila sudah berada di sebelahnya.
“Dah tu
takkan nak beli rantai basikal pula,” perli Raisya.
“Kau
pergi ke buka puasa hari ni?” tanya Zafuan.
“Pergi.
Awak?”
“Aku akan
pergi kalau bini aku bawakan makanan untuk aku,” ujar Zafuan.
Raisya membuat
muka meluat, “Siapa bini awak?”
“Nak aku
jerit dekat sini ke?” ugut Zafuan sambil tersengih jahat.
“Fine! Awak nak makan apa?”
Zafuan
merampas bungkusan Nasi Ayam milik Raisya, “Aku nak nasi kau ni. Aku malas nak
bersesak dengan budak-budak tak cukup umur,”
Terbeliak
mata Raisya, “That’s mine!”
“Jumpa nanti, wifey.” Zafuan berbisik jahat sebelum melangkah pergi.
Raisya yang mahu mengejar Zafuan dan
mencekik lelaki itu terhenti apabila bahunya dicuit. Ternyata Faten yang
mencuitnya, “Dah beli ke belum Raisya?”
“Err... malaslah nak beli kuih. Eh,
teman pergi gerai Nasi Ayam tadi balik.”
“Eh, tadikan dah beli? Mana nasi tadi?”
tanya Faten apabila tangan Raisya kosong.
“Ada gorilla ambil. Dah jom cepat. Nanti
habis pula!” Raisya menarik tangan Faten yang sudah berkerut itu. Gorilla?
RAISYA menjeling tajam ke arah Zafuan yang duduk di
hadapannya dan sedang enak menikmati Nasi Ayam ‘percuma’. Dahlah ambil nasi
orang. Dalam banyak-banyak tempat ni macam mana dia boleh tersesat depan aku
juga dia nak duduk?!
“Aku tahu
muka aku memang kacak masa tengah makan,” ujar Zafuan tanpa memandang Raisya.
Raisya
mengetap bibir menahan geram. Dia memandang sekeliling. Rakan-rakan sekelasnya
semua sedang leka berborak sesama mereka. Kenapalah tak ada sorang pun nak ajak
mamat ni berborak sama?
“Dahlah
curi nasi orang. Tak tahu malu,” ujar Raisya perlahan sambil menyuap nasi
berlauk yang dibelinya. Nasi Ayam idamannya itu sudah habis sewaktu dia kembali
untuk membeli lagi jadi terpaksalah nasi berlauk menjadi menu buka puasanya
hari ini.
Zafuan
memandang Raisya yang beriak sedih itu. Dia mengeluarkan sebungkus plastik dari
begnya dan dihulurkan kepada Raisya.
“Apa ni?”
soal Raisya.
“Jangan
banyak bunyi lagi. Makan,”
Raisya
membuka plastik itu dan alangkah terkejutnya melihat beberapa biji karipap
pusing di dalam plastik itu. Memang karipap pusing itu mahu dibelinya tadi
namun karipap itu juga habis. Mana tak sentap bila dua-dua makanan favourite lesap begitu saja gara-gara
lelaki ini.
“Awak beli untuk saya?” tanya Raisya terharu
dan teruja melihat karipap pusing kegemarannya itu.
“Takkan
aku nak beli untuk bini Bang Din pula,” ujar Zafuan yang cuba berlagak macho
sambil menyisip air limaunya.
“Thank you, hubby!” bisik Raisya yang
teruja. Zafuan pula tersedak mendengar kata-kata Raisya itu.
PANTASNYA semester dua tiba tanpa Raisya duga. Rasa macam
baru semalam aje dia mendaftarkan diri di sini. Sekarang dah masuk semester
kedua juga semester akhir dia di sini. Diam tak diam sudah enam bulan dia di
sini. Peperiksaan MUET juga sudah selesai dijalankan dan bakal diumumkan
keputusannya beberapa bulan akan datang.
Amat menyentap jiwa apabila Nadia
memberitahu bakal menamatkan pengajiannya di matrikulasi dan akan melanjutkan
pelajaran di Kolej Universiti Islam
Melaka. Ahli B3 306 bagai hilang separuh jiwa mereka apabila rakan
sebilik mereka yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri pergi
meninggalkan mereka. Namun mereka terpaksa redha atas keputusan Nadia dan
keluarganya.
Satu perkara yang mengejutkan Raisya pada
semester dua ini ialah apabila Zafuan memperoleh 4 flat pada PSPM yang lalu.
Raisya pula masih memperoleh keputusan yang baik walaupun tidak sebaik Zafuan.
“Huyyo, Zaf! 4 flat kau, ya? Tahniah...
Tahniah...” Zafuan menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya.
“Terima kasih,” ucap Zafuan namun
matanya menangkap susuk gadis yang sedang berusaha keluar dari kelompok pelajar
yang sesak di hadapan papan kenyataan yang memaparkan keputusan mereka.
Terkejut Raisya apabila tiba-tiba
bahunya dipaut seseorang yang membantunya keluar dari kelompok pelajar yang
sesak itu. Ternyata orang itu Zafuan.
“Zaf, apa awak buat ni? Matilah saya
kalau ada orang nampak!” bisik Raisya keras pantas meleraikan pelukan Zafuan.
“Alaa... tak ada orang perasanlah. Semua
tengah sibuk dengan result masing-masing,” jawab Zafuan namun tiba-tiba dia
menarik tangan gadis itu.
“Hei... hei! Awak nak bawa saya pergi
mana?”
Zafuan tidak menjawab sebaliknya terus
menarik tangan Raisya namun pegangannya itu direndahkan agar tiada siapa yang
melihat. Zafuan terus menarik Raisya sehinggalah mereka berada di sebuah tempat
yang agak sunyi berdekatan tasik.
“Kenapa awak bawa saya ke sini?” tanya
Raisya curiga apabila Zafuan mula duduk di hadapan tasik itu. Perlahan-lahan
Raisya menurut. Dia ni ada niat tak baik dekat aku ke apa? Entah-entah nak
tikam aku tak?
“Aku nak tanya result ajelah. Sambil-sambil tu saje aje nak bawa kau ambil angin.
Aku jarang nampak kau keluar joging ke petang-petang. Kau joging atas katil
ke?” tanya Zafuan.
Raisya mengetap bibir apabila telahan
Zafuan itu hampir tepat mengenai hidungnya, “Mana ada! Adalah kadang-kadang tu!
Awak aje tak perasan,”
Zafuan hanya ketawa sinis, “Apa-apalah.
Sekarang ni aku nak tanya result kau
berapa?”
“Kenapa nak sibuk?” tanya Raisya tidak
berpuas hati.
“Sebab aku laki kau. Cepatlah cakap!”
gesa Zafuan. Raisya mengetap bibir lagi menahan geram. Nasiblah sini tak ada
orang. Karang ada kenyang makan beg galas.
“3.91 aje,”
“Wooo.... pandai juga kau ya? Tengok
muka macam bengap sikit,” ujar Zafuan selamba.
“Eh, eh! Longkangnya mulut. Taulah dapat
4 flat. Tak payahlah nak berlagak. Entah-entah baru first time dapat subjek A agaknya,” ujar Raisya perlahan namun
cukup untuk didengari Zafuan.
“Kau sibuk apa hal? Suka hati akulah nak
first time ke second time ke,” balas Zafuan.
Raisya hanya diam malas mahu membalas.
Kemudian mereka hanya mendiam diri memandang ke arah tasik itu sebelum Raisya
tiba-tiba berkata, “Kalau ibu dan ayah saya ada lagi entah apa agaknya reaksi
diorang ya?”
Zafuan terdiam.
“Awak
untung Zaf. Awak masih ada orang tua. Walaupun mereka sayang saya juga tapi mereka
bukan keluarga kandung saya. Tetap akan ada perbezaan di situ,” suara Raisya
tiba-tiba berubah sebak.
“Saya selalu tertanya-tanya, apa reaksi
diorang ya bila tengok saya sekarang? Bila tengok kawan-kawan berusaha keras
saya pun buat benda yang sama. Tapi mereka buat itu semua untuk buat orang tua
diorang bangga. Saya pula? Berusaha keras tanpa ada sesiapa untuk saya
kongsikan. Papa dan mama memang ada sebagai ibu dan bapa angkat tapi saya yakin
mereka akan lebih bangga kalau anak kandung mereka sendiri yang dapat,”
Zafuan menjadi tersentuh hati mendengar
kata-kata gadis itu. Perlahan-lahan dia membawa Raisya ke dalam dakapannya.
Agak mengejutkan gadis itu langsung tidak menolak malah sebaliknya terus
menangis di dalam pelukannya. Tahulah dia bahawa Raisya sudah lama memerlukan
seseorang untuknya meluahkan rasa.
Selama ini dia lihat gadis itu kuat.
Tidak dia sangka bahawa di dalam hati gadis itu menyimpan 1001 rasa yang tidak
pernah dia ketahui.
‘Ya Allah... walaupun pernikahan kami
ini bukan sesuatu yang kami pinta namun adakah ini merupakan sesuatu yang
engkau redhai? Adakah benar kami ini diciptakan untuk satu sama lain
sebagaimana engkau menciptakan Adam dan
Hawa? Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami,’ diam-diam Zafuan berdoa di
dalam hati.
“GUYS, I want each
of you masuk group girls. Girls ada six group so each of you get into each group. I dah serik nak bagi
you all satu group. Gerak sekarang!” arah Madam Chong tegas.
Pelajar-pelajar
lelaki dengan muka seposen gara-gara kena marah lambat-lambat bangun dan
memilih kumpulan. Salah mereka jua ketika tugasan sebelum ini mereka buat
sambil lewa sehingga menaikkan darah pensyarah mereka. Nasiblah...
“The
Mockingjay, may I join you girls?”
Raisya
mengangkat muka tatkala Zafuan menegur. Rakan satu kumpulannya yang diberi nama
The Mockingjay dan dianggotai oleh Raisya, Rana, Athirah, Faten dan Masyha
turut terkejut namun lebih kepada terkejut gembira.
“Boleh!
Boleh!” setuju Rana.
“Duduklah!”
pelawa Faten.
“Alahh!
Aku baru nak join group diorang,”
ujar Sobri tidak berpuas hati.
“Weh,
Zaf! Aku dah chop Mockingjay,”
Saravanan pula menyampuk.
“Eh, eh!
Jangan nak bergaduh. Zafuan yang datang dulu. So kitorang pilih dia,” Athirah
membuat keputusan membuatkan Sobri dan Saravanan beredar dengan hampa.
Mereka
tahu bahawa pelajar lelaki berebut mahu sekumpulan dengan mereka kerana
kumpulan mereka berjaya menjadi kumpulan terbaik pada tugasan lepas. Pasti
mereka menyangka jika berada bersama kumpulan ini pasti mereka juga mudah untuk
menang selepas ini.
“Zaf, any idea tambahan?” tanya Athirah
meminta pendapat selepas diberi penerangan oleh Madam Chong bahawa mereka perlu
membuat presentation dengan
mempromosi barang atau perkhidmatan hasil syarikat mereka.
“Err...
aku ikut korang ajelah,” ujar Zafuan sambil tersenyum.
“Teacher suruh buat video sekali, kan?”
tanya Masyha.
“Tak apa.
I’ll handle it,” celah Raisya.
“Okay.
Raisya memang terror bab-bab komputer ni. Jadi...”
“Aku
tolong kau,” sampuk Zafuan tiba-tiba menghentikan kata-kata Rana.
Raisya berkerut kening tidak berpuas
hati. Sibuklah dia ni!
“Betul
kau boleh?” tanya Faten.
Zafuan
mengangguk, “Tak lelakilah kalau tak tahu bab-bab komputer!”
“AWAK ada movie
maker?” tanya Raisya.
Zafuan
menggeleng.
“MP3 cutter?”
Zafuan
memandang komputer ribanya sebelum menggeleng lagi.
“Ada IDM
tak?”
“Apa tu?”
Raisya
memejam mata seketika sebelum bertanya, “Apa awak tahu tentang komputer?”
“Emm...
online. Microsoft Word. Microsoft Powerpoint
sikit. And... paint!”
Raisya
memusingkan bebola matanya. Nasib baiklah tengah dekat library. Kalau tak dah kena maki agaknya mamat ni dengan aku.
Berlagak bukan main semalam! Ikutkan Raisya tidak mahu bertentang mata lagi
dengan Zafuan walaupun tidak boleh dielakkan kerana mereka sekelas. Sejak
kejadian selepas mendapat keputusan tempoh hari, Raisya berasa malu dengan
Zafuan apatah lagi dia sudah menangis di bahu Zafuan. Warggghh! Malunya kalau
fikir balik!
Dia sudah meminta maaf kepada Zafuan
kerana Zafuan terpaksa mendengar rintihan hatinya dan meminjamkan bahu untuknya
melepaskan rasa. Agak mengejutkan jawapan Zafuan apabila dia membalas; “Tak
apa. Akukan suami kau.”
Suami? Sejak bila mamat ni dah isytihar
diri sendir sebagai suami aku? Dengan penuh yakin pula tu. Saja nak mengusiklah
tu!
Mungkin waktu itu Raisya benar-benar
memerlukan seseorang yang memahami perasaannya untuk mendengar luahan hatinya
dan kebetulan Zafuan berada dengannya waktu itu. Tapi kalau yang ada dengannya
waktu itu ialah Saravanan pasti dia tidak akan melakukan perkara seperti itu,
kan? Adakah dia sudah menerima Zafuan? Huiiih...! Tak nak aku jatuh cinta
dengan mamat ego macam tu. Dahlah dia buat peraturan tak bagi aku jatuh cinta
dekat dia. Eh, ingat aku hadap sangat ke nak cintakan dia?
“Kau dengar tak apa aku kata ni?” soal
Zafuan mematikan lamunan Raisya.
“Dengar.
Saya dengar dan nampak yang awak ni buta IT rupanya,” perli Raisya
“Alaaa...
ajarlah aku! I’m a good leaner okay!”
beritahu Zafuan.
Raisya
memandang Zafuan yang duduk di sebelahnya atas bawah, “Awak?”
Zafuan
mengangkat keningnya sebelah apabila berasa tercabar dengan reaksi Raisya itu.
Dia tahu gadis itu pasti sedang memandang rendah terhadap pelajar repeat sepertinya.
“Aku 4
flat okay sem lepas dan aku yakin sem ni pun sama,” ujar Zafuan bengang.
Raisya
tersenyum sinis, “Why don’t you do that
last year?”
“Because I don’t want to,” serius nada
suara Zafuan.
“Whatever. It’s none of my business.
Kalau awak nak balik awak baliklah. Saya boleh buat video tu sendiri dekat
bilik nanti. Saya tak ada moodlah nak buat. Buat math lagi banyak faedah,” jawab Raisya malas sambil menolak laptopnya
ke tepi dan membuka buku tutorial
matematiknya.
“Saya nak
stay. Nak online,” balas Zafuan.
“Ikut
sukalah,” balas Raisya malas sambil terus menulis. Namun semakin lama soalan
yang dibuatnya itu semakin susah. Walaupun berpandukan nota kuliah namun
ternyata ia tidak membantu.
“Mari
saya buat,” Zafuan tiba-tiba menarik kertas jawapan Raisya dan merampas pennya.
“Hei, apa
awak buat ni?” marah Raisya perlahan bagi mengelakkan pelajar-pelajar di situ
tergangguk dengan suaranya. Namun Zafuan sekadar diam sambil laju menulis dan
sesekali mengira menggunakan kalkulator.
“Nah,”
Zafuan menolak kembali kertas dan pen Raisya.
Terkejut Raisya apabila tidak sampai lima
minit Zafuan berjaya menyiapkan soalan yang dirasakan sangat susah itu.
Jawapannya juga sangat panjang. Hampir penuh dua muka surat!
“Memang aku budak repeat tapi itu tak bermakna aku ni bebal,” ujar Zafuan serius.
“Saya minta maaf kalau buat awak
terasa,” ujar Raisya perlahan apabila sedar dia sudah membuatkan Zafuan terasa
hati.
Zafuan menoleh memandang muka Raisya
yang serba-salah, “Kau nak tahu satu benda?”
“Apa dia?” tanya Raisya.
“Aku tak taulah kau nak percaya atau tak
tapi... sebenarnya aku saja tak nak perform
masa masuk matrik dulu. Sebab aku memberontak dengan papa yang paksa aku masuk
sini. Dia paksa aku masuk matrik sebab aku tak dapat tawaran lain selain
diploma dekat UiTM dengan matrik. So, dia
paksa aku ambil matrik. Sebab katanya rugi dengan result SPM aku tu, aku pillih UiTM. Walhal aku memang nak UiTM tu!”
Raisya tidak menjawab tapi dia hanya
memandang Zafuan tidak percaya.
Zafuan mengerti Raisya mungkin susah
untuk mempercayai kata-katanya, “Aku tau mungkin kau rasa aku macam saja aje
buat cerita sebab tak nak mengaku yang aku bodoh sampai kena repeat tapi kalau kau nak tau, memang
tahun lepas tu aku langsung tak study!
Aku suka buat masalah. Ponteng kelas, bergaduh, dan semua yang nakal-nakal aku
buat sampai papa selalu kena panggil. Kalau tak percaya kau tanyalah lecturer dekat sini. Encik Bad tu pun
dah kenal sangat dengan aku. Pengarah dah berapa kali aku jumpa.”
“Perghh... ganasnya!” balas Raisya yang
mula tertarik dengan cerita Zafuan.
“Masa sem satu pointer aku lepas untuk sambung second
sem. Bengang betul aku. Walhal cukup-cukup makan aje pun. Tapi second sem result aku menjunam jatuh
teruk. Itu yang kena repeat. Aku
ingat bila sampai kena repeat papa
akan mengalah dari paksa aku masuk sini. Rupa-rupanya dia tetap nak juga aku
habiskan setahun lagi dekat sini! Dia kata kalau aku pilih diploma lagilah aku
rugi.”
“Jadi... sekarang ni? Saya tengok awak
macam bersungguh nak belajar. Kenapa?”
“Sebab aku baru sedar, kalau kali ni pun
aku gagal, aku tak ada pilihan lain selain ambil diploma. Rugilah dua tahun
aku. Aku nak gagal dulu cuma nak buat papa mengalah aje dan bagi aku masuk
diploma tapi rupanya tak. Tapi kalau kali ni aku saja nak buat gagal lagi
merugikan aku ajelah. Bila aku nak habis belajar dan mula tadbir syarikat? Papa
dah tua. Kesian dia,”
Raisya terangguk-angguk mendengar luahan
hati Zafuan. Ada perasaan juga mamat ni rupanya. Tak sangka pula lelaki ini
sudah semakin matang berfikir.
“Kau tak payahlah nak tenung muka kacak
aku ni sangat. Sekarang kau nak tak ajar aku buat video?”
“KORANG nak tahu cerita tak?” Najwa yang
tiba-tiba muncul mematikan lamunan Raisya. Entah bilalah budak ni balik. Macam
biskut. Kejap ada kejap tak ada.
“Apa dia
hang ni?” tanya Shud.
“Tadi
Zafuan minta nombor aku! Lepas aku bagi dia senyum dekat aku. Wahh...
bahagianya hati aku rasa,” Najwa bercerita dengan nada teruja.
“Amboi...
sukanya dia. Untunglah...” Shud menyampuk.
“Entah-entah
dia minta nombor semua orang dalam group
tu tak?” tebak Thia.
Najwa
mencebik sebelum menggumam, “Hmmm...” Raisya tersenyum dalam diam.
“Hmmm...
hang tak payah perasan sangatlah dia suka kat hang. Lagipun aku tengok dia tu
taklah segak mana. Macam berlagak aje. Benci pula aku tengok,” Dini mengomel.
“Eh,
kenapa pula kau nak benci dia? Dia okaylah!” sampuk Raisya tiba-tiba. Suka-suka
aje nak kutuk laki aku! Huh? Laki?
Keadaan
menjadi senyap seketika sebelum Shud bersuara, “Bukan... hang pun tak suka dia
ka, Sya?”
Raisya
terkebil-kebil. Aiseh... Sekali boleh terlepas pula.
“Err... tak
adalah. Dini ni kan semua lelaki dia kata tak suka. Sibuk nak kejar siapa nama
budak tu? Yang dekat Johor tu. Ai... Aiman ya?”
“Aimilah!”
balas Dini hilang sabar.
“Hah,
yang itulah! Nak menyebut pun payah aiih... Macam nama perempuan aje aku
dengar,” ejek Raisya.
“Kuajaq
hang!” marah Dini dengan muka yang merah.
“Ha’ah.
Bukan segak pun budak Aimi tu. Gelap aje aku tengok,” ejek Shud.
“Berdiri
sebelah Dini macam langit dengan bumi!” usik Thia pula.
“Hangpa
jahatlah!” marah Dini dengan muka yang semakin merah kerana malu bercampur
marah.
Kemudian acara usik-mengusik mula
berlangsung sehingga mereka terlupa tentang perangai pelik Raisya tadi.
‘Huhh...
selamat!’
“HACHOOOMMM!”
“Amboi,
Zafuan! Kuatnya bersin,” Pn. Kalaivani menegur apabila bersin Zafuan bergema
satu kuliah. Sudahnya gamat satu kuliah gelak mentertawakan Zafuan.
“Sorry, teacher...” Zafuan meminta maaf
sambil tersenyum. Pn. Kalaivani hanya tersenyum sambil meneruskan kuliahnya.
Raisya
yang tadinya tidak gelak langsung memerhatikan Zafuan yang duduk hanya selang
satu baris darinya. Dia menyedari muka dan telinga Zafuan agak merah. Kepala
Zafuan juga kelihatan berat sehingga terpaksa ditongkat dengan tangannya.
‘Demam
rasanya dia ni....’
“SAYA nak lagi seminit awak dah ada dekat bawah blok
awak,”
“Hah? Nak
buat apa? Aku tak laratlah nak turun,” tanya Zafuan dari hujung talian dengan
suara yang serak.
“Jangan
banyak bunyi boleh tak? Kalau awak sayang saya, awak turun! Assalamualaikum,”
Raisya terus mematikan talian. Dia sendiri tidak sangka berani mengugut dengan
perkataan sayang. Kang silap-silap dia betul tak turun padan muka kau.
Namun
sangkaan Raisya meleset apabila dia melopong melihat Zafuan sudah sedia di
hadapan bloknya menanti Raisya. Berbunga rasa hatinya. Eh, kejap! Kenapa tiba-tiba
nak rasa berbunga pula ni? Jangan kata kau memang mengharap mamat senget ni
cintakan kau? Hesh!
“Kenapa
kau pakai mask? Tak sihat ke?” tanya
Zafuan sambil sesekali batuk.
“Taklah. Ini untuk elak orang kenal saya,” Raisya
memegang topeng muka yang dipakainya sambil memerhati sekeliling.
Seperti dijangka, pelajar-pelajar yang
berjoging memandang pelik ke arahnya dan Zafuan. Tidak pastilah sama ada pelik
melihatnya yang bertopeng muka atau melihat Zafuan bersama-sama seorang
perempuan yang pelik.
“Apa-apalah.
Kau nak apa ni?”
“Nah, ini
ada bubur, ubat batuk, ubat demam dengan ubat selesema. Makan tau!” pesan
Raisya tegas sambil menghulurkan beg yang terisi barang-barang tersebut.
Zafuan
menyambut huluran beg itu. “Kenapa kau bagi aku semua ni?” tanya Zafuan pelik.
“Awak
demam, kan?”
Zafuan
tersentak, “Mana kau tahu.”
“Kalau
saya cakap saya ada psychic bukan
awak nak percaya pun,” bohong Raisya.
Zafuan
tersenyum senget, “Kau masak ke?” tanya Zafuan tidak percaya sambil
mengeluarkan bekas polistrene yang masih hangat itu.
“Tak
adalah. Moi Sup Bang Din. Takkanlah nak pinjam dapur Bang Din pula masak,”
“Aku
ingat...” kata-kata Zafuan terhenti apabila Raisya tiba-tiba memegang dahinya.
Kemudian pipi dan tengkuknya. Namun apabila menyedari tindakan spontannya itu
Raisya pantas menarik semula tangannya.
“Err... sorry. Saya cuma nak rasa suhu badan
awak. Boleh tahan panas juga. Emmm... okaylah! Saya nak balik dulu.
Assalamualaikum,” Raisya dengan muka merah padam pantas melangkah pergi
meninggalkan Zafuan yang diam-diam mula mengukir senyum.
“KORANG A7T2B, kan?”
“Hah?
Ha’ah,” Raisya yang sedang leka berborak dengan rakan sekelas di belakangnya
terkejut apabila Hadi sedang menegur mereka.
“Ini
latihan bab 4 cikgu bagi untuk kelas korang. Tadi cari Sobri, Firdaus dengan
Yap tak ada pula,” Hadi menghulur nota kuliah yang dimaksudkan.
“Oh,
terima kasih ya!” Raisya tersenyum manis. Hadi ni salah seorang lelaki popular
di kolej ni juga. Berbekalkan wajah baby
face, budak Kakom dan bijak, Hadi berada di kelasnya tersendiri di mata
pelajar perempuan.
"Amboi, borak dengan Hadi nampak!" Mas di belakang berbisik.
"Amboi, borak dengan Hadi nampak!" Mas di belakang berbisik.
“Weh,
comelnya dia!” Aliya menyampuk sambil memandang Hadi dengan muka teruja.
“Dia
duduk depan kau pula,” Shikin pula menambah.
"Mana aci!" ujar Atikah tidak puas hati.
"Mana aci!" ujar Atikah tidak puas hati.
“Jangan jealous i’olls dapat berborak dengan dia!”
bisik Raisya sebelum Mas and the gang mengutarakan ketidakpuashatian mereka.
Tanpa
Raisya sedar, Zafuan sedang memerhatikannya dari bawah.
‘WAHH... mengantuknya mata. Penatnya badan. Cepatlah
sampai blok!’ Raisya mengomel di dalam hati. Sebelah tangannya membawa buku
manakala lagi sebelah membawa bungkusan air yang dibeli di kafe.
Tiba-tiba
bungkusan air Raisya dirampas seseorang, “Ya Allah! Awak!”
“Yes, it’s me. Your beloved husband!”
bisik Zafuan sambil memegang tangan Raisya.
“Ish,
janganlah pegang tangan saya. Habislah kalau orang nampak!” Raisya cuba untuk
melepaskan tangannya dari genggaman Zafuan namun gagal.
“Biarlah,”
jawab Zafuan selamba.
“Awak
nikan dah lepas baik demam makin ligat nak cari pasal dengan saya ya? Lepaslah
awak...”
“No way. Ini hukuman,”
“Hah?
Hukuman? Hukuman apa? Lepaslah. Orang tengoklah!” Raisya sudah mula menutup
mukanya dengan bukunya apabila berselisih dengan beberapa orang pelajar
perempuan yang menjeling tajam ke arahnya. Mampus aku kalau ada roommates dengan classmates aku.
“Hukuman
sebab awak usyar lelaki lain dalam kuliah!” beritahu Zafuan.
“Usyar
lelaki lain? Dalam kuliah? Siapa?”
“Hadi.
Pagi tadi saya nampak,” ujar Zafuan.
Raisya
ketawa tiba-tiba. Berkerut dahi Zafuan melihatnya, “Apa yang lawak?”
“Awak ni
cemburu ke?” tanya Raisya mengusik.
Muka
Zafuan tiba-tiba memerah, “Mana ada cemburu! Saya cuma tak suka ada orang cuba
nak cantas laluan saya.”
“Laluan
awak? Untuk?” tanya Raisya tidak jelas.
Zafuan
tidak menjawab. Laluan untuk dapatkan kaulah samdol!
“Cakaplah.
Laluan untuk apa?” tanya Raisya lagi.
“Laluan
untuk dapat air free. Nak sikit!”
Zafuan terus menghirup air milik Raisya ysng dipegang sejak tadi.
“Eh, saya
dah minumlah air tu!”
Zafuan
terhenti. Dia memandang straw tersebut, “Dah minum? Okay.” Zafuan dengan
selamba menyambung kembali menelan air tersebut. Dia dah minum lagilah aku
suka.
Raisya
pelik dengan tingkah laku Zafuan. Mula-mula dia pegang tangan aku sampai ke
sudah tak nak lepas. Lepas tu dia marah nampak aku usyar Hadi. Lepas tu dia
minum guna straw yang aku dah guna. Tak geli pula dia? Dia ni sihat tak?
“NAJWA, tadi Shira cerita yang Zafuan tu dah ada makwe!”
Shud yang baru saja pulang membuka cerita sambil duduk di katil Nadia yang sudah
berpindah ke Kolej Universiti Islam Melaka.
“Hah?
Mana hang tau ni?” Najwa yang tadinya leka menonton Running Man bersama-sama
Raisya, Dini dan Thia menoleh. Raisya yang berpura-pura tidak melayan memasang
telinga.
“Betul!
Dia kata tadi dia nampak Zafuan jalan pegang tangan dengan sorang perempuan ni
tapi Shira tak perasan sangat muka budak tu,” cerita Shuhada. Raisya menelan
air liur.
“Hah,
Thia baru teringat! Kawan Thia pun ada cerita yang dua hari lepas ada sorang
perempuan pakai mask jerebu tu hantar
makanan dekat Zafuan. Dengar cerita Zafuan demam masa tu. Perempuan tu siap
pegang dahi dengan muka dia!” cerita Thia pula.
Raisya
menggigit bibir, ‘Matilah aku kalau diorang tau itu aku!’
“Hmmm...
tengok! Bukan bagus sangat pun Zafuan tu. Siap boleh pegang-pegang dengan
perempuan. Memang dasar palyboy.
Perempuan tu pun sama galak! Itu lelaki yang hang nak Najwa?” tanya Dini.
Raisya
menjeling Dini dalam diam. Berani kau kutuk aku dengan laki aku depan aku pula
tu!
“Ah, aku
tak percayalah! Dia baiklah. Aku kenal dia!” Najwa masih berkeras.
“Habis tu
sampai berani pegang-pegang tangan. Dok biaq perempuan tu pegang muka dia.
Bukan gatal namanya?” soal Dini masih menunjuk rasa tak berkenannya terhadap
Zafuan.
“Perempuan
tu agaknya yang galak,” Najwa masih cuba membela Zafuan.
“Tapi
kalau tak dia pun melayan tak adalah perempuan tu terus galak. Lelaki ni semua sama
tak boleh pakailah dalam dunia ni! Nak-nak budak Zafuan tu,” balas Dini.
“Tak!”
jawab Raisya dan Najwa serentak namun kemudian mereka berpandangan.
“Yang
hang sama emo ni pasaipa, Sya?” tanya Shud.
“Err...
tak, maksud aku ayat lelaki semua tak boleh pakai tu aku tak setuju. Ada aje
lelaki yang baik, kan?” Raisya pantas mencipta jawapan.
“Oh,
ingat Sya pun dah suka dekat budak tu!” ujar Thia.
“Ha’ah.
Mana tau dah masuk kelab peminat dia Zafuan tu kot,” tambah Shud pula.
“Eh, tak
adalah! Merepek ajelah korang ni. Tak nak aku dengan budak tak semenggah macam
tu. Dahlah, aku nak pergi mandi dulu ya!” Raisya mencapai tuala dan baldinya
sebelum melangkah keluar dari bilik. Tiba di luar dia mengeluh. Tak pasal-pasal
dapat dosa pula kutuk suami sendiri.
“Sya,
tunggu sat!” Najwa yang turut menggendong peralatan mandiannya memanggil Raisya
yang baru beberapa langkah menuju ke tandas.
“Awal
hang mandi hari ni? Selalu malam pun belum tentu mandi,” perli Raisya sambil
berjalan beriringan dengan Najwa.
“Aku
bengang Dini asyik kutuk Zafuan tu aje. Sakit hati aku bila pakwe aku dikutuk
sebegitu rupa,” ujar Najwa sedih.
Raisya
memberhentikan langkah, “Pakwe? Kau couple
dengan Zafuan ke?”
Najwa
mengisyaratkan Raisya supaya memperlahankan suara, “Aku cerita dekat kau sorang
tau. Zafuan sebenarnya suka aku!”
Mata
Raisya terbeliak. Say whattt?!
“Dia
selalu belanja aku coklat dengan aiskrim. Tiap-tiap hari dia akan tegur kalau
nampak aku. Muka dia selalu ceria aje bila jumpa aku,” cerita Najwa.
“Dia...
dia pernah confess ke dekat kau?”
tanya Raisya yang sedang cuba bersabar.
Coklat? Aiskrim? Aku cuma pernah dapat
karipap pusing aje tau! Itupun Nasi Ayam aku kena rembat. Tegur aku? Heh,
kadang-kadang tu buat-buat tak nampak lagi ada. Ceria? Selalu kena maki adalah.
Kalau dia nak buat baik dengan aku pun tengoklah mood dia tu okay ke tak.
“Taklah
sampai pernah confess. Tapi yalah,
bila lelaki buat macam tu apa tujuan dia? Tak ke itu tanda dia suka kita? Kau
ingat tak yang aku balik lambat dua hari lepas?” tanya Najwa.
“Hah...?
Jadi?” Raisya teringat yang semalam sudah hampir jam 11 malam barulah Najwa
pulang. Sangkanya Najwa merewang pergi bilik kawan-kawannya menonton drama
Korea sebab Najwa memang suka merayau dari satu bilik ke satu bilik lepas tu
kadang-kadang pukul satu atau dua pagi baru balik bilik.
Sebelum itu juga puas dia cuba
menghubungi Zafuan kerana mahu bertanyakan perkembangan kesihatannya namun
puluhan panggilan yang dibuat satu pun tidak diangkat. Takkanlah...
“Malam
tadi aku berborak sakan dengan dialah! Dia belanja aku aiskrim Magnum pula tu!
Kitorang lepak depan MM borak-borak sampai tak perasan dah pukul 11. Tau-tau
nak kena halau dengan guard,” cerita
Najwa teruja sambil ketawa geli hati.
Raisya
terdiam namun dia hanya tersenyum untuk mengaburi mata Najwa. Najwa yang sedang
dalam keadaan gembira itu melangkah masuk ke dalam tandas dengan hati yang
riang. Raisya pula sedang mengepal penumbuk apabila baru mengetahui yang selama
ini Zafuan ada membuat hubungan sulit dengan rakan sebiliknya sendiri!
“EH, itu Zafuankan?” ujar Shud sambil menunjuk ke arah
dalam Mini Market. Menjadi tabiat mereka setiap malam ahad selepas makan malam
mereka berlima akan merayap ke bakeri yang terletak di sebelah Mini Market
untuk membeli aiskrim.
“Hah,
Zafuan?” Najwa mula teruja.
“Eii...
galaklah hang ni!” Dini tidak senang melihat kelakuan Najwa itu.
“Biarlah.
Thia jom masuk MM,” Najwa menarik tangan Thia. Thia yang berbadan kecil itu
terpaksa menurut. Sedih mukanya bila niat asal mahu membeli aiskrim di bakeri
tidak kesampaian.
Dari
jauh, Raisya, Shud dan Dini dapat melihat Najwa berpura-pura menarik perhatian
Zafuan dan Zafuan kemudiannya menegur Najwa. Najwa ada menunjuk ke arah mereka
bertiga yang berada di luar Mini Market itu.
Mata
Raisya dan Zafuan bertembung tatkala Zafuan memandang mereka namun kemudian
Zafuan kembali berbual rancak dengan Najwa. Thia yang menjadi mangsa melangkah
keluar kembali dari Mini Market itu.
“Bukan
main seronok Najwa tu bila nampak Zafuan. Sampai Thia pun dia lupa,” cerita
Thia bengang.
“Depa
cerita apa?” tanya Shud.
“Entah.
Najwa yang banyak lebih bercerita yang kita ni baru lepas makanlah. Tadi kita
semua makan apalah. Itupun bukan main seronok budak Zafuan tu mendengar,”
cerita Thia.
“Aku tak
suka betullah dengan jantan tu,” Dini yang memang anti lelaki menyampuk.
“Alah,
biarlah diorang tu. Aku nak baliklah!” Raisya yang tidak tahan rasa cemburu
melangkah pergi.
“Eh, hang
nak pi mana? Tak nak beli aiskrim ka?” tanya Shud.
“Malas,”
“HAI, sorang je?” Zafuan duduk di hadapan Raisya yang
sedang leka membuat tutorialnya. Zafuan yang kebetulan turut membuat tutorial
bersendirian di perpustakaan itu sengaja mahu mengusik Raisya yang juga
bersendirian. Pada waktu malam perpustakaan itu memang susah untuk sunyi
seperti waktu siang.
Raisya
hanya menjeling Zafuan tanpa menjawab apa-apa.
Zafuan
mengerut dahinya, “Amboi, garangnya kau malam ni! Period ke?”
“Awak nak
apa?” soal Raisya malas.
“Nak
lepas rindu,” jawab Zafuan sambil tersengih.
Raisya
memandang Zafuan sekilas sebelum membalas, “Pergilah lepas rindu dekat girlfriend awak,”
“Girlfriend? Buat apa nak ada girlfriend kalau ada wifey?” usik Zafuan.
Raisya
memandang sekeliling. Mujur tempatnya ini agak tersorok, “Dahlah, Zafuan. Saya
tahu awak dah ada orang yang awak suka. Mengikut perjanjian kita, saya boleh
pilih untuk awak madukan saya atau lepaskan saya.”
Riak
wajah Zafuan berubah, “Apa kau cakap ni? Itukan benda dah lama.”
“Lama ke
baru ke tapi memang itu yang awak beritahu saya. Kalau awak lupa saya boleh
ingatkan. Awak memang ada beri saya pilihan sama ada mahu dimadukan atau
dilepaskan kalau awak jumpa perempuan yang awak suka. Jadi kalau awak pilih nak
dengan Najwa tu saya pilih nak awak lepaskan saya,” ujar Raisya dengan riak
yang cuba berlagak tenang.
Zafuan
terkedu. Dia bingung dengan apa yang dikatakan Raisya. Namun Raisya kemudiannya
mengemas buku-bukunya sebelum pantas beredar keluar dari perpustakaan itu.
“Nanti
dulu, Raisya!” panggil Zafuan yang mengejar Raisya.
Sebaik
saja tiba di luar Zafuan terus mencapai tangan gadis itu menyebabkan buku-buku
Raisya bertaburan jatuh dan menarik perhatian pelajar yang lalu-lalang. Raisya
pantas menutup mukanya dengan hood sweater yang dipakainya.
“Apa yang
kau cakap ni? Najwa? Apa kena mengena dia?” soal Zafuan.
Raisya
menyentap tangannya sebelum mengutip bukunya dan memasukkannya ke dalam beg.
Dia langsung tidak mahu memandang wajah Zafuan.
“Hey, I’m talking to you!” Zafuan menarik bahu
Raisya namun serentak pipi Zafuan pula menerima tamparan daripada Raisya.
“Kalau
tak pernah cintakan saya tak payahlah nak kisahkan saya!” tengking Raisya tanpa
mempedulikan beberapa orang pelajar yang sudah mula berkerumun dan berbisik
sesama mereka. Namun Raisya tidak bimbang kerana wajahnya tidak dapat dilihat
dengan jelas waktu ini. Nasib baik dia memakai sweater tadi memandangkan perpustakaan ini memiliki kesejukan
sedingin peti sejuk!
Zafuan
terdiam sambil memegang pipinya apatah lagi melihat mata Raisya yang sudah mula
berkaca itu. Raisya menggalas begnya sebelum melangkah pergi namun belum sempat dia melangkah lebih jauh, Kai Xin, rakan sekelasnya muncul.
"Eh, Raisya! Dah nak balik?" tegur Kai Xin yang baru tiba di perpustakaan itu.
"Emm..." jawab Raisya yang tidak mampu mengeluarkan suaranya kerana menahan tangis.
"Eh, awak menangis kenapa?" tanya Kai Xin yang perasan mata Raisya yang sudah bergenang itu.
"Saya balik dulu Kai Xin," ujar Raisya sebelum pantas melangkah pulang ke bloknya.
Kai Xin memandang Zafuan yang baru dia sedar ada situ juga, "Eh, Zafuan! You yang buat dia menangis ya?!"
Zafuan terkejut apabila Kai Xin tiba-tiba memarahinya, "Ma... mana ada!"
"Eh, Raisya! Dah nak balik?" tegur Kai Xin yang baru tiba di perpustakaan itu.
"Emm..." jawab Raisya yang tidak mampu mengeluarkan suaranya kerana menahan tangis.
"Eh, awak menangis kenapa?" tanya Kai Xin yang perasan mata Raisya yang sudah bergenang itu.
"Saya balik dulu Kai Xin," ujar Raisya sebelum pantas melangkah pulang ke bloknya.
Kai Xin memandang Zafuan yang baru dia sedar ada situ juga, "Eh, Zafuan! You yang buat dia menangis ya?!"
Zafuan terkejut apabila Kai Xin tiba-tiba memarahinya, "Ma... mana ada!"
SEBAIK saja tiba di biliknya, Raisya terus merebahkan
badan di katilnya. Rakan-rakan sebiliknya yang sedang membuat hal masing-masing
memandang pelik melihat Raisya yang hanya senyap itu.
“Awal
balik, Sya?” tegur Thia sambil duduk di katil sebelah Raisya.
“Sya
penat. Sya nak tidur,” Raisya membelakangi Thia.
“Eh, tak
nak pergi toilet dulu ke?” tanya Shud dari katil atas.
“Mengantuk
sangat masa buat business tadi ni,”
Raisya memberi alasan dan langsung tidak bergerak lagi.
Thia dan
Shud kemudiannya membiarkan saja Raisya apabila memutuskan mungkin rakan mereka
itu benar-benar penat dan mengantuk. Mereka kembali membuat tugasan
masing-masing. Yalah, malam-malam buat tutorial Pengurusan Perniagaan dekat
perpustakaan yang sejuk macam tu siapa tak mengantuk?
Diam-diam
Raisya sebenarnya sedang berendam air mata. Sejak Najwa bercerita tentang
keakrabannya dengan Zafuan, Raisya jadi cemburu. Apatah lagi melihat Zafuan
sendiri tersenyum manis dan ceria di hadapan Najwa. Sedangkan Zafuan tidak
pernah tersenyum seperti itu di hadapannya.
Raisya
sendiri akhirnya terpaksa akui bahawa rasa cemburu itu membuktikan dia
sebenarnya sudah jatuh cinta terhadap lelaki yang merupakan suaminya yang sah
itu. Namun apakan daya, Zafuan sendiri sudah melarangnya jatuh cinta terhadap
Zafuan. Zafuan memang berhak untuk mencintai perempuan lain. Dia hanyalah
isteri di atas kertas dan bila-bila masa saja status itu boleh bertukar menjadi
janda.
Hampir
setahun di matrikulasi ini, hampir setiap hari Raisya dan Zafuan akan bersua
muka. Raisya sendiri akui dalam tempoh ini dia semakin banyak mengenali sisi
berbeza suaminya itu walaupun sejak kecil sudah sebumbung. Walaupun setiap
pertemuannya dengan Zafuan bukanlah satu pertemuan yang meninggalkan memori
indah namun setiap kali dia menemui lelaki itu dia akan berasa gembira dan
bersemangat untuk melalui hari-harinya.
Jika
Zafuan benar-benar mahu serius dengan Najwa, Raisya tidak rela melihatnya maka
lebih baik jika dia yang mengundur diri.
“HANG nak pi library
lagi ka malam ni?” tanya Najwa.
“Ha’ah.
Ada group discussion,” jawab Raisya.
Walaupun dia cemburukan Najwa yang mendapat perhatian Zafuan namun dia tidak
menyalahkan Najwa kerana Najwa tidak tahu apa-apa tentang status sebenar mereka
jadi tidak adil untuk dia menghukum Najwa pula.
“Nanti
kitorang nak pergi MM. Hang nak ikut?” tanya Dini.
“Emm...
tak apalah. Aku takut habis lambat kang,” ujar Raisya sambil menggalas beg.
“Hmm...
tak apalah kalau macam tu. Pi elok-elok naa...!”
MALAM ini ternyata Raisya bertentang mata lagi dengan Zafuan.
Panas hatinya tatkala melihat lelaki itu betul-betul berada di sebelah mejanya
bersama-sama Sobri, Firdaus dan Awie. Semak betullah!
“Kita
pindah meja lain tak boleh ke?” bisik Raisya.
“Kenapa
pula? Okaylah meja sini. Ini aje kosong dekat sini. Tempat lain tu bising,”
ujar Rana.
Raisya
mendiamkan diri. Fokusnya benar-benar terganggu apabila menyedari mata Zafuan
sedang merenungnya. Hish, mamat ni! Kalau dah kena korek biji mata tu nanti
baru ada akal. Memang dasar mata keranjang.
Akhirnya
perbincangan mereka tamat jua. Kebetulan sewaktu Raisya dan rakan-rakannya mahu
pulang, empat rakan lelaki mereka itu juga sudah selesai menyelesaikan tugasan
mereka.
Mereka
semua berjalan pulang ke blok masing-masing bersama-sama kecuali Zafuan yang
katanya mahu membeli sesuatu di Mini Market. Namun Raisya yang teringat bahawa
rakan-rakan sebiliknya ada memberitahu mahu ke Mini Market lantas sedar yang
Zafuan sebenarnya mahu menemui Najwa.
“Kau ni
aku tengok dari dulu macam tak suka aje dengan Zafuan tu. Dah nak habis pun
kita dekat sini. Kenapa hah?” tanya Sobri. Kini cuma tinggal Raisya, Awie,
Firdaus dan Sobri saja selepas menghantar rakan mereka yang lain di blok yang
lebih hadapan.
“Aku cuma
tak suka dia tanpa sebab. Tak perlu sebab pun kalau kita nak benci seseorang
tu,” jawab Raisya ringkas.
“Ke kau
suka dia ni? Haaa...” Awie mengusik.
“Eh,
tolonglah! Geli aku nak suka lelaki muka jambu macam tu. Dahlah badan pun tak
sado mana,” kutuk Raisya menahan geram sambil membayangkan Zafuan yang berwajah
jambu dan kurus itu.
“Haha...
yalah tu. Okaylah, jumpa esok!” Awie, Sobri dan Firdaus beredar apabila mereka
sudah tiba di hadapan B3.
“Bye!”
Raisya melambai ke arah mereka sebelum melangkah ke bloknya.
Sebaik
saja Raisya mahu mendaki tangga, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang sebelum
dia diheret keluar dari bloknya. Namun Raisya pantas mengenali identiti orang
tersebut.
“Zafuan!
Awak buat...” mulut Raisya kemudiannya ditekup oleh Zafuan menyebabkan suaranya
tidak lagi kedengaran sebaliknya dia hanya meronta mahu melepaskan diri. Amat
mengejutkan apabila kudrat Zafuan yang kurus itu sangat kuat untuk memaksanya
mengikuti lelaki itu.
Malam hari biasa seperti itu tidak begitu
ramai pelajar yang lalu-lalang di situ. Mungkin kerana semuanya sibuk di meja
belajar atau di perpustakaan bagi menyiapkan tutorial masing-masing jadi tidak
memiliki banyak masa untuk merayau-rayau. Apatah lagi PSPMII akan menjelang
tidak lama lagi.
Raisya
ditarik sehingga ke makmal komputer dan bahasa yang terletak di hadapan blok
Raisya.
“TAKUTLAH nak PSPMII ni. Banyak lagi subjek tak cover,” keluh Dini.
“Tak apa.
Ada lagi masa ni. Insya-Allah kita semua boleh score,” ujar Thia.
“Eh,
siapa tu?” Shud yang berjalan paling hadapan terhenti apabila melihat seseorang
ditarik oleh seorang lelaki.
“Eh, itu
Zafuanlah!” Najwa yang amat mengenali pengarang jantungnya itu pantas mengecam
Zafuan.
“Dia
tarik siapa tu? Astaghfirullahala’zim! Itu perempuan, kan?” Dini sudah mengucap
panjang.
“Dia nak
buat apa tu?” tanya Thia curiga.
“Hah,
itulah jantan hang suka sangat, kan Najwa? Itu dia nak buat benda tak baiklah
tu!”
“Jom
tengok wei!” Shud sudah berlari mengikut jejak Zafuan tadi. Tiga rakannya itu
juga turut mengikut langkah Shud. Mereka menyorok di belakang dinding dalam
jarak tiga meter dari Zafuan.
“Zafuan!”
mereka mendengar suara perempuan yang diheret Zafuan tadi memekik.
“Hah, kan
betul tu Zafuan!” Dini berbisik.
“Awak nak
apa lagi ni?” marah perempuan itu sambil menolak bahu Zafuan.
“Kejap,
suara tu...” Thia mula mengesan sesuatu.
Zafuan
memegang tangan perempuan yang menolaknya itu, “Raisya, kau ni kenapa hah?”
Melopong
empat sekawan itu mendengar nama yang disebut Zafuan dan mereka kemudian mula
menyedari perempuan yang berada dengan Zafuan itu ialah rakan sebilik mereka
sendiri.
“I...
itu... itu R... Raisya!” bisik Shud tergagap-gagap,
Zafuan
merenung mata Raisya, “Kenapa kau tiba-tiba berubah ni? Kenapa tiba-tiba kau
kaitkan Najwa? Aku tak ada apa-apa dengan dialah! Dia cuma kawan. Itu aje!”
Najwa
tersentak apabila namanya tiba-tiba disebut. Lebih mengejutkan Zafuan
sebenarnya hanyalah menganggapnya sebagai kawan. Adakah dia hanya bertepuk
sebelah tangan? Tapi... apa kaitannya dengan Raisya ni? Raisya cemburukan dia
dengan Zafuan? Tapi kenapa Raisya tak pernah beritahunya? Dan... apa sebenarnya
hubungan mereka berdua?
Raisya
tersenyum sinis namun matanya sudah mula berkaca, “Hari-hari jumpa bergelak
ketawa. Eh, saya sendiri nampaklah hari tu bukan main senyum lebar awak bila
jumpa dia dekat MM hari tu! Kalau awak dah ada perempuan yang awak suka, awak
lepaskan ajelah saya!”
“Itu
sebab aku seronok dapat jumpa kau dan aku takkan pernah lepaskan orang yang aku
sayang!” tengking Zafuan.
Raisya
tersentak, “A... apa...?”
Zafuan menunduk
seketika sebelum dia kembali memandang mata Raisya. Lama dia merenung mata itu
sebelum memegang lembut pipi gadis itu, “Aku tahu yang aku dah larang kau
cintakan aku. Tapi rupanya aku sendiri dah langgar arahan aku sendiri. Aku dah
jatuh cinta dekat isteri aku sendiri,”
Raisya
terkesima. Zafuan tersenyum, “Aku tahu kau pun rasa benda yang sama, kan? Sebab
tu kau marah dan cemburu. Betul tak?”
Raisya
tidak menjawab sebaliknya menunduk. Air matanya jatuh. Zafuan mengesat pipi
Raisya yang dibasahi air mata itu, “Jadi tolong jangan pernah minta lagi aku
lepaskan kau sebab aku akan cintakan isteri aku ni sorang aje sampai mati.”
“HOI!
Korang buat apa ni?!”
Raisya
dan Zafuan terkejut apabila tiba-tiba satu suara menyergah sebelum mereka
disuluh dengan lampu suluh. Serentak itu kedengaran satu suara pula menjerit
dari arah bertentangan.
“Siapa
tu?!” pekik lagi Encik Hisyam, felo yang bertugas malam itu.
Tatkala
cahaya lampu suluh itu berpindah ke arah suara yang menjerit itu Raisya
terkejut melihat empat orang yang amat dikenalinya sedang tersembam di situ.
Mereka terjatuh kerana terlalu terkejut mendengar sergahan Encik Hisyam
menyebabkan mereka saling menghempap antara satu sama lain.
“Korang...”
“JADI kamu berempat ni mengendap mereka berdua yang buat
perangai tak senonoh inilah, ya? Dan Raisya tu pula ialah roommate kamu semua?” Encik Sharul selaku ketua felo menyoal Thia,
Shud, Dini dan Najwa. Zafuan menjeling marah kepada Encik Shahrul apabila
dituduh sebegitu rupa.
Mereka
berempat mengangguk tanpa berkata sepatah.
“Awak
semua sepatutnya laporkan kepada felo bertugas! Bukannya seronok tengok free show!” marah Encik Hisyam.
Mereka
berempat yang takut dimarahi itu hanya mendiamkan diri.
Encik
Shahrul memandang Raisya dan Zafuan,“ Kamu berdua ni tahu tak yang kamu berdua
dah melanggar peraturan kolej ni? Bukan setakat peraturan kolej tapi peraturan
Allah juga! Kalaulah Encik Hisyam tak jumpa kamu berdua tadi entah-entah kamu
berdua ni dah berzina pula!”
Telinga
Zafuan yang sudah bertukar merah itu tidak dapat menahan lagi tomahan yang
dilempar ke arahnya, “Tak ada istilah berzina bagi seorang suami terhadap
isterinya yang sah!”
Semua
yang ada dalam bilik itu terbeliak mata mendengarnya. Raisya pantas memegang
lengan Zafuan, “Awak...!”
“Is...
isteri?” soal Encik Hisyam tidak percaya.Empat rakan sebilik Raisya itu juga
kelihatan terkejut walaupun mereka sudah mengetahuinya tadi. Mungkin mereka
mengandaikan telinga mereka bermasalah tadi tapi apabila Zafuan memekikkan
benda yang sama maka terbuktilah telinga mereka masih berfungsi dengan baik
selama ini.
“Mana
boleh ada pelajar matrikulasi yang berkahwin! Ini melanggar peraturan yang
sudah ditetapkan!” ujar Encik Shahrul tidak berpuas hati.
“Saya
tahu tapi kami ada sebab sendiri. Kami dah bernikah sejak sebelum masuk
matrikulasi lagi tapi selain keluarga terdekat tak ada siapa yang tahu,” ujar
Zafuan.
Encik
Hisyam sudah terduduk kerana tidak percaya dengan apa didengarinya.
“Kami
minta maaf. Kami tahu yang kami dah langgar peraturan tapi tak ada siapa pun
yang tahu kami sudah berkahwin. Kami juga tak pernah buat apa-apa sebelum ni.
Tolonglah jangan kenakan apa-apa tindakan kepada kami. PSPM pun dah tinggal
berapa bulan saja lagi. Benarkanlah kami habis pengajian di sini dahulu!” rayu
Raisya.
“Saya
kena berbincang dahulu dengan pihak atasan,” jawab Encik Shahrul yang akhirnya
membuka mulut sebelum melangkah ke mejanya untuk mengambil buku laporan.
“Encik
Shahrul, hujung minggu ni ada perlawanan persahabatan bola sepakkan?” soal
Zafuan tiba-tiba.
Kening
Encik Shahrul terangkat, “Ya. Jadi?”
“Saya ni
salah seorang pemain pasukan kita. Kalau saya dikenakan tindakan macam mana
dengan nasib pasukan kita?” Zafuan membuka cerita.
“Tapi perlawanan tu hanya perlawanan
persahabatan aje, kan? Tak salah kalau awak digantikan dengan orang lain,”
jawab Encik Hisyam selamba.
“Memang
ia cuma perlawanan persahabatan tapi game
kali ni kami akan berlawan dengan pelajar dari luar negara dan ini game terakhir kami sebelum kami tamatkan
pengajian. Saya dengar ada pihak media nak datang tengok. Jadi takkan pasukan
kolej kita nak mempamerkan permainan yang hambar, kan? Malulah nama kolej kita.
Lagipun sebenarnya, saya ialah kapten pasukan. Saya ada banyak strategi untuk
dikongsikan tapi kalau Encik Shahrul nak hantar nama saya dekat pihak atasan,
berkemungkinan besar saya dikenakan tindakan dan menyebabkan saya tak dapat
turun bermain.”
Encik
Hisyam dan Encik Shahrul kedua-duanya terdiam dan saling memandang antara satu
sama lain. Memang pasukan bola sepak mereka antara pasukan terkuat di antara
kolej matrikulasi malah pengetua pun menyimpan harapan besar mereka berjaya
memenangi perlawanan persahabatan yang menjadi perlawanan terakhir pelajar sesi
ini.
Zafuan
sudah tersenyum apabila Encik Shahrul dan Encik Hisyam terkesan dengan
kata-katanya. Kedua-dua felo itu saling berbincang perlahan. Raisya pula
menoleh memandang rakan-rakan sebiliknya. Dini menjeling tajam ke arahnya. Shud
tiba-tiba berubah minat terhadap dinding bilik itu dengan melarikan pandangan.
Najwa hanya menunduk memandang kaki. Thia pula memandangnya dengan pandangan
kecewa sebelum beralih memandang tempat lain.
“Saya
juga harap isteri saya dan rakan-rakannya tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Kami tahu kami salah. Kami mengaku. Tapi kami masih nak meneruskan pengajian di
sini. Kami janji kami takkan timbul masalah dan akan dapatkan keputusan terbaik
dan Encik Shahrul takkan menyesal buat keputusan untuk melindungi kami,” janji
Zafuan yakin.
RAISYA bersyukur sangat-sangat apabila Encik Hisyam dan Encik
Shahrul sepakat untuk melindungi mereka demi kebaikan bersama termasuklah demi
menjaga imej kolej mereka. Mereka juga terpaksa berjanji macam-macam untuk
meraih kepercayaan felo mereka itu. Namun Raisya masih memiliki satu masalah
yang masih belum selesai – rakan sebiliknya.
“Korang,
janganlah macam ni. Aku minta maaf,” ucap Raisya namun ucapannya itu langsung
tidak disambut oleh seorang pun rakannya itu.
Sejak pulang ke bilik tadi semuanya
melekat di meja studi dan berlagak tekun menyelesaikan tutorial masing-masing
termasuklah Najwa yang biasanya masa lapangnya hanya tidur saja. Lebih teruk
semuanya menyumbat telinga dengan earphone
masing-masing. Thia lagi dahsyat, dengan headphone di kepala, kepalanya turut terangguk-angguk mengikut
rentak lagu.
“Shud,
aku minta maaf...” Raisya memegang bahu Shud namun Shud menepis tangan Raisya.
Raisya tersentap apabila Shud dengan dingin menepis tangannya.
Raisya
beralih kepada Dini. Dia turut memegang lembut bahu Dini, “Dini...”
“Najwa,
kenapa aku rasa bahu aku ni macam berat? Hang letak batu ka?” tanya Dini
tiba-tiba kepada Najwa yang berada di sebelahnya.
“Dak
aiihh... hang rasa berat pasal ada tangan penipu dekat bahu tu. Orang menipu ni
banyak dosa. Baik hang tepis cepat macam Shud buat,” jawab Najwa selamba.
Dini
turut melakukan perkara yang sama. Tangan Raisya ditepis sekasar mungkin.
Raisya tiba-tiba menjadi hilang sabar. Dengan rasa bengang dia menarik earphone di telinga Dini.
“Weh,
hang pasaipa?!” tengking Dini sambil menolak kasar kerusinya. Najwa juga sudah
turut berdiri. Thia dan Shud pula sudah menoleh sambil membuka headphone dan earphone masing-masing.
“Aku tahu
korang marah. Memang aku tipu korang. Tapi tak boleh ke korang dengar explanation aku? Janganlah buat aku
macam tunggul,” rayu Raisya.
“Oh, kami
buat hang macam tunggul? Habis selama ni kami kena tipu dengan hang hidup-hidup
bukan setakat macam tunggul tapi dah macam batu tepi jalan. Tak ada yang
peduli,” marah Dini.
“Hang
mesti seronoklah kan gelakkan aku diam-diam selama ni bila aku dok
tergedik-gedik dengan Zafuan sedangkan dia laki hang. Hang memang saja nak
tengok aku syok sendiri cerita yang konon Zafuan tu suka aku, ada hati dekat
aku sedangkan hang tau dia dah kahwin dan isteri dia ialah hang! Seronokkan
dapat mempermainkan kawan sendiri?” perli Najwa sinis dengan mata berkaca jelas
mempamerkan kekecewaan hatinya.
Air mata
Raisya tiba-tiba menitis, “Aku tak pernah terfikir pun nak mempermainkan kau.
Mempermainkan kawan-kawan aku ni semua. Keadaan yang membuatkan aku tak dapat
berterus-terang. Ikutkan aku memang nak cerita tapi risiko dia terlalu tinggi.”
“Kitorangkan
kawan Sya. Kenapa Sya tak boleh percayakan kitorang?” soal Thia pula.
“Hal ni
terlalu peribadi. Bukan soal percaya atau tidak tapi hal ni melibatkan keluarga
Zafuan juga. Diorang amanahkan Sya jangan beritahu sesiapa. Buruk padahnya
kalau sampai ada orang lain tahu. Kalau sampai orang tahu memang Sya kena buang
matriklah cerita dia. Sya tak ada pilihan lain selain simpan aje rahsia ni,”
jelas Raisya.
“Habis
dengan kami pun hang tak percaya? Kami kawan baik hang. Tidoq pun sampai tahap
sebantal kadang-kadang tu. Apa gunanya kawan kalau tak saling mempercayai?”
soal Shud tak puas hati yang memang kadangkalanya tidur sebantal dengan Raisya
apabila mereka tidur di lantai dengan membawa turun tilam. Dia, Raisya dan Dini
memang biasa tidur bertiga di beralas tilam di lantai. Shud yang memang lasak
tidur ada kalanya sampai tidur di atas perut Raisya!
“Aku tak
maksudkan hangpa semua tak boleh dipercayai. Korang kawan yang paling aku boleh
percayai yang pernah aku jumpa. Korang bukan macam batu tepi jalan tapi macam
permata yang tidak ternilai harganya. Cuma hal ni melibatkan amanah keluarga
Zafuan. Bila dah nama amanah, berdosa jika aku tak laksanakan. Apatah lagi
Zafuan pun minta aku rahsiakan. Dia suami aku. Aku kena taat dengan arahan dia.
Aku boleh jatuh nusyuz kalau ingkar,” jelas Raisya lagi dengan tegas.
Keempat-empat
rakannya tidak berkata apa-apa namun kelihatan terkesan dengan kata-kata Raisya
itu apatah lagi apabila Raisya mengakui mereka ialah rakan yang paling
dipercayainya.
“Aku tahu
kalau korang masih tak boleh terima maaf aku ni. Aku tahu memang sakit bila
kita kena tipu hidup-hidup. Tapi percayalah, selama ni bila hal Zafuan timbul
aku sentiasa diselubungi rasa bersalah yang kuat. Aku nak sangat
berterus-terang tapi keadaan tak mengizinkan aku. Aku sayang korang
sangat-sangat. Koranglah kawan paling berharga yang pernah aku jumpa. Kalau
boleh aku tak nak hubungan kita putus macam ni. Tapi kalau korang still tak boleh maafkan aku. Aku faham.
Tak apalah. Aku boleh minta tukar bilik kalau korang nak. Stay dekat bilik kosong pun aku tak kisah kalau korang tak nak
tengok muka aku. Kita pun bukannya lama lagi dekat sini.”
Raisya
sudah melangkah mahu meninggalkan ruangan belajar itu namun tiba-tiba Thia
bersuara, “Betul ke kami ni macam
permata bagi Sya?”
Raisya
tersenyum sebelum mengangguk, “Permata yang tiada penggantinya. Terlalu
bernilai.”
“Tapi Sya sekarang dah jadi isteri orang. Kami
semua ni masih lagi budak-budak mentah. Siapalah kami nak berkawan dengan
isteri orang macam Sya,” tambah Thia.
Raisya
tersenyum. Air matanya jatuh lagi. Pantas dia mendapatkan Thia dan memeluk
rakannya itu, “Status isteri tak bermakna Sya tak boleh kawan dengan korang.
Korang tetap kawan terbaik Sya.”
Tiba-tiba
Raisya merasakan ada tangan lain pula menyentuh bahunya. Shud sudah
mendekatinya, “Aku minta maaf marah hang tadi.”
Najwa
pula menepuk bahu Raisya, “Aku minta maaf pasai selalu goda laki hang,”
Raisya
ketawa kecil. Dia memandang Dini pula. Dini memandang Raisya seketika sebelum
melarikan pandangan, “Aku tak ada salah apa kat hang. Tapi aku terimalah maaf
hang tu.”
Mereka
semua ketawa sebelum semuanya saling berpelukan. Raisya memanjat kesyukuran ke
hadrat ilahi apabila akhirnya rakan-rakannya itu memaafkannya. Rakan-rakannya
itu sangat berharga baginya. Mungkin lepas ini tiada lagi rakan-rakan seperti
mereka. Walaupun pelbagai perangai tapi jauh dalam sudut hati mereka sebenarnya
saling menyayangi antara satu sama lain.
“JADI kawan-kawan awak dah maafkan awaklah?” tanya Zafuan
sambil menghirup air limaunya.
“Emm...
alhamdulillah diorang boleh maafkan saya,” Raisya memandang rakan-rakan
sebiliknya yang duduk selang satu kerusi darinya. Mereka juga baru selesai
menikmati makan tengahari di Kafe Bang Din itu dan sedang berbual sesama
mereka. Disebabkan Zafuan berkeras mahu turut serta terpaksalah dia membenarkan
Zafuan turut serta walaupun ada beberapa mata memandang tidak puas hati.
Zafuan
turut memandang mereka. Kebetulan Najwa turut memandangnya. Pantas Najwa
menundukkan pandangannya sebelum cepat-cepat menghirup minumannya. Dini yang
perasan mencebik, “Raisya, suruh laki hang ni pandang tempat lain!”
“Dini,
hang nak mampuih ka?” Shud menyepak kaki Dini dari bawah meja.
“Orang
pandanglah Dini,” Thia pula sudah menyorok muka menahan malu apabila ada
beberapa orang memandang pelik ke arah mereka. Raisya dan Zafuan sama-sama
sudah berpeluh dingin.
“Err...
apa dia? Aku cakap kawan lelaki hang. Yalah, Zafuan nikan classmate dia. Lelaki dengan laki sama ajelah, kan?” Dini pantas
mengubah kata-katanya.
Raisya
pula terpaksa tersengih sambil terangguk-angguk sebelum mendekatkan mukanya
kepada Dini yang duduk selang satu kerusi darinya. Dia berbisik perlahan, “Hang
bocor rahsia aku, aku tanam hang hidup-hidup!”
“HUUU... kenapalah banyak sangat kerja Cikgu Kalai kasi
ni! Berbatang-batang pen habis dakwat menghadap subjek dia aje. Dia nak sponsor
pen tak apa juga,” omel Raisya agak kuat. Mujur mereka di kafe. Bolehlah dia
nak cakap kuat.
Mahu duduk di library, tak tahan pula kesejukan melampau perpustakaan itu
sehingga membuatkan Raisya tertanya-tanya mengapa masih tiada salji di dalam
perpustakaan itu sedangkan suhunya sudah terlalu sejuk!
“Biasalah
tu. Bukan Cikgu Kalai namanya kalau kerja sikit. Dahlah study week pun dia nak buat kelas. Obses kerja betul cikgu kita tu,”
omel Faten pula sambil disambut anggukan Athirah. Rana pula sudah hanyut dalam
dunia peta minda subjek Pengurusan Perniagaannya yang berkerawang di sana sini
di atas kertas berwarna-warninya. Masyha di sebelah pula sedang membuat subjek
matematik. Katanya subjek Pengurusan Perniagaan sudah disiapkan malam tadi. Tak
tidur agaknya budak rajin ni.
“Hai,
korang!”
Kelima-lima
mereka mengangkat muka sebaik mendengar teguran seseorang. “Oh, Zafuan,” sambut
Athirah. Raisya sudah menahan senyum melihat suaminya itu tiba-tiba muncul.
Tiba-tiba badannya terasa cergas pula!
“Korang
mesti penat, kan? Ni aku belanja air,” Zafuan mengeluarkan beberapa tin air dan
diberikan setiap seorang satu.
“Wah...
baiknya kau! Terima kasih!” ucap Rana sambil rakus membuka tin airnya sebaik
saja menerima airnya.
“Sama-sama,”
jawab Zafuan sambil membuka air tin yang terakhir dan diberikan kepada Raisya.
“Eh,
kenapa kau bukakan yang Raisya punya?” tegur Faten.
Raisya
dan Zafuan sama-sama terpaku sebelum saling berpandangan, “Err...”
“Oh...
korang ada apa-apa ya? Raisya, sampai hati tak story yang korang dah ada special
relationship! Sebelum ni bukan main benci, ya?” Athirah tiba-tiba membuat
andaian yang tanpa diketahuinya memang tepat 100%!
“Eh, mana
adalah! Tak ada maknanya. Kitorang tak ada apa-apalah! Zaf, kau sebenarnya saja
aje bukakan air ni untuk aku kan? Tak ada niat lain, kan?” soal Raisya pantas
kepada Zafuan.
Semua
mata kini beralih memandang Zafuan, “Err... aku... aku... aku sebenarnya tak
belikan pun untuk Raisya ni. Air ni aku buka sebab aku nak minum!” Zafuan
pantas menarik air tin di tangan Raisya dan diteguknya.
“Weh,
kenapa untuk aku tak ada pula?” soal Raisya.
“Sebab
aku tak suka kau. Okay, bye! All the best semua untuk PSPM!” Zafuan
pantas meninggalkan mereka dengan mengambil semula air tin yang diberikan
kepada Raisya tadi. ‘Sorry, sayang!’
“Zafuan!”
pekik Raisya namun Zafuan terus pantas meninggalkan kafe itu.
“ALAA... janganlah marah sangat! Nasib baik saya dapat cover tau. Kalau sampai kantoi tak ke
naya? Ingat tau kita ni nak final exam.
Roommates awak tahu boleh cover lagi. Kalau classmate ni bukan tak boleh percaya tapi risiko dia lebih tinggi
sebab classmates ni lagi ramai,”
pujuk Zafuan dari hujung talian.
“Yalah
tapi awak buat macam tu tadi malu saya tau!” ujar Raisya tidak puas hati.
“Masa tu
spontan ajelah. Saya tak tahu nak cover
macam mana dah. Jadi terpaksalah saya buat macam tu,”
“Yalah
tu. Habis kempunan saya nak Justea tau!” Raisya mencebik sambil bermain-main
dengan penyepit baju di ampaian.
“Okay.
Lepas ni saya belikan awak sedozen air Justea tu, ya?” pujuk Zafuan lagi.
“Dahlah.
Sampai habis exam saya tak nak jumpa
awak!” rajuk Raisya.
“Alaa...
janganlah macam ni! Saya mana boleh hidup tanpa tengok muka isteri saya ni.
Rindu 3 juta peratus tau!”
“Hah,
pandailah tu nak mengayat! Tak ada. Sampai habis exam, saya nak buat peraturan kita tak boleh jumpa. Call pun tak boleh. Apa-apa hal whatsapp or wechat or text only. Faham?”
Raisya membuat keputusan.
“Takkan
awak marah sangat sampai macam ni. Saya minta maaf dah kan?”
“Ini
bukan soal tadi tu. Tapi kita ni kan nak exam.
Kalau kita asyik habis masa berjumpa, bergayut macam ni bilanya nak study. Lagi beberapa hari kita nak exam lepas tu kita habis matrik boleh
jumpa hari-hari, kan?” jelas Raisya.
“Ha’ah,
kan? Tiap-tiap pagi nampak muka awak dulu. Wah, seronoknya!”
Raisya
ketawa kecil, “Mengadalah awak ni. Dahlah. Ingat peraturan ni tau. Kita tak
boleh berjumpa dan bergayut macam ni untuk masa beberapa minggu ni. Kalau texting pun tak boleh lama-lama. Saya
nak fokus belajar. Awak juga nak kita sama universiti nanti, kan? Awak tu
lainlah cerita. Memang dah tersedia lebih bijak bestari.”
“Well. Nama pun husband. Kenalah lebih dari isteri. Hmm... yalah. Tapi saya nak
buat satu permintaan boleh sebelum kita dikuarantinkan tak boleh bergayut dan
berjumpa lagi?”
“Apa
dia?”
“Can you... call me... abang?”
Wajah
Raisya tiba-tiba terasa panas, “Hah?”
“Err...
saya teringin nak dengar awak panggil saya ‘abang’. Yalah. Macam other
married couple buat,” ujar Zafuan malu-malu.
Raisya
tersenyum, “Yalah, abang.”
“Wahh!
Bahagianya saya dengar! Ini yang semangat nak study ni!” Zafuan jelas bernada teruja dari hujung talian.
Raisya
ketawa, “Hah, puas dah kan? Sekarang abang pergi study, ya? Saya pun nak study
ni!”
“Okay!
Assalamualaikum, sayang.”
Raisya
tersenyum malu, “Waalaikumussalam, abang.” Raisya memerhatikan telefon sebelum
ketawa kecil sendiri. Namun tiba-tiba kedengaran suara orang berdehem yang kuat
dari dalam bilik. Apabila Raisya menoleh, rakan-rakan sebiliknya sedang berdiri
di tingkap dari dalam bilik sambil menghadapnya.
“Oi,
orang kat luaq!” tegur Dini.
“Tak
reti-reti masuk dalam kaa?” tegur Najwa pula.
“Bukan
main lama dok gayut,” Shud pula menyampuk.
“PSPM
minggu depan aje ni,” Thia pula menyambung.
Raisya
tergelak melihat kawan-kawannya itu, “Yalah! Orang nak masuk dah ni!”
RAISYA membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar
namanya dipanggil. Rupanya Dini yang mengejutkannya.
“Apa dia,
Dini? Aku cutilah. Tak solat,” ujar Raisya sambil menarik selimutnya apabila
terasa dingin pagi itu menggigit kulitnya.
“Aku tau
hang tak solat. Tu, ada delivery untuk
hang dekat luar tu,” beritahu Dini.
Mata
Raisya terbuka luas. Dia menoleh memandang Dini, “Delivery?”
“Baik
hang pi ambil sebelum kena curi dek orang,” ujar Shud pula yang baru kembali
dari tandas dengan muka yang basah dengan air wudhuk.
“Thia
tersadung benda tu tadi masa keluar,” beritahu Thia pula yang muncul dengan
telekung merah jambunya sambil memegang sejadah.
“Baik
hang pi ambil cepat. Aku nak pi kejut Najwa. Payah betul budak tu nak bangkit!”
omel Dini sebelum meninggalkan Raisya.
Raisya
turun dari katil dan menuju ke arah pintu di bahagian tempat tidur Dini, Thia
dan Najwa kerana pintu di bahagian tempat tidurnya dan Shud sudah rosak dan
tidak boleh diguna. Selalu sangat kena hempas penangan angin agaknya. Maklumlah
bilik mereka terletak di tengah-tengah blok jadi angin memang selalu akan terus
memasuki bilik mereka.
Terbeliak
matanya tatkala melihat sedozen air tin Justea di hadapan biliknya itu beserta
dengan sepucuk surat.
“Huiyo!
Beli sedozen air tin nampak,” tegur Mia, jiran biliknya.
Raisya
hanya tersengih kerana tidak mampu menjawab apa-apa. Selepas Mia sudah
melangkah masuk ke dalam biliknya, dia membuka surat itu.
Ini ganti air semalam. Hope sayang tak marah
abang lagi. Selamat menjamu selera dan all the best for our PSPMII ni. Buat
yang terbaik okay? I love you.
Your handsome husband.
P/s: Abang yang hantar sendiri air ni
pukul empat pagi tadi. Nasib baik tak kena tangkap dengan guard. Hehe!
Raisya
tersenyum lebar membaca bait-bait kata di dalam surat itu. Tidak disangka
suaminya itu seberani ini.
“Korang,
air free untuk semua!” pekik Raisya
sambil mengangkat sedozen air itu masuk ke dalam bilik.
“HABIS!!!” Raisya memeluk Shud sebaik saja dia bangkit
dari tempat duduknya. Kebetulan tempat duduk Shud berdekatan dengannya ketika
peperiksaan berlangsung. Jadi adalah dia peneman.
“Tapi
soalan tadi tu susah sangatlah. Aku takut tak dapat score,” Shud meluahkan kegusaran hatinya.
“Insya-Allah
okay, Shud. Kau dah berhempas-pulas study
sampai nak termuntah-muntah, kan? Sekarang ni doa ajelah kita dapat result yang baik. Kita dah usaha.
Sekarang tawakkal ajelah,” pesan Raisya.
“Hmm...
yalah. Eh, hang nak jumpa classmates kan?
Jangan balik lambat. Thia tu mak bapak dia dah datang,” beritahu Shud.
“Oh,
ha’ah! Hmm... tak lama kot. Tak apa. Tak apa. Nanti aku cuba balik cepat,”
janji Raisya.
“Okay.
Jumpa kat bilik naa... Aku nak pi beli makanan dengan Dini,” ujar Shud sebelum
berlalu pergi mendapatkan Dini yang tempat duduknya agak jauh dari mereka
walaupun tempat peperiksaannya sama iaitu di dewan.
Raisya
memanjangkan kepala mencari rakan sekelasnya iaitu Faten dan Athirah yang juga
memiliki tempat peperiksaan yang sama tetapi berbeza bahagian. Dari kejauhan
dia sudah ternampak Athirah dan Faten bersama-sama beberapa orang rakan sekelas
mereka.
“Athirah!”
panggil Raisya sambil mengangkat tangan kerana kedudukan mereka agak jauh dan
pelajar di dalam dewan ini pula masih lagi ramai apatah lagi dengan adegan
jejak kasih dan acara bersalaman serta mengucap selamat tinggal di sana sini.
Athirah
menoleh apabila namanya dipanggil. Sebaik terlihat Raisya dia turut mengangkat
tangan tanda menyahut panggilan Raisya namun tiba-tiba dia lihat Raisya ditarik
pergi oleh seseorang.
“Aik,
kenapa tiba-tiba hilang Raisya ni? Tadi dia ada,” ujar Athirah.
“Eh, tu
dekat pintu sana tu Raisya, kan? Siapa tarik dia tu?” Faten sudah mula
mengecilkan mata cuba mengenali orang yang menarik Raisya.
“Macam
Zafuan aje,” ujar Mas pula.
"Hah? Zafuan? Ya ka?" ulang Kai Xin tidak percaya.
"Hah? Zafuan? Ya ka?" ulang Kai Xin tidak percaya.
“Kenapa
Zafuan tarik Raisya?” tanya Atikah pula.
“Hoi,
korang tengok apa?” tanya Sobri yang baru tiba di hadapan dewan itu kerana
tempat peperiksaannya agak jauh dari rakan-rakan lain.
"Ha'ah. Bukan main khusyuk nampak," balas Aliya yang tiba kemudiannya sambil diikuti Shikin.
"Ha'ah. Bukan main khusyuk nampak," balas Aliya yang tiba kemudiannya sambil diikuti Shikin.
“Kitorang
nampak Zafuan tarik Raisya pergi. Tadi dia beria-ia panggil aku tapi tiba-tiba
dia blah macam tu aje bila Zafuan tarik dia,” cerita Athirah.
“Hah? Zaf
tarik Raisya? Dia nak buat apa dengan Raisya?” tanya Firdaus
bersungguh-sungguh.
“Kau tak
payah nak overactinglah, Daus. Sepak
kang,” Mas sudah menyua belakang tapak tangannya. Firdaus sudah mencebik.
“Jom
tengok nak?” ajak Rana.
“EH, awak! Berhenti! Hey!” Raisya memukul tangan Zafuan
yang sedang menarik tangannya namun Zafuan langsung tidak menunjukkan
tanda-tanda mahu melepaskan pegangannya dan terus mengheret Raisya sehinggalah
mereka tiba di bawah tangga di hadapan dewan kuliah. Raisya menyentap kuat
tangannya apabila Zafuan akhirnya berhenti mengheretnya.
“Ish, awak ni kenapa heret-heret saya
tiba-tiba macam tu? Orang pandang tahu tak?” bebel Raisya. Memang tadi banyak
mata memandang adegan tangannya digenggam erat oleh Zafuan dan diheret laju.
“Biarlah orang pandang. Bukan kita buat
benda berdosa pun,” balas Zafuan selamba.
“Awak ni, kan... saya tadi tengah nak
jumpa kawan-kawan kita tau. Awak boleh main tarik macam tu aje tadi. Tak ada signal tak ada apa! Kalau diorang nampak
habis kita!”
“Dah habis dah bebel?” tanya Zafuan
malas.
Raisya mencebik, “Awak nak apa? Lepas ni
memang kita nak balik sama pun, kan?”
Zafuan tersenyum kemudian tiba-tiba dia
menarik Raisya dan memeluk gadis itu ke dalam dakapannya, “Abang rindu sangat
dengan Sya. Dua minggu susah nak tengok muka. Susah nak dengar suara. Sayang
tak rindu ke dengan abang? Sampai hati sayang marah-marah abang pula.”
Hilang marah Raisya tiba-tiba apabila
berada di dalam dakapan suaminya. Raisya tersenyum mendengar kata-kata Zafuan
sebelum dia turut membalas pelukan suaminya itu, “Alaa... merajuk pula abang
ni. Sya pun rindukan abang. Tapi abang janganlah sedih. Lepas ni hari-hari
abang boleh tengok muka Sya. Boleh dengar suara Sya.”
Zafuan melepaskan pelukannya. Dia
mencuit hidung Raisya sebelum menggenggam tangan isterinya itu, “Lepas ni
bolehlah kita hidup macam pasangan suami isteri lain, kan?”
“SUAMI ISTERI?!”
Raisya dan Zafuan yang terkejut dengan
sergahan itu pantas menoleh dan melepaskan pegangan tangan mereka. Terbeliak
mata mereka berdua melihat rakan-rakan kelas mereka hanya kurang lima meter
saja dari mereka.
“Se... sejak bila korang... dekat situ?”
tanya Zafuan tergagap-gagap.
“Kau dah kahwin, Zaf?” soal Sobri tidak
percaya.
“Dengan Raisya?” soal Firdaus pula
dengan riak serupa.
“Korang suami isteri?” tanya Athirah
bingung.
“Sejak bila weh?” tanya Masyha pula
dengan muka berkerut.
“Biar betul korang,” Faten pula
mencelah.
“Dahsyatnya hangpa,” ujar Atikah dengan
gaya tidak berperasaan.
“Gobsmacked!”
ujar Rana dengan muka terkejut tidak terkata.
"You orang ni tipu ka betul?" tanya Kai Xin masih tidak mengerti.
"Korang main-main, kan?" tanya Aliya tidak yakin.
"Bapaklah korang!" ujar Shikin dengan muka kagum.
"You orang ni tipu ka betul?" tanya Kai Xin masih tidak mengerti.
"Korang main-main, kan?" tanya Aliya tidak yakin.
"Bapaklah korang!" ujar Shikin dengan muka kagum.
“Wooo.... drama apakah ini?” tanya Mas
pula.
Raisya dan Zafuan saling berpandangan. Mereka
tahu yang tiada gunanya lagi menyimpan tembelang yang sudah pecah.
Raisya mengeluh sebelum berkata, “Korang
semua, kami minta maaf.” Raisya mengerling Zafuan, “Ya. Kami dah kahwin. Sejak
sebelum masuk matrik lagi sebenarnya.”
“APA?!!!”
MUJUR sempat Raisya pulang ke bilik sebelum Thia berangkat
pulang. Disebabkan rahsianya juga sudah bocor dengan rakan-rakan sekelasnya
terpaksalah dia dan Zafuan menerangkan dari A sehingga Z apa yang terjadi
sebenarnya.
Dahsyat
juga dia kena maki dengan rakan-rakan sekelasnya itu. Bukanlah makian dari segi
yang boleh mencetuskan pergaduhan tapi lebih kepada kata-kata tidak puas hati
mereka kerana selama ini mereka tidak diberitahu perkara sebenar.
Sobri:
Gila tak sangka korang ni suami isteri.
Firdaus:
Selama ni suka bergaduh aje macam anjing dengan kucing.
Athirah:
Raisya, I rasa nak pijak you okay!
Faten:
Hati kau keras, Sya.
Masyha:
Terkejut beruk aku bila tau hangpa rupanya suami isteri!
Atikah:
Dah kahwin bukan reti nak habaq!
Rana: Ni
yang rasa nak maki dan cerca orang ni!
Kai Xin: Haiya.... jahatlah you dua orang! Tipu sama kitorang!
Aliya: Kawe panas betul hati kena tipu.
Shikin: Korang terpengaruh drama Korea ni!
Kai Xin: Haiya.... jahatlah you dua orang! Tipu sama kitorang!
Aliya: Kawe panas betul hati kena tipu.
Shikin: Korang terpengaruh drama Korea ni!
Mas: Aku
rasa nak belasah korang sekarang boleh tak?
Walaupun
pelbagai ugutan diterima mereka namun Raisya dan Zafuan bersyukur apabila
rakan-rakan mereka itu menerima secara terbuka alasan mereka dan memahami
situasi mereka selepas mendengar penerangannya.
SATU DEMI SATU rakan-rakan matrikulasi Raisya baik rakan
sekelas mahupun rakan sebilik berangkat pulang kembali ke pangkuan
masing-masing. Berjurai-jurai air mata mengalir menghantar pemergian mereka.
Salaman
dan pelukan erat menjadi perkara wajib untuk menggambarkan rasa sedih mereka
untuk berpisah. Raisya menjadi orang terakhir yang pulang antara rakan sebiliknya
kerana mama dan papa Zafuan mengalami masalah semasa dalam perjalanan.
“Sedih
lagi ke?” tegur Zafuan ketika dia dan Raisya sama-sama memasukkan barang-barang
di dalam bonet kereta papa Zafuan.
“Sedihlah.
Saya sorang aje yang tinggal. Satu demi satu saya tengok kawan-kawan saya
tinggalkan saya,” cerita Raisya sedih.
“Tapi
abangkan ada?” Zafuan menggenggam tangan Raisya.
Raisya
perlahan-lahan mengukir senyuman, “Yalah.”
“Ehemm!
Jangan nak sweet-sweet sangat dekat
bonet ni. Pergi ambil barang lagi kalau ada,” tegur Datin Arnee menyebabkan
Zafuan melepaskan pegangan tangan manakala Raisya tersenyum malu dengan muka
yang merah.
“Err...
barang Zaf dah tak ada. Barang Sya?” tanya Zafuan cuba mengubah topik.
“Err...
ada lagi sikit tu. Sekali lagi bawa aje habislah,” beritahu Raisya.
“Hmm...
pergi tolong Raisya, Zaf. Kita nak kena cepat ni,” arah Dato’ Rahman.
Zafuan
menurut dan mengekori Raisya kembali ke bloknya. Tinggal bagasi beroda Raisya
dan anak patung beruangnya saja di situ.
“Biar
abang bawa beg ni,” Zafuan sudah mengambil bagasi Raisya itu dari tangan
Raisya.
“Eh, tak
apalah! Sya boleh bawa,” ujar Raisya.
“Habis,
takkan nak abang bawa teddy bear tu
pula. Jatuhlah maruah suami Sya ni!” bisik Zafuan.
Raisya
tergelak, “Yalah... jom!”
“Ini langkah
terakhir kita sebelum masuk dalam kereta. Shall
we?” Zafuan tiba-tiba menghulurkan lengannya minta dirangkul oleh Raisya.
“Nak
pegang tangan ke?” tanya Raisya tidak yakin.
Zafuan
mengangguk, “Ala-ala dekat red carpet gitu.
Lagipun orang dah tak ramai pun ni. Cepatlah,”
Raisya
akhirnya merangkul juga tangannya dengan tangan Zafuan sebelum mereka mula
melangkah menuju ke kereta kembali. Walau ada mata yang memandang hairan tapi
kini Raisya sudah tidak kisah. Dia bahagia dengan apa dilaluinya dan dimilikinya
sekarang. Dia jatuh cinta dengan kehidupannya di matrikulasi ini yang sudah
banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara yang mungkin tidak akan dia
perolehi di tempat lain. Dia berdoa kepada Yang Maha Esa semoga cabarannya di
masa akan datang dapat dia tempuhi dengan jayanya. Insya-Allah.

Best sgt2...arghhh,ak jatuh cinta dgn cerpen nie..tahniah,writer.
ReplyDeleteBest sgt2...arghhh,ak jatuh cinta dgn cerpen nie..tahniah,writer.
ReplyDeleteSo sweet, I like it,good job writer
ReplyDeleteBest sgt2! Sweet. I like this cerpen. gud job writer!
ReplyDeleteMenarik...says suka jln ceritanya
ReplyDeleteMenarik...says suka jln ceritanya
ReplyDeleteSeriously sweet!
ReplyDeleteNAKKKK SAMBUNGANNNNN... atau siri ke-2~
ReplyDeleteO.M.G!IT SO SWEET!!!!HOPE SGT2 ADA SAMBUNGAN OR SIRI KE-2...
ReplyDeleteO.M.G!IT SO SWEET!!!!HOPE SGT2 ADA SAMBUNGAN OR SIRI KE-2...
ReplyDeleteDah banyak kali ulang baca cerpen ni...best giler2..
ReplyDelete#sweet
You know what...I never thought I would read this til the end..Most of the ''Cerpen'' I read before is kinda boring but now it make me feels like I wanna have a relationship with my adopted sister she's 20 and I'm 21 I'm in love with since I was 17 and I know she have the same feelings as I am right now..But we didn't confess yet and it is truly an inspiration just by reading your short story...Soon I will take my sister out for dinner I want her to tell the truth and so am I....
ReplyDeleteBest sangat...
ReplyDeletewaahhhh..yakin sgt aq tgk cita nih...bersemangat aq baca...walaupon dah berapa taun dah...GOOD JOB WRITER...
ReplyDeleteWaa best gile ..
ReplyDeleteTerbaikkk